Lunch di Teh Tarik Place, Menara UOA Bangsar

Lunch di Teh Tarik Place, Menara UOA Bangsar

Food Ink Malaysia

11:52 a.m
office
mengantuk

kacang pol set

assalamualaikum and hello lads!


apa khabar semua? salam Jumaat. dah baca surah Al-Kahfi belum? ha, jangan lupa baca. Jumaat ni macam-macam keistimewaan ada.

okay, berbalik pada lunch aku. al-kisahnya haritu ada dapat invitation dari Food Ink Malaysia untuk buat food review di Bangsar. aku macam tertarik juga. tapi nak tak nak, tempatnya kena tengok dulu kan memandangkan aku tidak mempunyai sebarang kenderaan (ada, tapi takut nak bawa). so, kenderaan awam adalah point nombor satu dulu aku search.

bila cari punya cari. alhamdulillah. memang dekat sangat dengan bus stop. and cuma satu bas sahaja aku perlu naik untuk ke Teh Tarik Place di Menara UOA Bangsar tu. kalau korang rasa tak nak naik pakai bas pun tak mengapa. naik sahaja LRT dan turun di LRT Bangsar. betul-betul berhenti depan mata. serious cakap.

nampak tu? Menara UOA terletak betul-betul di hadapan LRT Bangsar. kebanyakan bas akan berhenti di situ juga
okay, bila dah sampai je, kedainya terletak di tingkat 2. memang senang nak cari. pandai dia letak sign nama kedainya menghadap eskalator. tak adalah mencari bagai nak gila, rupanya sebelah je. sampai tu, aku tak nampak sesiapa. kecuali MahaMahu. okay, aku tak famous, so dia takkan kenal blogger picisan macam aku ni. hahahahaha.

nasib baik Stella perasan aku datang. masa sibuk menunggu bloggers yang lain, aku ambil kesempatan untuk bersembang dan mengambil gambar.


betul-betul menghadap belah kanan eskalator. jadi tak susah nak cari




kalau rasa tak nak duduk dalam, duduk luar pun seronok juga


 suasana sangat santai. boleh makan sambil melepak sembang dengan kawan-kawan. meja pun ada khas untuk makan dengan kawan-kawan. kalau nak makan dengan family pun sesuai. macam gambar di atas tadi. nak makan dekat luar pun boleh. sangat luas. serious.

tapi konsep dekat Teh Tarik Place ni, korang kena ingat! kita kena order sendiri tau. haha



and makanan pun sampai jua. aku tak ingat dah flow makanan yang sampai dulu. tapi ini antara makanan yang tersedia di Teh Tarik Place Bangsar. banyak juga menu menarik tau. masa aku tengok dekat senarai menu dia, ada makanan yang macam buat aku speechless. okay, ini ada? seriously? macam tu lah dalam hatiku.

tanpa bercakap dengan lebih panjang. jom kita tengok makanan-makanan yang dihidangkan kepada kami.

Menu 1: Keropok Lekor Rainbow


Keropok Lekor Rainbow. RM6.00

keropok lekor rainbow ni adalah gabungan cheese, mayonnaise dan juga sos bbq. sedap weyh. memang kalau korang suka cuba sesuatu yang baru, ini adalah menu yang patut korang order di sini.

foodinker
inilah menu dia kalau korang nak cuba sesuatu yang lain. in case Keropok Lekor Rainbow tak kena dengan tekak masing-masing.
foodinker food inker

Menu 2: Roti Canai


roti canai
Roti Canai. RM2.50

ini adalah Roti Canai biasa. yang selalu orang akan order. not bad juga roti dia. tapi aku suka sambal. selalu aku tak makan roti canai dengan kuah yang dia kasi. melainkan kalau dah tak ada sambal.

Apple Juice

apple juice

erm. bagi aku, nak minum untuk menghilangkan dahaga okaylah apple juice ni. cuma tak cukup ummph lagi.


Milo Dinasour


milo dinasour

aku sangat tak suka milo macam ni. akan berterabur kalau minum.

Menu 3: Kacang Pol Set


kacang pol set
Kacang Pol Set. RM9.90

Kacang Pol Set ini buat aku jatuh cinta terus lepas makan. serious aku makan tak berhenti. actually, aku tak pernah makan Kacang Pol. sebab aku rasa tekstur dia sangat pelik. tapi bila macam ni, kenalah cuba kan. menyesal kalau tak cuba.

Kacang Pol terdiri daripada cili, bawang merah, telur dan ada lagi ingredient yang lain. kalau takut rasa hanyir (sebab ada certain orang sensitif bau), bolehlah perah limau kasturi atau apa sahaja yang berkenaan.

roti bakar dia akan kasi 2 keping. pergh, memang sedap buat breakfast ni.

Tembikai Laici


Tembikai Laici

Menu 4: Nasi Lemak Sambal Strawberry


Nasi lemak sambal strawberry
Nasi Lemak Sambal Strawberry. RM12.50

wow. ini paling buat aku amazed. honestly, aku tak pernah dengar pasal Nasi Lemak Sambal Strawberry. apa rasanya eh? sedap ke? berani atau tak korang mencuba? haha. bagi aku, sebenarnya sambal Strawberry dia memang hampir sama dengan rasa sambal acar buah kenduri kahwin. cuma aku tak suka acar buah. tapi Nasi Lemak Sambal Strawberry ni aku boleh terima.

