Akhirnya Penantian Itu Bermula dengan Kemanisan

Berakhirnya Suatu Penantian


9:30 a.m
Cairo
scheduled entry

assalamualaikum and hello lads!


alhamdulillah. sekiranya kalian baca entry ini pada 14 Disember, maknanya aku masih berada di Cairo dan dalam perjalanan ke Madinah pula. doakan perjalanan kami ye :) aku tak dapat nak online selalu selama 2 minggu. bukan senang nak pergi travel ke rumah ALLAH kan. so kenalah fokus betul-betul. hal lain tolak tepi.

jadi memandangkan aku akan hiatus buat sementara waktu, aku schedule kan entry untuk beberapa hari. tapi cuma entry biasa-biasa sahaja. terima kasih sudi membaca. aku minta maaf dah lama tak singgah blog kawan-kawan lagi-lagi Farah. sorry ya. rajin awak singgah and komen, tapi saya masih tak dan nak singgah blog awak T___T

okay, berbalik pada tajuk di atas (mukadimah aku selalu panjang -.-), penantian apa yang sudah berakhir dengan kemanisan tu? ha, sebenarnya bila fikir balik. bukanlah penantian itu berakhir dengan kemanisan. tetapi kemanisan itu menjadi permulaan bagi kisah hidup kita masing-masing kan. masa ni mulalah nak tersenyum kambing. mulalah rasa bagai dunia ini kita yang punya. mulalah rasa kita manusia paling bertuah. terasa bersyukur sangat-sangat dengan nikmat yang ALLAH beri. macam-macam lagilah. nampak tak ada ayat mula tu? so.. :)

hakikatnya, kebanyakan orang memang akan nampak nikmat yang kita dapat tu kan. tak ramai tahu sebenarnya lama kita nantikan sesuatu tu. ada yang berharap untuk dapatkan anak. ada yang berharap untuk kahwin cepat (akulah tu). ada pula berharap sangat nak menjadi manusia terkenal suatu hari nanti. macam-macam harapan sungguh kan. macam-macam impian.

and semua pun terus berdoa dan berdoa. tapi kenapa ada certain doa yang kita pohon tu masih belum kunjung tiba ganjarannya? tak sesuai dengan kita ke? atau dah sampai tapi kita tak perasan?
credit to adawiyahakbar.blogspot.com

yes. macam apa orang lain cakap. ada doa yang akan datang lambat. lambat mana? hanya ALLAH sahaja yang tahu. tapi benarkah ada kemanisannya bila kita menunggu dan menunggu nikmat ALLAH beri itu? meh dengar cerita aku.

aku masa tu baru sahaja berumur 13 tahun. masa tu memang syoklah mengisi borang MRSM. aku nak sangat masuk. apatah lagi umi dan arwah abah juga mahukan benda yang sama. bukan senang nak masuk MRSM bagi aku. tapi takdir ALLAH. aku tak berjaya masuk.

tapi sungguh. ALLAH sahaja lebih tahu. masa aku tingkatan 2, arwah abah dan arwah ashu meninggal dunia dalam satu kemalangan di Mekah. sebak. rebak hati ini. tapi aku ada di sisi umi. aku ada di sisi keluarga. bayangkan kalau aku ada di MRSM masa tu, macam mana? dengan nak fikir cara balik lagi. mahu melelong entah ke mana aku. siapa pula nak ambil aku nanti bila dah sampai? macam-macamlah.

bila ALLAH berikan dugaan macam tu, ALLAH beri semula apa yang aku harapkan. MRSM. aku berjaya masuk ke MRSM Kepala Batas. seronok. alhamdulillah. tetapi impian aku masa masuk totally dah berubah. aku nak jadi best student di sini supaya dapat buat umi tersenyum sekali lagi setelah sekian lama. and tengok, ALLAH beri satu lagi ganjaran. berkat doa umi dan keluarga, aku menjadi salah seorang best student di MRSM Kepala Batas. Subhanallah, nampak kan kemanisan dia?
credit to emmyliaaziz.blogspot.com

tak nampak? haha. jom baca cerita kedua kalau mampu :P

masa tu aku berusia 16 tahun. masih lagi di MRSM. tapi memandangkan cuti semester, aku tinggal sementara di rumah makcik aku. kenapa? sebab ummi aku sekeluarga termasuklah nenek bakal menunaikan umrah pada waktu itu. sedihnya aku tak dapat pergi. sebab adik aku masih kecil and aku pula anak sulung, jadi aku diamanahkan untuk jaga dia. tak apalah. belum rezeki lagi untuk aku ke rumah ALLAH.

