Sehari di Melaka | Padang Pasir Pantai Klebang

 Padang Pasir Pantai Klebang

7:30 p.m
rumah makcik
letih

cuti cuti di melaka

assalamualaikum and hello lads!

akhirnya, harini pergi print juga thesis aku. Isnin dah kena hantar. macam apa je thesis. tak tahulah nak rasa menangis ke gembira ke sebab dah habis segala-galanya. kita berserah je lah. 

okay, berbalik pada kisah di Melaka haritu. aku, Mek, Ana dan Hidayah ada buat plan untuk berjalan-jalan di Melaka selama sehari. memandangkan aku dengan Ana ada thesis yang perlu disiapkan. selepas bergerak dari Muzium. kami menuju ke Pantai Klebang pula. 

apapun, solat mesti diutamakan dahulu. uniklah masjid dekat Melaka ni. bentuk bumbung dia sangat menarik. sampai kadang-kadang aku confuse. ini masjid ke? heh. 
masjid pantai klebang masjid pantai klebang
rajin sungguh anak-anak dara ni kemas masjid. ada sesiapa berkenan?

sebenarnya tak susah pun nak ke Padang Pasir Pantai Klebang ni. cuma iyelah. bila kita tak arif dengan kawasan situ, memang ke sana ke sinilah oi berjalannya. cara dia senang je nak ke Padang Pasir Pantai Klebang tu. kita cuma dari Pantai Klebang, jalan je straight lagi ikut laluan tepi pantai tu naik kereta, sampai jumpa T junction. then, ambil simpang kiri sebab kanan memang tak boleh pergi, then U-turn. lepas tu straighttttttttt je. 

masa jalan straight ni, kita akan melepasi satu kawasan yang berpasir tidak rata. jangan risau, tengok je macam ke dunia mana dah kita pergi. but that's the only way untuk kita pemandu kereta bukan 4-wheel untuk lalu di situ. 

kebetulan ada adik-adik yang melepak naik motor di situ, so senanglah kami nak sampai ke sana. itupun ambil masa juga. bila dah sampai, parking la kereta sejauh mungkin. (tak adalah jauh pun). sebab makin lama laluan pasir makin dalam. haritu pun sampai kena tolak-tolak kereta. kereta orang lainlah, bukan kereta kami. 

adalah bila dah sampai, dalam 5 minit berjalan kaki, akhirnya sampai! 

memang uniklah tempatnya. terasa macam dekat negara lain. cuma bila dengan keadaan jerebu, pantai Klebang pun kami tak nampak. sedih. sobs. 

cuma yang syoknya tak ada matahari. so, tak adalah panas bahang terasa. aku dengar kalau time ada matahari punya sinaran ni, confirm tu panas sangat. nama pun padang pasir. bawa je lah payung kalau nak bergaya sambil melindungi kulit. hahahaha. 


pemandangan dari hadapan. nampak tak bukit bukit pasir dekat belakang kami?

macam kapal terbiar.

kebetulan haritu semua geng kereta putih datang bergambar dekat sini. lol



tengoklah tu. rasa lain sangat bila datang sini. macam Safari pun ada. dengan sunyi dia. dengan tak dengar langsung bunyi ombak laut. 




bajet-bajet Shah Rukh Khan. hahahahaha. tak jadi -.-



patutnya lepas berjalan di Pantai Klebang, kami nak try la Coconut Shake. tapi dia kata kelapa tak ada pula. sedihnya. tak ada rezeki. yang ada cuma Blackpepper Meatball. air pun tak banyak pilihan. aku cuma order air biasa sahaja. air Limau Ais. 
harga Blackpepper Meatball ada dalam RM12.50. tapi banyaklah juga meatball dia kasi. so, berbaloi lah. 
makan 4 orang macam orang kebulur


next, makan! 
adios~
p/s: terasa macam cakap sangat skema dekat dalam ni. almaklumlah, dekat berapa hari siapkan thesis pakai ayat baku. aduh -.-
 
post signature

Share:

21 comments

  1. *curious* Tulis thesis pakai BM ke? Bukan English?

    Padang Pasir Pantai Klebang ni memang famous ya. Banyak dah gambar orang kat IG yang saya tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a English. tapi sebab dah skema sangat english. sampai bm pun jadi skema. hahahahhahaa..

      tu la pasal. ramai juga share rupanya. kita g sana baru tau kwujudan tempat ni

      Delete
  2. hari tu ada seminggu stay kat Penang - jerebu mmg tak nampak laut T_T

    coconut shake sedapppp! mula2 tak berani nak hadam kenapa wujudnya coconut shake. Lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahhaa. eh, x pernah rasa eh? sedap sedap. kita selalu minum coconut shake masa puasa. hehehehe..


      tu la, jerebu sangat teruk

      Delete
  3. Replies
    1. hahahhaa.. xde la meriah mana pun.4 orang je :P

      Delete
  4. whoaaaaa bestnyaaa! dah banyak kali tengok orang ramai posing-posing ala-ala retis kat sini hahaha *antaranya kak amy:p*

    cantik pictures semua :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahhahaha... kenalah posing gempak2. kalau x , xley tnjuk kat orang haha

      tq :)

      Delete
  5. uiiiikhhh panjang nyaaa tongkat sakti dia.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahhaa. kena panjang. baru boleh nampak kak yoorin :P

      Delete
  6. Cam best je nie....nak turun melaka lah camnie

    ReplyDelete
    Replies
    1. pe lagi. bawalah isteri nanti p turun sana. hehehe

      Delete
  7. Memang dah macam kat gurun. Luassssssnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. luas kan!! memang boleh sesat even keadaan macam ni ahhahaha

      Delete
  8. Wah, macam kat gurun sahara dah padang pasir tu ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kering je kan nampak. dah la dengan jerebunya

      Delete
  9. Replies
    1. x sempat. sebab sehari je kan. lepas tu dah berapa banyak muzium singgah hahahahha

      Delete
  10. ehehehe dalam wishlist cuti2 malaysia gak ni..
    tapi tahla bila nak sampai.. ehehe..
    yang berlari 2 smart..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe. in shaa ALLAH. moga ada rezeki. dalam malaysia je pun :)

      Delete
  11. Kita boleh dapatkan senarai homestay di kawasan Klebang yang murah di Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang sila lawati;
    http://www.homestaymelaka.com.my atau http://homestaymelaka.worldheritage.com.my

    Begitu juga bagi INDAH Kembara Apartment & Hostel Klebang merupakan penginapan apartment dan hostel murah untuk rombongan di kawasan Klebang dan Bandar Hilir, Melaka boleh lawati http://www.indahkembara.com

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.