Aktiviti Caving di Gua Kandu, Gopeng Perak

 Aktiviti Caving di Gua Kandu, Gopeng Perak

 Adeline Villa Gopeng

 
9:49 a.m
rumah
layan drama Melayu
 
 
assalamualaikum and hello lads!
 
okay, semalam dah bercerita pasal cara kami ke Perak. harini aku nak sambung perjalanan kami ke Adeline Villa pula. lepas je Subuh habis, aku terus bersiap-siap mandi menunggu kedatangan adik Hana ke homestay yang kami menginap semalaman tu. 
 
 
amysyeera.com

amysyeera.com
ya. kawan aku lawa orangnya. maaf, dia sudah berpunya hahahahahaha.
 
sampai je, lepas sarapan, terus bergerak ke Gopeng. perjalanan dari Batu Gajah ke Gopeng memakan selama 30 minit lebih kurang. not bad lah jauhnya. sampai-sampai Adeline Villa je, jam dah menunjukkan pukul 10.10 pagi. aku booking pukul 10.00 pagi. susah tau nak naik atas. agak bahaya. sebab jalan dia berliku-liku and setiap kali lalu selekoh, kita wajib hon okay. kang berlanggar dua kereta naya je. 
 
akhirnya kami sampai. yeahhh~
 
amysyeera.com

amysyeera.com
 
 
masa mula-mula tengok Adeline Villa ni, memang lawa tempat dia. aku kagum sangat. suasana dia sangat santai. betul-betul menghadap bukit bukau yang hijau. dan kedatangan kami disambut mesra oleh staff di situ. lepas je kasi voucher contest aku menang haritu, kami terus dibawa ke bilik kami. 
 
amysyeera.com
 
bilik 220. lawa weyh. hahaha. aku tak tahulah nanti berapa perkataan lawa akan aku cerita di sini. tapi itulah apa yang ada dalam fikiran aku sejak pertama kali jejak kaki ke Adeline Villa ni. bilik kami ada dua katil single. and toilet dia bersih. ada cold and hot shower. bilik pun ada aircond. lampu romantik betul. pakai lampu warm white sahaja. hahaha. 
 
amysyeera.com

amysyeera.com

amysyeera.com

amysyeera.com
 
sementara menunggu pukul 2.30 petang untuk memulakan aktiviti pertama kami iaitu mendaki gua ataupun caving, kami unpack dulu barang dan baring-baring santai. yang bagusnya, bila duduk atas bukit tinggi ni, memang line internet tak ada langsung. yang ada cuma coverage sahaja. so, nak call atau message masih boleh tau. 

dah puas baring, siap-siap pula untuk makan tengah hari. weee~ itulah saat yang paling dinantikan oleh aku dan Hana. aku pun dah lapar sangat-sangat. 

ha, dewan makan dia pun lawa. konsep hutan gitu. bumbung dia ditutup dengan pelepah kelapa. so, nampak sejuk je tempat dia. kerusi meja semuanya dari kayu. aku suka betul konsep macam ni. tenang je rasa hati. nak makan lama-lama pun seronok. 
 
amysyeera.com

amysyeera.com

amysyeera.com

amysyeera.com
 
cakap pasal makanan, memang banyak sangat pilihan! nasi ada dua jenis. nasi putih dan nasi goreng. lepas tu ada sotong, ikan, ayam and macam-macam lagi. ikutlah korang nak pilih apa. ha, inilah pilihan kami untuk makan tengah hari. 








woohoo! banyak tak kami makan? haha. lepas dah puas makan, balik bilik untuk solat jamak. dan akhirnya, bersiap untuk pergi caving! yeah. tapi kan, kami dua orang je yang buat aktiviti caving ni hahaha. tak tahulah nak kata special ataupun terpinggir. hahahaha. 
 
kami dibawa oleh Along, yang merupakan tour guide di situ. rupanya sebaya aku dengan Hana. tak adalah rasa awkward bagi kami. kebetulan masa tu hujan renyai. tapi tu tak jadi masalah sebab kami akan mendaki di dalam gua. bukannya di luar kan. 
 
ada dua jenis gua di situ. Gua Tempurung dan Gua Kandu. Gua Kandu adalah gua batu kapur. kering sahaja. and berdebu. kalau tak silap aku pula, Gua Tempurung gua yang basah. jadi, kami hanya caving di Gua Kandu sahaja. 
 
oh, sebelum ini aku ada menceritakan pengalaman caving di Gua Kandu. korang boleh tengok di sini. >> Tips Caving di Gua Kandu
 
tapi tu entry dah lama. so, ayat pun macam bodoh-bodoh je. hahahaha. kalini aku selitkan lebih banyak informasi ye. Kandu ni diambil dari nama seorang budak lelaki yang hilang ketika bermain di kawasan gua ni. so, kalau korang masuk dalam Gua Kandu, and ternampak kelibat budak kecil, just senyum and continue perjalanan okay. hehehe.  

andai kata korang ada masalah pernafasan, bawa sahaja handkerchief/bandana/key untuk menutup hidung dan mulut korang. aku bawa je. tapi last-last tak pakai pun. hahahaha. and torchlight jangan lupa!! tak kisahlah siang ke malam ke korang pergi aktiviti caving ni, masuk dalam gua confirmlah gelap sokmo juga kan. 

amysyeera.com

 
sambil mendaki, Along cerita sekali sejarah di sebalik apa yang berlaku di Gua Kandu tersebut. macam-macam terjadi rupanya. kebanyakkannya pasal komunis dahulu. situlah tempat persembunyian mereka tau. 
 
fuh, rasanya ambil masa dalam 1 jam la juga untuk kami habiskan pendakian kami dalam gua Kandu tu. seronok memang seronok. kejap kena naik, lepas tu turun pula. lepas tu merangkak. ada tergelincir lagi. habis kotor baju seluar. memang tak hirau apa dah. haha. terhantuk pun berapa kali dah kena. bukan dekat kepala lah. sebab kami pakai topi keselamatan. 
 
tapi so far, semuanya berjalan dengan lancar. kami akhirnya tiba di point terakhir Gua Kandu. fuh, berpeluh mak. dengan kurang udara dekat gua tu kan. selfie dahulu sebelum bergerak pulang. 

amysyeera.com

amysyeera.com

amysyeera.com

amysyeera.com
ha, inilah Gua Kandu

amysyeera.com

amysyeera.com

kepenatan? ye. tapi berbaloi tak? memang berbaloi. jangan lupa buat aktiviti caving di Gua Kandu ni okay! :D esoknya, aktiviti water abseiling dengan jungle trekking pula! tunggu next entry ye. 
 
amysyeera.com


kasut baru beli sudahpun kotor

saje nak tunjuk tangan kami yang berdebu hahahaha.
 
 
adios~
 
 
post signature

Share:

8 comments

  1. bapak syok kak amy. kalau full pakage berapa harga? rezeki betul k.amy. cepat2 next entry . tak zabar nak bace

    ReplyDelete
  2. nampak seronok tempat ini


    www.azlindaalin.com

    ReplyDelete
  3. cantik adeline villa ni..konsep tempat makan dia tu, akak pun suka..tapi akak tak larat dik nak buat aktiviti adventure tu..fenatttt..mengah akak..hehe

    ReplyDelete
  4. da pernah [pg da.. ada camping dgn bdk2 palapes dulu.. klu xsilap thn 2013... hehehe best...

    ReplyDelete
  5. saya first time buat aktiviti caving ni few months ago. gua niah miri. fuhhhhh rasa nak menangis je sebab penat turun naik tangga. masa tu kasut ada masalah and agak susah utk saya sbb licin gila. end up guna stokin je keluar dari gua. btw, cantik villa tu :D mcm best je kann huhuhu

    ReplyDelete
  6. Sejuk je mata memandang tengok pemandangan sekeliling tu.

    ReplyDelete
  7. lawa tempat....eh..apasal kasut kawan amy tu semacam? heheheh

    ReplyDelete
  8. Wah..mcm best! Tak pernah try lagi aktiviti2 mcm ni.. Teringin lah pulak ;P

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.