tapi sungguh. doa lah tanpa henti walaupun kadang-kadang nampak macam tak ada harapan nak dapat apa kita idamkan itu. jangan pernah berhenti.

kali kedua nenek aku sebut semula mengenai Umrah. masa itu baru sahaja masuk bulan 6, 2015. aku dah happy sangat-sangat! sebab aku dapat pergi ke sana. ya ALLAH, rasa macam nak lompat-lompat. tapi takdir. semuanya sudah ditentukan. aku tak dapat lagi. sebab aku tiada mahram. sedih. sungguh. macam-macam rasa dah ada dah. tak layak ke aku untuk ke sana (please jangan buat macam aku). dapatkah suatu hari nanti aku menjejakkan kaki di bumi Madinah dan Mekah?

memang kalini tak tertahan air mata setiap kali solat. ye. solatlah. dan jangan lupa berdoa.

alhamdulillah. tengok sekarang ini. ALLAH makbulkan doa. mungkin juga doa dari nenek dan umi aku. ALLAH sahaja yang tahu. jadi pasti ada hikmahnya kenapa kita lambat dapatkan sesuatu kan. mungkin ALLAH nak kata, aku tak boleh ke sana pada bulan 6 sebab sangat panas. and kepala aku memang tak tahan panas memandangkan aku ada psoriasis. nampak tak cerita yang ALLAH dah susun.  
 
mana tahu jumpa jodoh pula ke kat sana. luls. 

 
okay itu sahaja. alahai, terpanjang pula. maaf ye.

jadi nampak tak apa aku cuba ceritakan di atas? janganlah merungut andai kata kita masih belum dapat sesuatu yang kita inginkan. mungkin belum sampai masa. mungkin tak sesuai dengan kita. tapi katalah tak dapat, ALLAH akan berikan ganjaran lebih hebat malah mungkin berganda lagi.

so smile! and be positive. risau pasal jodoh tak sampai lagi? ye, aku pun risau ni. hahaha. tak apalah. mudah-mudahan ada rezeki jodoh di dunia.
credit to imwiththegoose.tumblr.com
tapi bila dah dapat tu, jangan pula take for granted. syukurlah selalu. akhirnya ALLAH dah beri apa yang kita mahu. bukan mudah kita nak dapat. hanya kita dan ALLAH sahaja tahu apa yang ada dalam hati ini. jadi ikhlaskanlah niat dan bersyukur selalu.

adios~

post signature

Share:

9 comments

  1. miss u amy.. enjoy trip and ibadah nanti yeeeee

    ReplyDelete
  2. menarik ...benar "disebalik kesulitan pasti ada kemudahan"

    sabar...insyaallah ada manisnya

    ReplyDelete
  3. semoga dapat menjalani ibadah dengan sempurna dan sebaiknya

    ReplyDelete
  4. Bestnya dah ada kat Sana. Doakan untuk akak juga ea. ;)

    ReplyDelete
  5. Allah sayang sangat tu! :)

    Alhamdulillah, murah rezeki dapat jejak rumah Allah. Doakan supaya saya dapat jejakkan kaki ke sana juga satu hari nanti, insya Allah.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. mesti best ada kat cairo. dah balik Malaysia?

    ReplyDelete
  7. alhamdulilah. semoga dipermudahkan :)

    **lAmanya xsinggah sni.

    ReplyDelete
  8. =') everything yang Allah uji dan beri.. akan ada ganjarannya Amy.. its good now Amy boleh relate everything in your life.. subhanallah.. when we start to think back.. kadang2 kita question..
    why why and why.. we dont know who to blame.. tapi bila kita makin besar.. we start to think.. and here you go..

    Amy the good girl =)

    ReplyDelete
  9. (tak tahu kenapa bergenang je airmata masa baca entry ni)

    Amy, masa akan merawat banyak kesakitan dan akan menjawab banyak soalan.. akak selalu pegang kata-kata ni dan alhamdulillah makin banyak soalan, makin banyak kesakitan, maka makin banyak kebergantungan kita pada Allah s.w.t... :)

    *banyak lagi nak taip..tapii.. ermmm.. takpe lah..*

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.