Adeline Villa, Aku Datang

Menaiki Train ETS ke Batu Gajah

Adventure di Adeline Villa Gopeng Perak

10:49 p.m
rumah
layan Bahubali



assalamualaikum and hello lads!

aduhai, tengoklah archive dekat sidebar blog aku ni. berapa banyak entry je dalam bulan November. busy punya pasal. malam-malam dah letih tak sempat nak update entry. tapi kalini excited punya pasal, aku nak berkongsi apa yang dah terjadi pada aku hujung minggu lepas.

alkisahnya, aku ada menang contest Trekking, Caving and Water Abseiling for 2. memang best sangat! serious korang kena pergi dekat tempat aku pergi ni. ajak kawan-kawan lagi syok. okay, meh aku cerita apa yang terjadi dari awal okay.

seawal jam 4 petang, aku dah bergerak ke KL Sentral memandangkan Hana sudah membeli tiket train ETS pada pukul 9.00 malam. mula-mula nak ambil pukul 8. tapi aku takut jalan jammed. KL kan. and memang betul apa aku jangkakan. teruk betul sampai bas sikit-sikit je bergeraknya.

untuk tahu harga mengikut destinasi korang, boleh lah cek di sini >> Harga ETS Mengikut Destinasi

sampai KL Sentral tu kami menunggu di Platform B. katanya, sekarang ni Platform A hanya untuk ketibaan sahaja. satu lagi platform untuk pelepasan. bagus la macam tu kot. cuma ramai lah menunggu. akhirnya menanti selama beberapa puluh minit, train pun sampai. jom kita naik.




aku dan Hana punya tempat berada di Coach E. kami hanya memilih silver coach sahaja. lebih murah berbanding Gold Coach. kalau nak dekat dengan cafe, korang boleh pilih Coach C. kalau macam kami yang biasa-biasa ni mungkin di Coach D dan E sahaja. Tiket kami berharga RM24 seorang. not bad lah tu. 2 jam lebih sahaja perjalanan.



tempat dia sama je rasanya. selesa je kami duduk di Silver Coach. ada TV. siap tunjuk movie Harry Potter ha. cuma aku agak tak selesa sebab kena dongak untuk layan movie tu hahaha.


kelajuan train juga ada dipaparkan di skrin TV. bila dia laju dan semakin perlahan. aku nak snap gambar banyak-banyak tak sempat sebab train bergerak laju sangat sampai gambar jadi kabur.



nampak tu kelajuan train sekarang

Meja kecil macam ni mestilah disediakan untuk makan dan minum
tepat jam 11.30 malam, akhirnya sampai juga di Stesen Batu Gajah. adik Hana, Nan yang ambil kami menaiki kereta. nasib baik dia ada. kalau tak, macam manalah kami nak gerak ke Homestay semetara menunggu esok pagi untuk ke Gopeng tu.

sebelum check in homestay, singgah makan nasi lemak dulu. Nan kata situ memang tempat melepak budak-budak UTP termasuklah dia.


okay, itu sahaja buat masa ni. nanti aku sambung cerita perjalanan kami setibanya di Adeline Villa okay. :D

adios~
 
post signature

6 comments :

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes