Persediaan Awal untuk Menunaikan Umrah

Persediaan Awal untuk Menunaikan Umrah

Umrah di Bulan Disember

8:00 a.m
rumah
scheduled post

assalamualaikum and hello lads!

first of all. alhamdulillah. setelah lama menanti dan menanti, akhirnya berkat doa dari keluarga, aku bakal menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah. keluarga aku dah berpeluang ke sana dulu. tapi malangnya aku tak dapat pergi. sebab aku masih di MRSM dan aku perlu menjaga adik bongsu aku. agak susah nak bawa adik sebab dia sangat-sangat kecil lagi masa tu. agak sedih tapi tak apalah. 

then, masa usia 23 tahun. sejurus je habis study di UNITEN. nenek aku sebut balik pasal tunaikan umrah di Mekah. terkelu? memang terkelu. rasa macam tak percaya. akhirnya ada juga peluang untuk pergi ke sana dengan nenek dan keluarga yang lain.  terharu. terima kasih ALLAH. 

kami bergerak ke sana pada 5 Disember 2015 sehinggalah 20 Disember 2015. so, sebelum terbang ke negara orang ni, apatah lagi di tempat suci, apa yang perlu kita lakukan? meh kita tengok apa sepatutnya korang buat okay. 

1. Passport dan Visa ke Mekah


dia ada dua jenis tau. satu passport. dan satu visa. gambar Visa kena ambil sendiri. ambillah dekat mana-mana korang nak. kedai gambar belakang rumah ke. suami sendiri ambilkan gambar ke. 

yang penting mesti berlatar belakangkan PUTIH. tudung HITAM.

kalau nak buat passport pula, of course lah kena pergi ke pejabat Imigresen. ha, ni tips dari aku. kalau boleh, datanglah seawal yang mungkin eh. serious aku cakap. masa kami ke sana dalam pukul 10 pagi macam tu, dah ramai sangat!! sampai ramai berdiri menunggu giliran. 

tapi memandangkan nenek juga ikut untuk renew passport, so kami potong line banyak. heee. sebenarnya ada kaunter khas disediakan untuk warga emas dan OKU. since nenek aku warga emas, dalam 2 panggilan dah sampai turn.

tapi rugi juga buat awal and at the end, kena tunggu aku dengan pakcik aku juga kan? so, staff pun bagilah kami peluang untuk buat sekali passport sama-sama dengan nenek.

oh. GAMBAR PASSPORT kena ambil dekat Pejabat Imigresen juga tau! make sure PEREMPUAN BERTUDUNG, korang pakai tudung warna HITAM. kalau nak tunaikan umrah. memang dikhaskan warna HITAM sahaja. ala, tapi aku tengok passport hitam putih juga. heh. itu maybe prosedur dia. kita ikut sahaja ye. and lagi satu, tak boleh pakai cermin mata. hehe. sebab dia khuatir ada orang akan menyamar di sana nanti.


LELAKI pula tidak boleh memakai songkok/kopiah.

passport aku memakan sebanyak RM200. kalau warga emas murah sikit, RM100. mahal juga passport ni. lama juga menunggu proses serahan passport. 1 jam tau. so, sementara menunggu, pergilah singgah makan dulu ke apa ke.

2. Suntikan Meningtis


okay. ni sangat penting. sebab kita nak ke negara luar. dan kita akan bertemu dengan pelbagai jenis bangsa dari seluruh negara. so, sangat bahaya sebab mungkin penyakit tu tak ada dekat Malaysia kan. kang balik Malaysia, nak rawat macam mana?? 

aku tanya kawan Medic aku, Umi Raihan. kenapa suntikan Meningtis dan bukannya suntikan lain? 

katanya Meningtis adalah penyakit paling berbahaya sekali antara semua penyakit. sebab dia akan menyerang direct ke central nervous system juga terutamanya otak! so, kesimpulannya. kena sakit ni terus mati. 

okay. ngeri. mulalah ekspedisi aku dan keluarga Makteh aku mencari klinik yang ada stok Suntikan untuk umrah ni. seriously, klinik kerajaaan tak ada. kalau dekat Tabung Haji murah banyak. RM5 je. tapi tu untuk orang pergi Haji. 

tapi kalau klinik swasta, cuba teka berapa? RM150 weyh. mahalnya -.-

2 tahun suntikan Meningitis - RM120
3 tahun suntikan Meningitis - RM150
5 tahun suntikan Meningitis - RM180

so, decide lah sendiri nak ambil suntikan yang mana. and lagi satu, tak semua klinik ada stok. so, kalau nak kena hantar dokumen cepat ke agensi travel, korang kena tanya awal-awal klinik tu. biar dia boleh order khas. 

3. Mahram untuk Wanita


menurut apa nenek aku cakap. dulu perempuan macam aku tak perlukan mahram dan bergerak ikut family sahaja untuk tunaikan umrah. tapi apakan daya, sekarang agak ketat sedikit peraturannya untuk ke sana. perempuan di bawah umur 45 tahun (maaf jika silap) wajib ada mahram.

and lagi satu. macam kes aku. aku tak ada abah dah. so, mahram aku hanyalah adik beradik lelaki arwah abah aku. kalau adik beradik belah perempuan boleh, tetapi perlu ada letter of consent dari adik beradik lelaki arwah ayah kita. dan perlu ada cop pesuruhjaya sumpah. 