Menu 5: Nasi Lemak Ayam Rendang


Nasi Lemak Ayam Rendang. RM9.50

Nasi Lemak Rendang Ayam ni alahai. tak sempat pula rasa. jauh ke meja sana. lupa nak ambil. tapi mestilah sedap juga. siapa tak suka rendang ayam. pergh. 

Menu 6: Nasi Lemak Basmati


Nasi Lemak Basmati. RM5.50

Menu 7: Kuey Teow Cantonese



Kuey Teow Cantonese. RM9.50

Kuey Teow Cantonese ni sedap dimakan dengan cili api. barulah terasa kehebatannya. dia macam ala-ala makanan Cina Muslim. so, better lah tambah cili api atau cili potong untuk kasi hilang rasa muak bila makan dalam kuantiti yang banyak.

Menu 8: Sizzling Yee Mee


Sizzling Yee Mee. RM9.90

aku suka Sizzling Yee Mee. presentation dia bagi aku not bad. aku boleh terima. semua ada. kebiasaannya, bila aku tension buat kerja dekat uniten, memang aku akan order Sizzling Yee Mee ni. tapi rasa dia agak masin. kalau kurang sikit, memang aku akan habiskan awal-awal :P

Menu 9: Asam Pedas Salmon Set


Asam Pedas Salmon Set. RM14.90



ini dia saat yang ditunggu-tunggu. kalau korang datang ke Teh Tarik Place di Menara OUA Bangsar ni, korang kena cuba Asam Pedas Salmon Set. rasa dia sedap sangat. dah lah salmon. Salmon setahu aku memang mahal. tapi harga kat sini sangat affordable! nanti serious, kalau aku dah dapat gaji, aku akan belanja adik aku dekat sini since dia obses Asam Pedas.


ha, inilah dia owner kepada Teh Tarik Place Bangsar Encik Zikri. tapi banyak experience beliau. and makanan semua akan dirasa oleh beliau dahulu. selagi tak sama macam apa yang beliau mahu, diorang akan keep on masak sampai rasa sedap.

 
yeah, sempat berselfie depan sign Teh Tarik Place bersama blogger Mahamahu. 
kalau nak datang ke sini, memang mudah. macam aku cakap di permulaan entri ini. kalau nak buat event? lagi boleh. ini details berikut untuk kemudahan korang mencari dan decide apa patut dilakukan

Sewa untuk Event (2 Jam): RM1000 tanpa makanan
Sewa untuk Event (2 Jam): RM1500 dengan makanan 20pax
Tambahan makanan: RM25 per pax

Bangsar? jauhlah pula eh. kalau rasa dekat Bangsar sangat jauh. korang boleh cuba di Teh Tarik Place yang terletak di Selayang pula. menu special di atas hanya ada di Teh Tarik Place Bangsar dan Teh Tarik Place Selayang sahaja! so, jangan lupa mencuba okay :D
thank you so much FoodInk for inviting me! serious. seronok dapat berkenalan dengan blogger baru dan juga Stella and Angeline. ada rezeki, kita berjumpa lagi. 

Nama Restoran: Teh Tarik Place Bangsar
Alamat: Unit 2-7, 2nd floor, Menara UOA Bangsar, Jalan Bangsar Utama 1, Taman Bangsar, 59000 Kuala Lumpur
Business Hours:
Isnin-Jumaat = 7.00 a.m sehingga 9.00 p.m
Sabtu-Ahad = 9.00 a.m sehingga 6.00 p.m
No. Telefon: 03-22011888


Nama Restoran: Teh Tarik Place Selayang
Address: Unit A8 & A9, Emerald Avenue Lebuhraya Selayang – Kepong Selayang, Selangor 68100 Malaysia
Business Hours: 
Mon-Thu 9.00pm–11.00pm 
Fri-Sun 9.00pm – 12.00am
Contact No: 03-61275560
 
post signature

Share:

9 comments

  1. thank you amy. memang lama dh teringin nak makan dekat teh tarik place nie tapi selalu tak tahu nak order apa. skrg dah tau apa nak order kikiki. teh tarik place depan opis jeee oii.. :D

    ReplyDelete
  2. menarik. teringin nak try kacang pool dorang..tak pernah makan kacang pool jgk sebelum nih..Nasi lemak strawberry tuh macam pelik pon ada..macam acar? mesti masam2 kan..

    ReplyDelete
  3. wauu.. adakah rasa kacang pool dia sama mcm kt Larkin? harus juga try ni

    ReplyDelete
  4. Macam macam menu baru ya sekarang. Memang tak boleh bayang rasa nasi lemak sambal strawberry tu macam mana.

    ReplyDelete
  5. Salam cik Amy comel tu..lama nampaknya xsinggah sini.. Amy pun nampak busy.. Pagi2 dengan perut xbapa penuh (makan skit ja, hehe), ngadap gambar makanan memang wat perut kok krek berbunyi.. maka bersabarlah sampai lunch time..
    Have a nice day AMy..

    ReplyDelete
  6. singgah bw sini.. :)

    jemput join segmen shawal.. ^^v

    http://akubukaninnocent.blogspot.com/2015/12/SegmenBlogwalking.html

    ReplyDelete
  7. kat Teh Tarik Place dah ada Kacang Pool ke ? ohaaaai.. akak nak pi try..

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.