Zaraa Shawl Menjadi Pilihan Ketika Bekerja

 Zaraa Shawl Exclusive by Zara




12:08 a.m
rumah
letih

assalamualaikum and hello lads!

apa khabar semua? dah lama aku tak update dekat sini. eh lama ke? maaf sangat-sangat. tak sempat aku nak jejak blog kawan-kawan. tapi first of all, aku nak ucapkan takziah untuk kak Siti Humairah atas kehilangan ayah tercinta. aku pernah merasai hidup itu. in shaa ALLAH kak CT kuat. :)

okay, berbalik pada tajuk di atas. aku adalah salah seorang penggemar shawl. hakikatnya dulu aku sangat tak suka shawl sebab aku rasa macam serabut kena duk melilit 24 jam. apatah lagi bila dah tengok kawan aku sendiri pakai. memang berkurun dia melilit shawl. 

tapi bila mencuba sendiri, baru aku tahu, shawl ni sangat sesuai dengan aku. so, bila semakin lama semakin pro memakai shawl, aku jadi semakin cerewet dalam bab memilih shawl yang terbaik untuk bentuk wajah aku. 

almaklumlah, aku ni kadang-kadang rasa macam muka segi, kadang-kadang macam muka telur. ada certain shawl, memang buat muka aku jadi bulat sebulat bulatnya. tension! fashion ni boleh affect kita punya keyakinan tau! so, nak tak nak, memang disebabkan tulah aku jadi sangat cerewet bila masuk bab fashion. 

mencari dan mencari, aku jadi berkenan dengan Zaraa Shawl. Zaraa Shawl ini khas dijual oleh Exclusive by Zaraa. ada pelbagai jenis shawl yang dijual di situ. macam-macam warna pun ada. aku punya berwarna hijau. aku tahu jarang orang nak pilih warna hijau kan. aku pun tak semua warna hijau aku berkenan. tapi warna shawl aku pilih ni memang kena dengan jiwa aku. tak cerah sangat tak gelap sangat. gambar mungkin berbeza dengan realiti. 
apa yang membuatkan Zaraa Shawl ni bagus bagi aku?

 

 Shawl Zaraa Mudah Digosok

pertama sebab dia mudah digosok. rasanya tak perlu gosok pun tak apa. tak nampak sangat kedutannya. unless korang dah keronyok seribu shawl tu. memang sah sah la kedut. 

Shawl Mudah Dipakai

kedua, mudah dipakai. yes, aku sangat tak suka kalau shawl yang aku pilih tak ada line keras dekat bahagian tepi dia. bila ada line keras (maaf, aku tak tahu apa istilah dia), shawl sebenarnya lagi mudah terbentuk ikut cara kita suka. aku lebih prefer bujur.  since muka aku dah bersegi.

Plain Shawl

ketiga, plain. well, ini hanya minat aku sahaja. aku tak suka shawl bercorak. aku lebih suka plain. sebab plain nampak suci bagi aku. tapi ada certain people lebih suka bercorak kan. depends la. 

harga Zaraa Shawl


harga dia sangat bersesuaian dengan panjang dan lebar shawl tersebut. 

Size: 165cm x 45cm
Harga: RM35

memang panjang. kalau tak tahu macam mana nak menggayakan, boleh tengok di tutorial yang ada di Youtube. aku pun pakai main pusing-pusing je. hahahaha. asalkan masih menutup aurat. betul tak. 

ha, kalau korang berkenan, boleh la layari lama IG Exclusive by Zaraa ni. 

atau cara lain,

Telefon : 017-2097346 (Whatsapp only)
Email: lazara0821@gmail.com
 
 
 
 
 
post signature

Share:

5 comments

  1. seronoknyaa dapat tudung yang selesa ni...

    ReplyDelete
  2. ramai juga orang buat bisnes shawl, yang penting memang laku keras jugak

    ReplyDelete
  3. belum pernah pakai shawl jenis camnie lagi sebab malas nk pakai inner. hahahhaa. i should try this one :D

    ReplyDelete
  4. nampak sweet dan muda laa.. maybe sebab colour nya soft gitu kann... :)

    ReplyDelete
  5. Saya sampai sekarang tak pandai pakal shawl. Dari dulu sampai sekarang saya cuma pakai tudung akel je.

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.