Aktiviti Water Abseiling di Adeline Villa, Gopeng Perak

Aktiviti Water Abseiling di Gopeng Perak

Adeline Villa

7:00 a.m
office
..
 
amysyeera
 
assalamualaikum and hello lads!
 
okay, dah lama nampaknya aku berhutang entry ni. kot-kot lah ada yang ternanti-nantikan. haha. daripada apa yang dimaklumkan, kami akan mulakan aktiviti pada pukul 9.30 pagi. so, apalagi, kami pun baring-baring atas katil sambil menunggu waktu sarapan. tapi hakikatnya, walaupun badan kata rasa nak tidur je.  hati aku kuat nak tengok matahari terbit dari atas gunung ni. bukan senang nak tengok kan. 

so, lepas pukul 6.40 pagi, aku sudah setia terpacak di depan pintu bilik kami. memandangkan kami dapat villa yang memang mewah dan selesa, jadi dapatlah menikmati pemandangan tanpa sebarang gangguan. 

ha, tengoklah sendiri apa aku buat dari awal pukul 7 tu. 

amysyeera

amysyeera

amysyeera
yeah. akhirnya nampak matahari terbit. sinaran pertama yang muncul di atas Adeline Villa ini

amysyeera

amysyeera amysyeera
amysyeera
ini pula pemandangan dari dalam bilik kami
seronok gila. serious. berbaloi juga duduk luar selama setengah jam aku rasa. lepas tu masuk dalam bilik, zzzz. then, baru mandi-mandi and siap nak pergi sarapan di bawah. 

kalau makan malam kami memang menggoda dengan pelbagai jenis masakan, ini apatah lagi waktu sarapan pagi. pergh memang banyak juga weyh. rasa macam tak tahu nak pilih mana atau pilih kesemuanya. 

tapi sedih. memandangkan aku sakit perut, jadi hanya waffle sahaja aku makan. sobs~

amysyeera
tengok. setiap satu waffle yang aku ambil, aku sapu dengan jem yang berbeza. haha

amysyeera
ini pula menjadi pilihan Hana.

amysyeera
air aku. pergh. kopi susu panas. sedap weyh.
amysyeera

alamak. patutnya ada banyak lagi gambar aku ambil. tapi mana entah perginya. hahaha. maaf.
 
then, balik rumah. membersihkan segala organ dalaman, kami pun turun balik ke bawah dan bersedia untuk aktiviti kami seterusnya! weee. apa dia aktiviti pertama hari ini? Jungle Trekking. 
 
kalau ikutkan aku suka Jungle Trekking. tapi sejak entah bila. aku jadi geli gila dengan pacat. yekk.. so, ayah aku cadangkan beli Bygone hijau. so, pacat takkan naik ke kaki kau. and satu lagi aku baca tips untuk elak pacat naik ke kaki, jangan pakai pakaian hitam atau pakaian hutan. nanti lagi dia suka. wallahu'alam. satu lagi, masukkan bahagian kaki seluar dalam stokin. so, tak adalah dia dapat sentuh kulit korang. 
 
tapi instructor kami cakap, sekarang pacat dah pandai. dia takkan naik dari bawah. dia tunggu dekat daun. soooo. hahahaha. memang betul dia kata. hampir je pacat tu hisap darah dekat tangan aku. tiba-tiba je dia muncul atas tangan. mahu aku tak menjerit. zzz.
 
disebabkan masa kami tak banyak sebab kami akan pulang tengah hari tu, so Along mengambil jalan yang lebih singkat. dan terus membawa kami ke aktiviti seterusnya iaitu Water Abseiling di air terjun! 
 
amysyeera
mat saleh dengan anaknya tu nak pergi water rafting. fuh. hebat kau dik.

amysyeera amysyeera
amysyeera
 
 
inilah saat yang paling aku nantikan. hahaha. sebenarnya bagi korang yang gayat, korang kena cuba aktiviti water abseiling ni. aku pun gayat orangnya. tapi bukan senang dapat buat aktiviti adventure macam ni kan. masa nilah nak buktikan pada diri sendiri yang kita mampu lakukannya macam orang lain juga. 
amysyeera

amysyeera

amysyeera


jadi, kami menunggu buat sementara waktu sebab ramai lagi sedang cuba untuk turun dari air terjun tu. agak seramlah juga. dalam hati dah dup dap dup dap. dah doa banyak-banyak dah moga dipermudahkan. hahaha. nampak tak betapa takutnya aku. 
 
sebelum naik, kami diajar oleh Along cara untuk abseiling. dia tunjuk dekat pokok biasa sahaja. kalau untuk orang kidal pun ada cara turun sendirinya. sebab tangan dominant dia adalah tangan kiri kan berbanding kita yang menggunakan tangan kanan. 
 
then, bermulalah perjalanan kami ke puncak air terjun. aku suggest lagi cepat korang turun lagi bagus. kalau lama-lama dekat atas tu menunggu, lagi korang rasa takut nak turun. hahaha. ini untuk orang gayat macam aku. 
 
amysyeera
 
akan ada dua orang yang menjaga tali kita tu. satu di atas dan satu di bawah. nasihat dari orang tu.
 
amysyeera
 

Tips Water Abseiling

1. jangan takut dengan air yang kena dekat muka korang. takkan mati lemas punya. confirm. 
 
