KAMI 506 MRSM Kepala Batas 2009

506 MRSM Kepala Batas 2009

11:55 a.m
home sweet home
happy

assalamualaikum and hello lads!



apa khabar semua? semalam hanya sempat update GA sahaja. sedih betul. tak ada idea pula tiba-tiba. lagipun semalam sibuk kemas balik barang nak bawa balik rumah di Shah Alam. wee i'm so happy and now here I am, in my own house with my family. 

semalam sebelum balik, singgah dulu di SMAP Kajang. sebab ada majlis solat Hajat untuk pelajar PT3 dan SPM. in shaa ALLAH adik aku, Wani bakal menduduki SPM pada tahun 2015 ini. semoga adikku dapat menjawab dengan baik. aamiin. katanya start SPM 10 November. 

okay, berbalik pada tajuk aku. MRSM Kepala Batas. ha, untuk yang baru mengenali aku. itulah tempat aku belajar masa muda-muda dulu. tak sangka dah 6 tahun berlalu. cepatnya kan. pejam celik pejam celik, aku pun dah habis belajar di UNITEN. 

berbekalkan app seperti Whatsapp, kami masih lagi berhubungan di dalam group. kadang-kadang senyap je tak tahu nak sembang apa. ada masa pula pung pang pung pang bercerita. sampai ada kawan aku terpaksa mute sebab dia sibuk bekerja. hahahaha.

dan masa duk bersembang, timbul idea untuk buat gambar selfie pelik dan compile kan bersama. terasa rugi sikit bila tak sempat nak bergambar dahulu. kalau tak, boleh la compare kan dulu dan sekarang. masing-masing dah nampak matang. segak-segak belaka. 

so far, cuma seorang sahaja budak 506 2009 yang sudah berkahwin, Atiqah. dan seorang lagi sudah bertunang dan bakal berkahwin pada tahun hadapan. mudah-mudahan. sekampung je dengan aku. dekat MRSM tu, ada 3 orang sekampung dengan aku. tu orang kata, dunia ni kecil je. kecil-kecil pun, aku tak jumpa lagi jodoh aku. hahahahaha -.-

dan taraaaaaa, inilah hasil kompilasi gambar kami semua. ada yang tak hantar. maybe segan kot. entahlah malas nak ambil tahu.

Dari kiri atas : Atiq, Ekin, Zaq, Ecah, Yen, Sap, Syaza, Umi, Syafiq, Senah, Oda, Nash, Lia, Coki, Put, Tiqa, Izah, Wani, Ain, Remy, Hakim, Aku, Hana
 jangan ditanya kenapa kami buat aksi pelik macam tu. kalau letak misai macam lagi nice kan. hahahahaha. ala, ni memori weyh. pelik pun kita je yang nak tengok. bukan nak hantar sampai ke antarabangsa pun.

6 tahun lagi, kalau jodoh kami semua masih panjang, nak send gambar. versi matured sikit. so, masa tu aku dah berumur 29 tahun. tengoklah macam mana ye. :)

adios~
 
 
post signature

Share:

5 comments

  1. Tetiba teringat zaman menengah ats dlu. Rindu. Hehe :)

    ReplyDelete
  2. Ramai gak orang yang buat macam ni. Hantar gambar sekelas then compile kan. Senior saya pun buat macam ni.

    ReplyDelete
  3. mengimbau kenangan zaman jadi student =')

    ReplyDelete
  4. Menarik ramai-ramai selpiaq camni

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.