Ucapan Lelaki Yang Ingin Di Dengari Wanita

Ucapan Lelaki Yang Ingin Di Dengari Wanita

12:51 p.m
rumah
..

assalamualaikum and hello lads!

dulu pernah buat entri berkaitan cinta juga. kalini aku akan cuba buat entri mengenai apa lagi perkara yang perlu diucapkan oleh lelaki selain aku cintakan kau. mesti si perempuan dah acapkali dengar ayat I Love You ni berulang kali. kadang-kadang sampai benda ni jadi macam habit dan bukan betul-betul diucapkan dari sudut hati yang dalam.

hakikatnya, ada ayat lain yang boleh buat hati wanita tersentuh juga. apa dia tu? jom kita tengok.

1. Saya Minta Maaf


mesti kita pernah dengar ayat ni.

Men's ego and Women's emotion


sebenarnya tak susah pun nak minta maaf ni. tapi aku tak tahulah ego lelaki ni macam mana. kadang-kadang ada certain men memang tak nak mengaku kesalahan dia. bukan niat wanita nak bergaduh. dia cuma nak dengar ayat 'Sorry' tu je. menandakan yang dia memang betul. dan apalagi kita biasa dengar di mana-mana movie atau buku; Women are always right. cuba bandingkan dua situasi ni. mana kita lagi suka.

Perempuan : "Kenapa awak datang lambat? Dah pukul berapa dah ni."

Situasi 1: Lelaki : "Sorry, kereta ada masalah tadi."
Situasi 2: Lelaki : "La, saya dah datang ni kan. Okaylah tu."

2. Sokongan


perempuan ni ada masanya keyakinan dia boleh jatuh. so, dengan hanya cakap saya sokong awak menunjukkan korang suka dengan apa dia buat dan korang yakin dia mampu berjaya lakukan apa sahaja yang dia mahu.

contoh macam kita sebagai blogger ni. sedangkan hidup kita dengan dunia penulisan di dalam dunia blog lelaki tak boleh terima, apatah lagi dengan perkara lain. mungkin lagi remeh temeh dari ini.

3. Dating Jom


bukan pasangan kekasih belum berkahwin je boleh dating. pasangan yang dah lama berkahwin pun tak salah nak dating. tak ada istilah dah ada anak, dah ada cucu tak ada masa nak bercintan cintun ni. bila masa anak beranak dah ramai, akhirnya si lelaki dapat bawa si isteri keluar berdua, mesti dia suka. siapa tak suka kalau dapat kembalikan memori cinta masa dulu-dulu.

credit to weheartit.com

4. Penghargaan


kebiasaannya isteri yang sudah bergelar ibu memang banyak tanggungjawab. tak kisahlah sama ada bekerja ataupun surirumah sepenuh masa. surirumah tu pun bukannya kerja mudah. pagi-pagi dah bangun, dah siapkan sarapan, basuh pakaian semua, sediakan keperluan suami, siapkan anak-anak, hidangkan makanan tengah hari, kemas rumah, kemas luar rumah, bersiap-siap menunggu suami pulang, siapkan anak-anak semula dan sampailah tidur. itu pun masih tak habis lagi kerja yang ada.

ibu berkerjaya pun ada rasa susahnya. segala penat lelah ni rasa macam berbaloi sangat bila lelaki mampu hargai apa yang isteri lakukan dengan kata-kata cinta atau tunjukkan pada isteri betapa istimewanya dia di hati. dan sebab itu jugalah si lelaki memilih dia sebagai isteri pada suatu ketika dahulu.

5. Cantiknya Awak


perempuan. kalau tak risau pasal penampilan dia, bukan perempuan lah namanya. sedangkan artis yang kita tengok memang dah lawa pun boleh risau lagi dengan penampilan diri dia sendiri.

tak percaya? kalau mereka yakin dengan diri sendiri, kenapa perlu buat surgeri? sebab nak cantik kan??

credit to abdallagad.tumblr.com

lagi-lagi bila dah beranak pinak, bentuk badan memang akan berubah. kalau sungguh cintakan si isteri kerana diri dia seadanya, tunjukkanlah pada isteri yang dia sememangnya sentiasa cantik di mata anda. bukan mudah nak dapat bentuk tubuh macam zaman single dahulu.
 

6.  Saya Bangga dengan Awak

Bayangkan kita si perempuan seronok sertai satu program kurus 1 Malaysia ni. dan lama-kelamaan kita berjaya sampai ke tahap yang kita idamkan. si suami pula terasa sangat bangga dengan diri kita dan meluahkan betapa dia rasa kita ni hebat di mata dia. 

credit to imgarcade.com
sebenarnya simple things pun boleh buat perempuan rasa terharu. nampak isteri tengah sibuk jaga anak, si lelaki tolong masak dekat dapur ke. nampak isteri terkial-kial pakai helmet, lelaki tolong pakaikan ke. nampak isteri gayat kat tempat tinggi, lelaki tolong angkatkan ke. 

itu sahaja aku mampu kongsikan. ada apa-apa tak berkenan atau mahu tambah, silakan komen di bawah :)

adios~


 
 
 
post signature

Share:

5 comments

  1. Dah macam doktor cinta awak nie.. single lg x ? wakaka

    ReplyDelete
  2. simple things yg kadang2 laki mmg payah nak buat.huhuhuhu...ada yg sbb ego,ada juga kerana terlepas pandang

    ReplyDelete
  3. Betul. Macam saya pun saya suka little things.

    ReplyDelete
  4. Perempuan suka pujian rupanya... Wow lawa lah blog Amy j. Teruja kbaiii

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.