4. Segala Dokumen Berkenaan untuk Umrah


ha, ni sangat penting. agensi akan memerlukan salinan surat nikah (bagi yang sudah berkahwin), salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan kita dan juga salinan kad pengenalan waris lelaki yang membenarkan. semua ni perlu diserahkan kepada agensi travel umrah beberapa bulan sebelum bertolak ke sana.

dan segala salinan perlu disahkan oleh JPN (Jabatan Pendaftaran Negara).

lelaki berusia 17 tahun ke bawah perlu ada passport ibu dia juga. aku tak pasti untuk apa. ibu ikut ataupun tak, perlu ada. maybe sebab bawah umur. perempuan bawah umur 17 maybe sama juga. 

5. Agensi Travel Umrah


sebenarnya banyak je agensi travel yang ada di Malaysia ni. aku tak pastilah nak cakap mana satu best kan. yang kami pergi ni dibawa oleh Agensi Alnile Tour and Travel Sdn. Bhd. berserta Mantop Training & Consultancy. 

kalau nak pergi sendiri pun tak mengapa. yang penting ilmu cukup di dada dan tahu apa dokumen yang perlu disediakan untuk ke sana. tapi lagi better pergi bawah agensi. boleh pergi beramai-ramai. dan tak perlu serabutkan diri uruskan segala dokumen tersebut. kita cuma perlu serahkan dan apa kita buat lepas tu? kumpul ilmu ibadah banyak-banyak sebelum tunaikan umrah okay. :)

6. Ilmu Agama Mencukupi mengenai Umrah

ini lagi penting. janganlah pergi menonong je. karang tak dapat langsung pahala ke sana. rugi tau. memang akan ada mutawwif yang membawa kita dan mengajar kita serba serbi pasal apa perlu kita lakukan. tapi apa salahnya kita kumpul ilmu dulu kan. 
lagi seronok baca kisah pengalaman orang ke sana. so, kita akan/takkan lakukan perkara sama. aku sarankan baca buku yang ditulis oleh Ustaz Haji Daud Che Ngah dengan tajuk Seruan Dari Kaabah (Himpunan Kisah Benar)

serious seronok sangat baca. yes, ini pengalaman dari orang yang melakukan ibadah Haji. tapi ada juga certain things yang kita patut tahu kan. baca je. tambahkan ilmu :) 

macam contohnya kita perempuan yang akan didatangi Haid. ha, macam mana tu? kalau haid datang teratur tak apa, ini kejap awal bulan, kejap akhir, kejap tak datang. rugilah pergi sana. ada kena bayaran denda ke? ha, tu ada kisah di dalam buku tersebut :) 

okay, aku rasa sampai di sini sahaja kot persediaan yang perlu kita lakukan. mengenai barangan peribadi, nanti aku akan ceritakan di entri seterusnya okay. terima kasih sudi membaca. aku doakan kalian yang masih belum ke sana, akan dapat peluang juga seperti aku satu hari nanti. aamiin in shaa ALLAH. 

credit to www.pinterest.com
 
 
post signature

Share:

14 comments

  1. moga semua berjalan lancar. amin. doakan akk dpt pegi sana jgk ya..

    ReplyDelete
  2. Allhamdulillah... seronoknya sis,,,, terpilih utk ke sana oleh Nya.... :)

    ReplyDelete
  3. In Shaa Allah semoga dipermudahkan segala urusan Amy ke sana menjadi tetamu Allah swt , Aaminn .

    ReplyDelete
  4. As salam dear..BW ke sini..Gud info ;)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah untung dpt pergi usia mudaa,,sy yg duk egypt nak pergi drpd sini x lepass,sebab xda mahram,,,

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..tu namanya seru dan rezeki, Amy.Insha Allah, semoga selamat segalanya. Btw, memang had umur untuk perempuan tanpa mahram tu adalah 45.baru 3 tahun lepas diperkenalkan

    ReplyDelete
  7. waahh... baru tahu pasal kepentingan suntikan tu.. hehehee.. dulu masa nak pergi, org suruh ambik suntikan kita pun ambik.. tak tanya pun suntukan tu utk apa sebenarnya... hehehehee... :)

    bagus info2 yg amy kongsi ni..

    ReplyDelete
  8. wah...betullah akak baca tadi!
    untungnya dapat ke sana pada usia muda
    moga semuanya dipermudahkan ye
    tak lama lagi tu

    ReplyDelete
  9. Bertuahnya Amy. Moga Allah permudahkan nanti perjalanan umrahnya :)

    ReplyDelete
  10. bertuahnyaa.. semoga smuanya berjalan dgn lancar

    ReplyDelete
  11. Masya Allah. Tq for the tips. May Allah rewards you with good deeds, Insya Allah. Moga kita makin bersedia mentally, physically , emotionally dan spiritually dalam melakukan ibadah sesempurna mungkin.

    Anway, saya suka sarankan untuk menggunakan WERDA Tudung SOLAT-READY yang sangat mudah diguna pakai untuk umrah. Insya Allah tak perlu lagi nak bawa telekung banyak-banyak.

    Ruqayya has just posted on..... Beli pun dapat pahala. Macamana tu?

    ReplyDelete
  12. syukur dan selamat buat Amelia.. tarikh tu sya da kat madinah..

    ReplyDelete
  13. menarik entri sangat berguna kepada bakal umrah

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.