Tips Merawat Tubuh dengan Spa di Rumah

Secret Spa YOKO Natta Cosme

 
12:00 p.m
rumah
..
 
assalamualaikum and hello lads!
 
aku akui, masa kecil dahulu, aku bukanlah penggemar kepada produk kecantikan dan kesihatan ni. bagi aku, alah, aku muda lagi, buat apa nak jaga badan dan muka semua? so, akhirnya aku sendiri merana bila sudah masuk ke alam remaja. bermacam-macam kritikan aku terima dari kawan-kawan. sedih kan.

so, sejak dari haritu, aku berazam untuk merubah diri. untuk lebih berdisiplin dalam menjaga tubuh aku supaya kekal cantik, bertenaga dan sihat berseri. untuk muka, mestilah ada produk tersendiri yang aku dah cuba. tapi macam mana pula dengan tubuh kita? dari dulu, hanya sabun biasa sahaja yang aku guna. sabun buku tak boleh sebab kulit aku agak sensitif.

lagipun, tubuh dan muka bukannya menggunakan produk yang sama. mungkin ada antara kalian yang boleh pakai macam tu. tapi bagi aku yang berkulit sensitif, aku kena pandai memilih produk yang bersesuaian dengan tubuh aku. 

tanpa disangka, pada bulan lepas, aku ada menerima satu pakej daripada Natta Cosme. apa dia pakejnya tu? ha, jeng jeng jeng. ini dia. 

serious seronok tak terkata bila aku terima produk dari Natta Cosme. sebab sememangnya dari dulu aku minat produk yang dijual oleh mereka. aku suka Rose Thayer Toner dia. aku suka Foundation Cream dia. and sekarang, aku mula jatuh hati dengan produk YOKO pula. 

produk YOKO ni ada 3 jenis kesemuanya dalam satu set. 

YOKO Milky Shower Cream
YOKO Hokkaido Milk UV SPF 25 PA++
YOKO Aqua Moisture Lock Body Serum

comel kan packaging dia. memandangkan dia datang dalam bentuk krim, so, di bahagian penutup ada satu lapisan untuk menghalang daripada krim terkeluar sebelum sempat digunakan. 


YOKO Milky Shower Cream Natta Cosme

mari kita mulakan dengan YOKO Milky Shower Cream dahulu. 
 
 Nama Produk: YOKO Milky Shower Cream
Kuantiti: 250ml
Boleh Dibeli di: Natta Cosme
Harga: RM21.00
 
ini adalah cara pertama sekali sebelum kita pakai dua produk yang lain. masa lepas dah bersihkan tubuh dengan air shower ke air terjun ke air perigi ke okay tak lawak, korang apply shower cream ni. 
 
tak banyak pun. ambil sedikit sahaja sudah memadai. picit dalam dua kali secara pusingan ke atas span mandi then, exfoliate lah tubuh anda sebersih-bersihnya. memang nampak sikit tapi buih dia sebenarnya banyak tau. cukup untuk satu badan. 
 
 
 
wangi pun wangi. aku suka bau dia. bau susu. and belakang badan aku tak effect langsung dari segi jerawat. tapi makin berkurang pula. and sekarang amazingly dah tinggal sebutir dua sahaja. aku amazed. nampak sangatlah produk ni sesuai dengan kulit sensitif aku ni kan.
 
apa kandungan lain lagi? meh kita tengok ni. 
 
Milk Protein: Maintain skin youthfulness and softness as well as forming a layer to protect the skin hydrate. Maintain skin moisture balance and reveal the velvet smooth skin
Vitamin E: Protect the skin from UV ray while moisturizes and reduces skin toughness
Vitamin B3: Whitening and moisturizing skin
Sweet Almond Oil: Keep skin soft and smooth. Relieve irritation
Yeast Extract: Give the skin a moisture boost and retaining it. Maintaining the skin natural balance

 
 
ha, sebab tulah dia wangi kan. semua bahan yang ada dalam ni bawa seribu satu khasiat untuk tubuh badan kita. rasa macam terapi je bila pakai. bila dah bilas tubuh badan pun, masih melekat bau harum tu. 
 

YOKO Hokkaido Milk UV SPF 25 PA++

 
 Nama Produk: YOKO Hokkaido Milk UV SPF 25 PA++
Kuantiti: 200ml
Harga: RM38
Boleh Dapat di: Natta Cosme
 
lepas dah habis mandi, pakai pula  YOKO Hokkaido Milk UV SPF 25 PA++ . ha, memandangkan aku sudah bekerja, jadi cream macam ni sangat sesuai untuk aku kan. kita sebagai perempuan, lagi-lagi untuk yang sentiasa berada di bawah pancaran matahari, kenalah ada at least satu produk yang menjaga kesihatan kulit kita kan. 

YOKO Hokkaido Milk UV ni pun wangi. apply je macam biasa dekat tubuh. then, keluarlah kerja or dating dengan penuh keyakinan. :D

bila balik ke rumah pun, masin tetap terasa bau wangi dia pada tubuh aku. sebab tu aku suka pakai. tak pernah sehari pun aku miss. 
 
 

YOKO Aqua Moisture Lock Body

dan akhirnya selepas seharian penat bekerja atau keluar berjalan bersama keluarga, mandi sekali lagi dengan YOKO Milky Shower Cream tadi, aku akan apply YOKO Aqua Moisture Lock Body pada tubuh. 
 
 Nama Produk: YOKO Aqua Moisture Lock Body
Kuantiti: 200ml
Harga: RM38
Boleh Dapatkan di: Natta Cosme

pergh, pakai Aqua Moisture ni memang terasa dingin. aku dah pakai dalam 5 minit, memang terasa sejuk je belakang. kena sangat dengan nama dia ha. apa fungsi dia. memang dah tertera pada nama produk tu sendiri kan. dia bertindak sebagai pengunci lembapan yang sudah ada pada tubuh badan kita. so, nak tidur pun rasa selesa je. rasa tenang je hati.
 
 
tapi sebenarnya pagi dengan malam aku pakai. haha. sebab bau dia wangi dan memang menyegarkan. maybe sebab kandungan yang ada dalam produk dia kot seperti Spring Sea Water, Collagen, Hyaluron dan juga Shea Butter. 

ha, inilah baru dikatakan spa. murah dan mudah sahaja. tak perlu susah-susah aku nak mencari spa. spa sahaja dah makan berapa banyak ringgit kan. kalau orang kaya tak apalah. aku ni pun baru sahaja bekerja dengan syarikat pakcik aku. so, produk YOKO yang dibawa oleh Natta Cosme ni sangat-sangat membantu aku. 

kalau terasa nak pakai juga, jangan lupa layari laman web di bawah. memang takkan menyesal punya. percayalah!
 
   Website: Natta Cosme
 
post signature

Share:

6 comments

  1. kyaaaaaaaaaaaaaaa bestnyaaaaaaaaaaa nak jgk la hihi

    ReplyDelete
  2. Comelnya packaging shower cream dia.

    ReplyDelete
  3. Pernah jumpa Yoko Scrub ja.. macam shower dia jugak..

    ReplyDelete
  4. wahhh mcm best je baca amy comment psl barang2 dr yoko ni....akk tergoda dah... akk sllu xkisah sgt pasal bdn, mandi wangi cukuplah...akk sllu caring psl muka sikit... tiba2 rasa nk start jaga bdnplak...hehehehe

    ReplyDelete
  5. owh ini spa dirumah...saya pun selalu spa dirumah

    ReplyDelete
  6. ok eh produk ni tuk kulit sensitif..produk jepun ke..tu adik eh yg jadi model..comel..hihihi

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.