Officially Graduated?

Officially Graduated

8:00 p.m
rumah makcik
blogwalking dan blogwalking

assalamualaikum and hello lads!
 


alhamdulillah. semalam akhirnya thesis telah selamat di submit ke College of Engineering UNITEN. setelah puas berpenat lelah tak tidur sampai pukul 3 pagi selama seminggu berturut-turut, akhirnya siap juga. 

aku tak tahulah apa jadi dengan semester aku kalini. semuanya kena tengok result nanti. hmm. harap-harapnya semua luluslah. aku penat dah nak hadap buku. buku seronok nak baca tapi bila kita dipaksa untuk baca sebab ada exam, rasa tak ikhlas nak baca. rasa macam bukan belajar untuk dapat ilmu dah. faham tak apa aku cakap? macam nilah bahasa aku bila sambil menaip sambil dengar lagu Hindustan. hahahaha. 

semalam sempat bergosip dengan budak-budak lelaki kelas aku dulu. actually, aku tak rapat dengan diorang. maybe sebab diorang rasa aku garang. or sebab lain? aku tak tahu. tapi semalam banyak cerita keluar. lecturer kahwin dengan student la. member semua dah kahwin, kau pula bila lah. lepas grad ni, kau nak kerja mana pula. bla bla bla... 

lelaki lagi hebat bergosip dari perempuan tau. hahahaha. 

doakan semoga semester ini semester terakhir aku di UNITEN ye. in shaa ALLAH. nak cari kerja, nak bagi duit dekat family pula. susah tau study dekat UNITEN ni. syllabus dia yang buat aku culture shock, bukan benda lain.

adios~
 
 
 
 
 
post signature

Share:

7 comments

  1. In shaa Allah kejayaan sedang menanti amy dan rakan-rakan sedikit hari lagi , amin Ya Rabb :)

    ReplyDelete
  2. in shaa Allah k.amy. tahniah awal2

    ReplyDelete
  3. insyallah..kak ummul doakan yg baik2 untuk amy..stay positif ok..!

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.