Makan Seafood di Haji Musa Medan Ikan Bakar Segar
Muara Sungai Duyung
rumah makcik
assalamualaikum and hello lads!
ha, ini sambungan kepada sehari di Melaka haritu.
part 1 : A Famosa Melaka
part 2 : Padang Pasir Pantai Klebang
of course lah selepas kepenatan berjalan dan bergambar, kita jadi lapar kan. dengan makan meatball je petangnya. kami terus bergerak ke satu tempat ni. namanya Crystal Bay. aku ingatkan ada satu je restoran makan dekat situ. rupanya banyak sangat kedai weyh. pilih je mana korang berkenan.
kawan aku, Ana kata ada satu restoran ni memang sedap makanan dia. Haji Musa Medan Ikan Bakar Segar and isi seafood dia pun gemuk-gemuk. and maybe kebetulan kami datang masa bulan penuh. orang kata kalau nak isi seafood ni penuh, kena beli/tangkap waktu bulan penuh. iya atau tak, aku tak pasti. sila bagi pencerahan.
and oh, kawan aku kata lagi, ikan-ikan dia memang segar. cara nak tahu tengok ikan segar atau tak, tengok insang dia. kalau masih merah, maknanya masih segar. mata ikan boleh menipu. tapi insang dia tak. hahahaha.
Ana dengan Mek yang pergi cari makanan untuk kami santap malam tu. mula-mula order nasi dulu. nasi cepat aje sampai. sambal pun dia kasi terus. memang cepat. tapi sejuk sikitlah jadinya sebab nak tunggu semua makanan sampai. hahaha. air pula kami pilih jug. air sirap limau dan air sejuk.
![]() |
air sirap limau dan air sejuk |
![]() |
say vavavoom |
mentang-mentang lapar, bukan main members aku ni pilih seafood. hahahahahahahah. and masa dah pilih tu, terus je decide nak masak apa. ada diorang order masak celup tepung, ada buat masam manis, ada butter prawn, macam-macam lagilah.
![]() |
kerang bakar |
![]() |
butter prawn |
![]() |
ketam masak apa aku tak ingat |
![]() |
sotong celup tepung |
![]() |
ikan sebelah masak masam manis. sebelah lagi buat bakar. |
sorry. handphone aku, kalau malam, dia tak cantik gambarnya.
and tunggu punya tunggu, alhamdulillah sampai juga makanan kami. mungkin sebab masa tu tak ramai lagi datang. so, cepatlah kot siap. masa kitorang tengah makan, barulah ramai berkerumun dekat kedai tu. ramai sangat. kebanyakkannya keluarga.
ketam ambil dalam 5 ekor. lain-lain memang banyaklah. semua sekali dalam kos RM145. hahahahahahaha. tengok kami berempat makan bukan main. memang habis semuanya. duk meratah segala benda. memang berbaloi. alhamdulillah.
okay itu sahaja. lepas tu kami bertolak pulang ke UNITEN semula dengan perut yang penuh. :)
kalau nak cari tempat ni, search aje Medan Ikan Bakar Crystal Bay. Haji Musa pun sodap. kalau nak try lain pun boleh. ada banyak restoran dekat situ.
Medan Ikan Bakar
Muara Sg Duyung
Jalan Padang Temu
75050 Melaka
Malaysia
adios~

sakan betol budak berjalan..hehhe
ReplyDeletewelll kenalah berjalan sekarang dah free *flip tudung*
Deleteokay sangat harga tu Amy ooi.. heheh.. boleh eh ikan masak sparuh2.. bestnya gitu..
ReplyDeletesekoq bleh buat 2 masakan..
heheh ye ke? wah, mknanya memang berbaloilah tempat ni.
Deleteyep. sebelah buat lain. sebelah lagi lain. heee
Pernah makan kat sini jugak.. sekali ja...
ReplyDeleteTak ingat kedai mana.. sebab orang punya treat..
Tapi, suka sebab service tak lambat sangat.. and yang penting, sedapp !
hehehehehe. tu lah. yang penting sedap! ini kalau mahal tapi x sedap, memang berapi je rasa kan
Deletewhat!!!RM145??/biar betul...giler kentang murahnya Amy......
ReplyDeleteiye kak SA ehehehhee. wah sampai giler kentang. memang murah la tu eh :P
Deletesdapnya..:)
ReplyDeletesedap sangat :)
Deletepernah mkn dekat sini gak
ReplyDeletewahhh sedapnyaaaaaa... kak eny kalau makan ikan bakarni.. nasi tak pandang dah .. meratah je hehehe
ReplyDeleteWerkkkkkkk....!!!!!!
ReplyDeletenti kalo dtg melaka. nk try! :D
ReplyDeleteSEDAPNYAAAAA..SEDAPNYAAAA !
ReplyDeleteXpernah makan lagi kt sini bile p melaka...
ReplyDeleteMurah da tu regenya amy..
ade rezeki boleh bwk anak2 pg sana
Cecah cencalok sedap.
ReplyDeleteNyam nyam nyam.
Sedapnya nampak! Nak g sini jugak la
ReplyDelete