Sistem Tesco Online Efisien
Tesco Shah Alam
3:13 p.m
office
assalamualaikum and hello lads!
alhamdulillah. tadi baru selesai buat passport. apa khabar semua? esok dah masuk Awal Muharram. dengarnya sambutan Maal Hijrah ni, kita je yang buat. betul ke? cuba cek balik.
okay, alkisahnya haritu aku dengan ummi pergi ke Tesco. tapi memandangkan cashier tu macam budak baru, kami pun anak beranak punggah lah sendiri barang barang kami dalam plastik.
Tertinggal Barang di Tesco
masa dah balik tu, cek cek rupanya ada satu barang tertinggal. apa dia? Nescafe. Nescafe kan dia letak bendalah tag macam letak kat baju tu. so, masa tu mungkin tak perasan dia letak mana Nescafe.
ummi aku try la call Tesco Extra Shah Alam, kot-kot ada orang jawab. malangnya tak ada. berapa kali dah jawab. entah ke mana Service Center punya orang. makan kot. so, aku buat keputusan untuk mengadu je dekat Tesco punya website.

nampak tak tu. ada bahagian Contact Us. malamnya aku membebel (not literally), esok tengah harinya, Tesco dah telefon bagitahu ummi aku, memang ada produk Nescafe cashier tinggalkan dekat kaunter. so, kami boleh pergi ambil.
alhamdulillah. ada juga barangnya. rugilah weyh kalau dah beli barang lepas tu tertinggal pula. dah lah mahal Nescafe nya ha.
aku rasa itulah faedahnya kalau ada kelab member Tesco ni. dia boleh cari lane mana kita bayar barang. dan betul ke tidak ada barang yang tertinggal. dia kata ummi aku cuma perlu datang semula ke Tesco, bawa resit dan ambil sahaja Nescafe itu.
okay tu je nak cerita.
adios~

Wahh, bagus macam ni :)
ReplyDeleteOooo... ingat Amy nak citer pasal beli online kat Tesco..
ReplyDeleteHari tu ada tgk Fynn Jamal up kat IG dia, skrng dh boleh beli online je dari Tesco... amvoiiii sangat kannn.. hehehehee... :)
wahh baru taw ada function macam ni.. mekasih ye.. good info
ReplyDeletebagus la boleh ambil semula macam tu kan,
ReplyDeletetak lah rasa terkilan bila tertinggal barang yang dah di bayar
Bagus. Mesra customer gitu. Takdelah burn je Nescafe yg dah dibayar :)
ReplyDelete