Gerua - Colors of Love | Dilwale 2015

Dilwale 2015

Filem Terbaru Shah Rukh Khan dan Kajol


10:35 a.m
office
layan Dilwale.


assalamualaikum and hello lads!



sepertimana pembaca setia di sini yang sudah tahu mengenai aku, aku sememangnya sangat obses dengan filem dan lagu Hindustan. daripada pelakonnya sampai ke directornya semua aku tahu. haha. nampak tak obsesnya di situ. zzz.


sebenarnya bagi sesiapa yang masih belum tahu. ada filem terbaru antara Shah Rukh Khan dengan Kajol tak lama lagi dalam bulan Disember ini. woohoo!! aku tak sabar nak tunggu cerita ni. dah lah aku tahu director nya siapa.


Dilwale Sama atau Tak dengan Dilwale Dulhania Le Jayenge


kalau tengok dari trailer, aku tak rasa filem dia sama macam Dilwale Dulhania Le Jayenge. tapi Rohit suka betul dengan filem DDLJ (siapa tak suka) sampaikan Chennai Express pun ada scene DDLJ. perasan tak? mungkin sebab dah 20 tahun filem DDLJ itu diterbitkan. jadi dia macam nak naikkan semula semangat filem DDLJ tu ke dalam filem Dilwale. dan pelakonnya pula sama kan. nanti kita tengok sama-sama ye filem Dilwale ini :D


korang pernah tengok Chennai Express? Golmaal? Bol Bachchan? ha, kalau pernah tengok filem ni, mesti korang akan tahu corak ceritanya macam mana. bukan aku nak kata sebiji. klise. kalau korang perasan, setiap director/writer/singer ada trademark dia sendiri. perasan tak? Chennai Express banyak ambil dari filem lama. maksud aku, macam more to playback. ada scene train. ada scene lagu-lagu. okay, part lagu tu memang setiap satunya aku tahu dari filem mana.



kali ini Shah Rukh Khan dan Kajol!!! dah lama tak tengok diorang berlakon. memandangkan Kajol berhenti seketika dari filem seni ini. mungkin fokus pada anak-anak terlebih dahulu. kalau dahulu Golmaal dan Singham, suaminya yang berlakon. kali ini bagi chance pada si isteri pula. hehe.

pelakon lain yang ada pun pelakon aku kenal juga. macam Varun Dhawan pernah berlakon dalam Student of The Year, Badlapur, Main Tera Hero dan macam-macam lagi. pelakon perempuan pula pernah berlakon dengan anak Jackie Shroff, Tiger Shroff dalam filem Heropanti.

 
 
daripada trailer Dilwale, aku tak rasa lokasi penggambarannya dibuat di India. bukan nak cakap India tak cantik. tapi memang nampak a bit different. 

Dilwale Fashion Style


tahu tak? i've never done this before. tapi bila buka je lagu-lagu Dilwale ni, satu benda aku perasan dulu adalah pakaian Kajol. weyh, lawanya. hahahaha. skirt dia semua lawa. kena dengan gaya Kajol dalam filem ni. rasa macam nak cari je skirt dia tu. cuma kalau labuh lagi bagus lah. hahaha.

contoh macam lagu Gerua ni. Daripada apa yang aku tengok, Gerua maksudnya warna-warna cinta. Colors of Love. kalau salah, mohon betulkan. lokasi lagu ini dibuat di Iceland! sebab tu lawa sangat-sangat tempat ni. lagunya pun best! mula-mula aku dengar macam tak best. tapi entah apa. makin seronok pula dengar. dah la Arijit Singh yang nyanyi. aduhai. aku dengan Arijit Singh tak boleh dipisahkan. hahaha.


Gerua - Shah Rukh Khan | Kajol




aku lebih suka lagu Janam Janam. seronok juga. Kajol nampak muda sangat-sangat. padahal umur dah berapa dah. SRK lagilah. dah 50 lebih dah. tapi maintain aje. sebab pelakon banyak workout kot?? and kena amalkan pemakanan sihat. kalau sakit, macam mana nak berlakon??

nanti jangan lupa nantikan filem Dilwale bulan Disember ini. dah nak dekat dah!!!! aku nak layan dekat wayanglah. hahahahahahaha.



adios~

p/s: all photos credited to Google
post signature

Share:

5 comments

  1. seriously sis skirt2 kajol memang cantik..joom carik sesama hahaha :p

    ReplyDelete
  2. makin lawa laaa si Kajol ni.. hehe tengok MV dia.. minat sket2 la tengok pelakon..

    ReplyDelete
  3. MUA dorang teror betul. muka actor/actress tak makan usia langsung.
    ehhh betol lah skirt2 Kajol pakai semua cecantiknyeeeee!!!! rawrrr~~ hehe

    ReplyDelete
  4. wuuuuu. teringin sangat nak tengokkkkk xD

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.