
PROLOGUE
Aryan membuka
matanya dan terlihat cahaya suram di dalam sebuah bilik yang tidak dikenali.
Dalam keadaan
mamai, dia dapat merasakan satu pergerakan di sebelahnya. Lantas kepala
dipusingkan ke kiri perlahan-lahan.
Akira sedang
duduk di situ. Kepalanya tertunduk, tudung yang dipakai melitupi setiap helaian
rambutnya.
What the hell?
Matanya menyorot
dari wanita itu ke dinding kemudian terus memerhati ke arah monitor, wayar yang
bersambung ke sana sini dan berakhir di tangannya yang dicucukkan dengan jarum.
Dia sedang
berada di atas katil hospital.
ALLAHUAKBAR, aku kena tembak!
Aryan menutup
matanya, kepala mula terasa berat dan terhuyung-hayang. Seperti tidak pernah
bangun pula sebelum ini. Seolah-olah dia sudah tidak tidur selama setahun.
Tatkala
terdengar bunyi desiran, dia memaksa matanya untuk dibuka kembali. Kelihatan Akira
sedang bergerak membetulkan kerusi, menongkat dagu dan jari-jemari bermain di
pipi. Kepala Akira sudah terangkat tika ini dan wajah itu sangat asli tanpa
sebarang solekan, seperti biasa. Sempurna. Ah, Aryan bencikannya. Sepertimana
mereka pernah bercinta dahulu, wanita itu sering memakai mekap untuk ke kelas,
membeli belah, makan itupun serba sederhana sahaja. Tetapi kalau dia tidak ke
mana-mana, atau tempat yang istimewa, Akira tidak ambil peduli. Aryan lebih
sukakan Akira yang ini.
Mata Akira
meliar pada wajahnya dan terpaku seketika.
“Aryan?” tanya Akira,
suaranya perlahan sahaja.
“Budak-budak…”
kata Aryan, serak dan bergetar.
Akira berdiri,
pergerakannya sangat lemah. Kerusinya semakin didekatkan, membuatkan dia
berdiri betul-betul di sebelah katil.
“Diorang ada
dekat sini dengan Diana. Ayah kau dah bawa diorang balik rumah,” bisik Akira,
memandang ke arah dada Aryan, matanya terangkat semula, “Kau macam mana?”
“Diorang okay?”
Aryan masih lagi bertanyakan mengenai anak-anak lelakinya.
“Kau okay,”
beritahu Akira. “Mungkin ambil masa sikit tapi doktor cakap kau okay so..diorang pun okay.”
Kepenatan yang
dirasai mula melarat dan orang yang terakhir sekali di dunia ini, selain Diana,
yang dia mahu berada di dalam bilik hospital ini ataupun berdekatan dengannya,
adalah Akira. Dia lebih rela tidur dan hanya terjaga apabila wanita itu sudah berlalu
pergi tetapi dia bergelut dengan tidurnya sendiri kerana dia perlu tahu.
“Apa yang
doktor cakap?”
“Kau akan
sembuh. Tiga peluru masuk dalam badan kau. Satu dekat paha, satu dekat pinggang,
satu lagi dekat bahu,” jawab Akira. “Pinggang yang paling teruk sekali tapi yang
penting sekarang kau dah selamat.”
Tiga. Kini dia
ingat, dia terkena tiga kali. Dia masih terasa setiap satunya.
Dia mahu
bertanya jika suami Akira yang melakukan perkara keji ini kepadanya.
Dia tidak mahu
menyoal tentang perkara itu, sebaliknya dia bertanya, “Berapa lama lagi aku
kena ada dekat sini?”
“Adalah,” Akira
mengelat.
“Adalah apa?”
tekan Aryan.
“Tak lama pun.
Paling-paling dalam dua minggu lagi.”
Shoot, dia tidak mempunyai sebarang
insurans. Aduh.
Sebaliknya dia
bertanya, “Mana Syamir?”
“Dekat balai,
nanti dia datang,” jawab Akira.
Matanya kembali
tertutup kerana ia semakin memberat tetapi dia memaksa juga kedua-dua matanya
supaya terbuka.
“Dia
selamat?”
Aryan tahu dia boleh bertanyakan soalan tersebut kepada Akira.
Syamir dan Akira sangat rapat, Syamir mampu bercerita tentang apa sahaja kepada
Akira, samalah wanita itu kepada abang lelakinya. Mereka menjaga antara satu
sama lain, rahsia masing-masing disimpan kemas dan rapi. Akira pasti tahu.
“Yep, far as he can tell, you kept him clean.”
Syukurlah,Aryan berfikir dan matanya
tertutup kembali.
Kemudian dia
bertanya, “Apa yang kau buat dekat sini?”
“Shh, Aryan,
apa kata kau rehat je,” bisik Akira.
Aryan memaksa
sekali lagi matanya terbuka dan cuba fokus kepada Akira. “Apa yang kau buat
dekat sini?” ulangnya, kini suaranya lebih garau, kasar dan lelah.
Dia melihat
wajah Akira berubah, mata itu semakin kuyu, bibir itu menjadi lembut.
Aryan merenung.
Oh tidak, dia
ingat akan pandangan itu. Akira selalu memandangnya sebegitu, dan dia tahu kebiasaannya pasti
berakhir dengan perkara yang tidak pernah dia jangka. Ketika mereka sedang
berada di dalam majlis, ketika menonton televisyen di kedai makan, tetapi
kebanyakannya ketika duduk bersetentang meja dengannya..apa sahaja meja : di
rumah ayah Akira, di restoran, di universiti dahulu juga dia pernah melihat riak tersebut. Sudah lapan belas tahun dia tidak melihat reaksi wajah Akira.
Akira
merapatkan tubuh ke hadapan, tangan diangkat dan dilabuhkan di atas bahu Aryan.
“Rehatlah, Aryan,”
ulang Akira perlahan.
Matanya kembali
tertutup dan dia mahu sahaja menghalau wanita itu keluar dari biliknya. Dia
mahu menyumpah ranah wanita itu. Dia tidak mahu Akira berdekatan dengan
anak-anak lelakinya, dekat dengannya. Mereka tinggal di dalam kawasan bandar
yang sama sekali lagi tetapi kali ini lebih dekat dari yang dia mahukan. Abang Akira
pernah menjadi salah seorang ahli keluarganya, yang mana, selepas Aryan pulang
semula, berubah menjadi kawan lama kemudian rakan kolej dan akhirnya, sahabat.
Samalah juga dengan ayah Akira, tidaklah termasuk bahagian rakan kolej itu.
Tetapi bilamana wanita itu pulang ke bandar ini semula tahun lepas dan langsung
tidak pernah sesekali muncul kembali ke dalam hidupnya, Aryan sedar dia perlu belajar
menerima hakikat pahit tersebut.
Ketika
fikirannya mula melayang, dia dapat merasakan tangan Akira turun ke dadanya
pula.
Ah, dia terasa
mahu menyumpah sekali lagi di saat dia dapat menghidu haruman dari tubuh Akira.
Astaghfirullahalazim.
Baru sahaja dia
ingin membuka matanya, mata itu sudah tiada, tangan itu juga sudah menghilang
tetapi haruman itu masih kekal. Dengan usaha yang ada, dia memusingkan
kepalanya ke sisi dan ternampak pintu itu tertutup di belakang Akira.
Kemudian
kedua-dua matanya ditutup dan tidur mula menguasai diri.
p/s : bismillahirrahmanirrahim. setelah sekian lama sudah tidak menulis, harini aku nak cuba nasib tunjuk cerita baru. maaf sangat untuk pembaca yang masih setia membaca cerita aku yang lama-lama. in shaa ALLAH, cerita-cerita macam NHUD dan CM, aku akan jual secara online sahaja memandangkan pages terlalu sikit untuk diterbitkan. tak mahal, murah sahaja in shaa ALLAH. sambil-sambil kumpul duit nak kahwin travel. :)
sudi-sudilah komen ye kalau ada masa. terima kasih. tajuk tu masih dalam perbincangan. kalau rasa ada idea, bagitahu ye. hehe. lelaki ni detective/polis. perempuan ni orang biasa sahaja. tapi masing-masing sudah berkahwin dengan orang lain. dan masing-masing ada masalah dalam perkahwinan. itu sahaja. terima kasih.

wahhh. penuh penghayatan. nape benci sgt kt akira? ape salah akira #bila tak bc dr mula, inilah jadinyaa (ヘ。ヘ)
ReplyDeletePermulaan yang baik Amy.. welcome back..! cepat la sudahkan... hehehehehehe...
ReplyDelete*ya, peminat memang jenis tak reti sabar..* :)