Giveaway Jersey Christiano Ronaldo 7 berserta Autograf

Giveaway Jersey Christiano Ronaldo 7 berserta Autograf

Hollywood and Football Mini Exhibition MaTiC

 
8:56 p.m
rumah
..



assalamualaikum and hello lads!

seperti yang korang sedia maklum, aku adalah penggemar movie Hollywood. cakap je apa sahaja. semua  aku layan. kecuali filem Horror. memang kirim salam. aku akan layan sambil tutup mata lepas tu tanya orang sebelah.

'weyh, apa dia buat?'
'weyh, kenapa dia menjerit?'

weyh, kenapa itu dan kenapa ini. so, jangan ajak aku layan movie seram okay. tapi ajaklah aku tengok wayang filem Transformers ke Harry Potter ke Ironman dan lain-lain lagi, confirm aku laju je mengikut. aku sangat suka filem fantasi. kalau macam Harry Potter tu, dari dulu sampailah habis series dia, aku layan kesemuanya. Zombie jangan cakaplah. The Walking Dead aku terlalu takut sikit nak layan. haha. tapi kalau IZombie aku tengok. serious best korang cerita fantasi ni. 

tapi belum cakap lagi pasal bola sepak. siapa pula di sini penggemar bola sepak? Chelsea, Manchester United, Arsenal dan macam-macam lagi. aku rasa semua lelaki minat bola sepak kan. sedangkan adik perempuan aku pun terlalu obses dengan bola sepak, inikan pula kaum lelaki. cuba bayangkan kalau dapat tengok depan mata koleksi-koleksi para pemain bola sepak ni? mesti aku akan rasa amazed gila punya. serious aku cakap. apa orang kata, tak dapat jumpa depan mata, tengok bumbung rumah koleksi props movies dan bola sepak mereka pun dah cukup memadai. luls~



siapa kenal dia, angkat tangan.



okay, sekarang kita berbalik pada tajuk asal. ha, tertarik tak bila baca pasal Giveaway Jersey CR7 dekat tajuk atas tu? bagi aku yang bukan peminat bola sepak pun, aku tahu siapa Christiano Ronaldo ni. sedangkan kalau dapat jumpa depan mata pun dah buat lidah terkelu. inikan pula kalau dapat menang Giveaway Jersey CR7 berserta autografnya di baju!! 

macam mana cara nak menang tu? meh baca cerita aku dulu okay. 

siapa pernah dengar pasal MAT1C dekat sini? ha, alkisahnya MATiC ada menganjurkan satu exhibition yang bernama Hollywood and Football 'The Mini Exhibition'. program ini dibawakan khas oleh Private Collector Club.  bersama kolaborasi Fashion Stailista.





tapi bila, dekat mana, macam mana nak pergi tu?

ini details dia.

Program: Mini Exhibition Football and Hollywood Movies
Tarikh: 6-8 November 2015
Masa: 10:00 a.m - 10:00 p.m
Tempat: MATiC Kuala Lumpur

aku ada juga ushar dekat maps macam mana nak ke MATiC ni. memandangkan aku tak ada transport dan aku hanya bergantung sepenuhnya pada pengangkutan awam yang sudah naik tambang , jadi kalau ada kemudahan macam ni memang sangat mudah untuk semua orang berkunjung ke exhibition ni kan.

cara pertama:

Train untuk ke MaTiC


korang boleh naik LRT turun ke KLCC. dan berjalan dalam beberapa blok sahaja untuk sampai di MATiC

atau

korang boleh naik Monorail dan turun di Bukit Nenas. pun sama juga. perlu berjalan beberapa blok untuk sampai ke MATiC.


Bas untuk ke MaTiC


bas pun ada juga. dari apa yang aku tengok di dalam website MyRapid. ada beberapa bas yang akan berhenti dekat area situ.

cara ke Matic KL

nampak tu? korang boleh try search rapidkl bernombor BET7 atau U332.

ha, senangkan. macam-macam cara ada nak ke sana. kalau naik kenderaan sendiri lagi better lah. tapi aku ni siapa. hahaha. bas dengan train je mampu naik.

tapi masuk ke sana tu percuma atau berbayar? ha, meh kita tengok pula gambar ni.


so, kalau berminat untuk menang jersey ataupun Iphone ataupun macam-macam lagi jenis hadiah yang ada di sana, boleh layari di sini. serious kena follow. sebab main contest dia ada instagram. :D
instagram: Fashion Stailista

ataupun boleh hubungi nombor yang tertera di dalam banner. 

jumpa di sana! in shaa ALLAH aku akan berada di MaTiC pada hari Sabtu ini dengan best friend aku :D

adios~
 
post signature

Share:

0 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.