2. make sure break pakai tangan yang berada di belakang. tangan di atas hanya untuk berpaut sahaja. (takpe, ni nanti diorang ajar)
 
3. kaki kangkangkan selagi boleh dan straight. badan pun buat gaya macam baring. jangan kedepan. nanti apa-apa jadi muka kena dulu. 
 
4. air terjun sangat licin lagi-lagi airnya deras. so, turun sahaja slow-slow. jangan nak cepat. karang....
 
5. kalau yang bertudung labuh tu, make sure tinggikan selagi boleh. jangan sampai labuh ke paras pinggang. make sure lah dada tu tutup, tapi ni untuk keselamatan. ada budak perempuan ni berkeras, ha nasib dia terbelit tali dengan tudung-tudung dia sekali. nak ke? 

6. pakai cermin mata? tak ada masalah. pakai je. 

7. better kalau pakai glove. glove untuk pakai masa adventure punya aktiviti kan. tak adalah sakit tangan masa nak turun pakai tali tu.
 
so, bermulalah sesi water abseiling aku. woohoo. memang air dia deras gila. aku dah lah pakai cermin mata. lagilah tak nampak apa dah. duk berhenti sebab nak cuci spek je. lols~  terhantuk? pun kena juga. kesian tangan aku. turun-turun je dah lebam tangan. hahahahaha. 
 
amysyeera amysyeera 
amysyeera amysyeera 

tapi alhamdulillah. aku berjaya! seorang lagi instructor yang menjaga tali di bawah, Azam ada tanya, nak buat lagi tak? okay, serious tak nak dah. hahahaha. memanglah best tapi ermm.. takpelah. lain kali je lah. 
 
amysyeera

Hana pun buat sekali je. hahahaha. seronok weyh! betul. memang lepas ni kumpul duit balik, aku nak bawa adik-adik aku datang buat aktiviti di sini. 
 
amysyeera
masa ni memang dah menggigil tahap apa dah. hahaha. tapi confirmlah kena wefie.
 
habis je semua aktiviti kami, Along bawa kami mandi manda di sungai. yeah. seronoknya. habiskan masa di sungai sebelum bertolak pulang ke rumah. Hana sempat ajar aku floating atas air. okay, aku tak reti berenang. so, bila dah pandai float macam tu, rasa agak impressed dengan diri sendiri. hahaha. 

usai sahaja solat Zohor, kami pun bergerak. alhamdulillah. so far, aku memang berpuas hati dengan perkhidmatan di Adeline Villa ni dan juga RedRibbon. service dia bagus. staff dia sedia membantu dan mesra. makanan dia sedap. tempat tidur selesa. aktiviti yang memang mencabar. 

kalau P1 Connect tak kasi aku hadiah macam ni, aku takkan tahu tentang kewujudan Adeline VIlla ini. hahaha. sampai sekarang aku masih ingat setiap satu apa yang kami lakukan di sana. 

kalau rasa takut nak naik ke atas menggunakan kenderaan sendiri, korang boleh minta dia ambilkan di bawah (di office mereka). tapi ada sikitlah caj. kalau tak nak, bawa sahaja kereta sendiri cuma berhati-hatilah. sebab jalan dia berliku-liku. 

and ini antara aktiviti yang disediakan di sini. 

amysyeera

amysyeera

maaf kalau tak berapa jelas. okay, setakat itu sahaja dari aku. :)

adios~
 
post signature

9 comments :

  1. ok jugak area sana tu..
    boleh try la kalau ke sana..
    ataupun ajak suami bercuti ke sini nanti..
    macam syok je..

    ReplyDelete
  2. Comel je waffle tuu. Nampak sedaap. Syoknyaa main air. Lama dah tak pergi tempat2 macam ni :)

    ReplyDelete
  3. tips selfie sambil abseiling ada tak...?? hihihihihii.. saje gurau..
    kak ain teringin nak try water abseiling ni tapi entah bila nak pergi.. tunggu kurus lah.. bha bha bha ha ha ha ha... :p

    ReplyDelete
  4. wow...best nya........bila tgk gambar air terjun tu, terbayang rasa sejuk nya tu..

    ReplyDelete
  5. wahhh extreme jugak aktiviti tu hehe

    ReplyDelete
  6. Kalau akak sure surrender awal2 ni...

    ReplyDelete
  7. Kalau saya, tak cuba kot sebab saya ni penakut.

    ReplyDelete
  8. yes. aktiviti paling syok. tp dapat layan aktiviti cmni time zaman belaja je. zaman keje? opcrse laaa layan aktiviti stress kan otak. hahahahaha ok,ok -..-

    ReplyDelete
  9. bestnyaa tapi akak penakut.. ehhe.. nak mandi2 je boleh x ?

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes