Cinta Lelaki pun Complicated

 Cinta Lelaki Complicated

9:01 p.m
rumah
hujan
assalamualaikum and hello lads!

apa khabar kawan-kawan blogger dan bukan blogger? lama betul aku tak menulis. seriously, bukan masa tak ada. ada sahaja sebenarnya. cuma badan aku ni bukan main letihnya macam athlete pula. padahal kerja dalam office je pun. adudu. 
dalam duduk sibuk fikir pasal kerja dan mencari kerja, pasal study lagi, aku takkan lari juga dari masalah cinta. hahahahahaha. aku antara manusia yang agak down sikit bila sebut mengenai cinta. sibuk mencari sana sini. dah orang sibuk suruh mencari. kalau tak, tak jumpa. nak tak nak, aku usaha je lah. hmm.. 
tapi dalam sibuk mencari, aku minta nasihat dan pengalaman dari kawan-kawan lelaki aku juga. aku tanyalah. macam mana nak tahu lelaki tu suka kita ke tak. macam mana nak tahu lelaki tu sudah berpunya ke and so on. 
bila makin ramai kawan punya cerita, makin aku rasa lelaki pula yang complicated. 

ada kawan lelaki yang setia. ini sungguh setia perangai dia bagi aku. kenapa? ada dua orang sahabat aku ni. aku dah berkawan dengan diorang sejak form 4 lagi. so far, tak pernah lost contact. bila ditanya mengenai cinta, rupa-rupanya dua orang kawan aku ni ada kisah cinta yang lebih kurang sama. 
http://designsold.com/wp-content/uploads/2013/12/Real-Men-Love-Quotes.jpg

mereka suka pada seorang perempuan ni (dua perempuan berbeza) sejak form 5 lagi. even sampai sekarang pun, diorang masih sukakan orang yang sama. tapi bila ditanya, 

kau dah confess dekat dia ke belum? 

belum. tu aje lah jawapannya. tunggu aku dah kerja stabil. dah ada rumah sendiri dulu. 

okay, bagi aku, tak salah impian tu. biar ada kerja stabil. tapi kalau betul serious, apa salahnya jumpa parents perempuan tu terus. minta cadangan ke 'booked' ke kenal-kenal dengan perempuan tu dulu ke. atau persepsi aku yang salah? ada sesiapa boleh bagi pendapat berbeza? 

aku tak tahulah nak nasihat apa. aku tanya lagi. habis tu, kalau tiba-tiba kau tak ada jodoh dengan dia. jawabnya, ha masa tu nanti barulah aku cari yang lain. hahaaha. 

memang betul setia. bila ada perempuan yang propose pun, diorang reject macam tu je. haha. aduhai. tak apalah kawan, aku doakan kebahagiaan kau okay. walau siapa pun jodoh kau. susah nak jumpa lelaki yang setia ni. so, kalau mana-mana perempuan yang dapat diorang ni kira bertuah la kan. hahahahaha. ops, jangan kasitahu kawan-kawan aku ni. mampuih den.

kes kedua pula. kawan lelaki aku ni, gaya dia macam kejap nak, lepas tu tak nak pula. gaya macam nak mengorat orang tu. tapi esoknya macam kawan je pula. aku pun tak faham orang macam ni. dia pemalu atau dia memang suka main-mainkan perasaan perempuan? 

yang ketiga pula suka mencuba. kalau tak dapat ni, dia cuba tu. kalau tak dapat perempuan tu pula, dia cuba perempuan lain. then, bila dah dapat, rasa bosan pula. then sambung cari perempuan lain. setia ke lelaki macam ni? i just don't know what to say. 

nampak kan. orang kata perempuan ni complicated. lelaki pun sama. aku sampai kadang-kadang tak boleh baca apa ada dalam fikiran lelaki. dia serious ke. atau dia main-main je ke. dia memang couple nak tuju sampai ke gerbang perkahwinan? entahlah. 

any thoughts to share with me?
 
 
post signature

Share:

8 comments

  1. i pun ade je kawan guy yang macam ni....penah gak tanya benda yang sama...then dia sendiri pun taktahu hala tuju hubungan diorang..see ? kadang guy ni memang complicated...naknak kalau perempuan tu dah jatuh sayang..haha
    *mencari yang setia jugaa ^^

    ReplyDelete
  2. hahahahaaa.. dunia lelaki ada ego dia sendiri Amy..
    of course fikiran dan perancangan orang lelaki ni tak sama mcm perempuan..
    diaorang fikir soal airmuka, maruah, pandangan orang and bla..bla..bla..

    which is benda tu tak salah sebenarnya.
    akak suka lelaki yang pandang jauh ke depan.
    kalau dia ada plan sendiri dan kita percaya pada vision dia, let it be.. biar dia capai apa yang dia nak dulu then baru dia akan cari kita.. (itu pun kalau kita ada dalam wishlist dia la.. hahahahaaa...)

    love are so beautiful Amy.. not complicated.. eheemmm... :)

    ReplyDelete
  3. kite pon rmai kawan lelaki.. lebih kurang sama macam amy.. hurmm..

    ReplyDelete
  4. Takde benda nak share sebab saya pun tak berpengalaman dalam benda-benda macam ni. Fikir pun taknak. hihi

    ReplyDelete

  5. kadang2 benda tak komplikated, tapi kita ngengada je.

    ReplyDelete
  6. hahahahatulah, lelaki dgn pompuan dua2 same complicated...cara dia jer beza2... btw, akk rasa kawan amy yg dri form 5 suka sorang pompuan tuh, spatotnya dia cepat2 confess....atleast tau la kann pompuan tuh hati dia cmne kt kita... kalau tunggu keje stabil semua, tiba2 org lain kebas, kann melepas namanya... rugi nnt menyesal xsudah.... oh men, u guys shud work faster u know!

    ReplyDelete
  7. jodoh itu rahsia....cinta sebelum kahwin itu seksa

    ReplyDelete
  8. kann. sampai kite pon ase macam semua lelaki ni nak main2 jee. tapi quote tu betul lah. stong women pon taknak weak man kan ?

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.