Winter Escapade Day 0 | Bermalam di KLIA

Bermalam di KLIA

Travel ke Cairo

11:17 a.m
office
jetlag tak habis. luls~

 

assalamualaikum and hello lads!

apa khabar semua?  baru rasa macam dah hilang semangat nak update memandangkan masa tidur aku masih tak betul, tapi bila baca komen kak CT Humairah dan lain-lain je, datang balik rasa nak menaip tu. terima kasih :) tak sangka ada yang menanti juga untuk baca entri mengenai travel aku ke Cairo dan juga Mekah dan Madinah. 

in shaa ALLAH hari ini aku mulakan dengan malam kami bertolak ke KLIA dulu. 

al-kisahnya mengikut e tiket yang ditunjukkan di Whatsapp melalui pakcik aku, kapal terbang akan bergerak pada pukul 2 pagi. jadi kami kenalah bertolak dari rumah 4 jam lebih awal dari masa yang ditetapkan. nak ke KLIA tak ambil masa yang lama pun. cuma 30 minit ke 1 jam sahaja. alhamdulillah, jalan lancar tiada apa-apa kemalangan.
kami semua pakat menunggu di depan Kaunter J memandangkan di situlah pihak Mantop Travel suruh kami menanti di situ untuk penyerahan tiket penerbangan dan passport. tunggu punya tunggu, kami pun dapat apa segala nametag, jadual perjalanan dan sebagainya. 
Aiman dan family aku
My big family :)

kesian makcik-makcik aku. duduk dekat sini je sebab ramai sangat orang kat KLIA

Syahir dan family aku

tapi takdir ALLAH yang tentukan, kami punya flight delay pula. daripada pukul 2 pagi ke pukul 5 pagi. Allahu. lama betul nak kena tunggu. family kami masing-masing pun ada hal juga nak buat esok. jadi mereka pun balik dahulu. dan kami pun tercongok lah di KLIA sampai ke pukul 5 pagi.





daripada rasa mengantuk, hilang dan rasa mengantuk balik. mata memang dah nampak kerusi kapal terbang je sebab nak tidur kan. perut pun dah rasa lapar. ye la, KLIA tu sejuk kan. berapa degree pun aku tak pasti. masa ni aku dah takut dah nak bayang suhu di Cairo nanti. haha.


akhirnya pada pukul 5 pagi, kami pun masuk dalam perut kapal terbang. Alhamdulillah. no more delay. masa ni ramai juga yang berpakaian ihram terus. maybe mereka ke Mekah baru ke Madinah kan. seronok juga tengok ramai-ramai macam ni. 

dapat je tempat masing-masing, tidur... zzzz

sedar-sedar dah pukul berapa. oh lupa pula nak cakap. kami menaiki Kuwait Airways dan of course akan transit ke Kuwait dahulu sebelum berlepas ke Cairo. bagi aku, bila dah banyak kali naik kapal terbang Kuwait Airways ni, seronok juga. makanan dia sedap. layanan dia baik. and lebih ramai pramugara lelaki berbanding perempuan. haha.









aku tanya pakcik aku, kenapa lelaki lagi ramai? pakcik aku kata, sebab nak elakkan se*ual harrasment. betullah kan. diorang dah la lawa. boleh pula dalam kapal terbang, pakcik aku mengusik. 

"kaklong, pramugara tu asyik pandang kaklong je bila dia lalu." 

haha. tak pasal je. dah aku pula lepas tu duduk terpandang-pandang pramugara tu. siap tengok sekali namanya. oh, Alexander. okay. tu je. melalut. 

kalau tak silap aku lah, sebab masa ni aku dah confuse dengan zon masa. perjalanan kami ke Kuwait mengambil masa selama 8 jam 50 minit. kami sampai-sampai ke Kuwait dah pun masuk ke waktu 9 pagi. patutnya sampai pukul 7.15 a.m tapi sebab dah delay kan. bagus juga sebenarnya sebab tak perlu lama-lama menanti di Kuwait. bukan boleh keluar jalan-jalan pun. 

sementara menanti di Kuwait International Airport. apalagi, aku ajak cousin aku Syahir untuk bergambar.




 
post signature

17 comments :

  1. transit kat Kuwait tu memang duduk airport je ke?tak sabar tunggu sambungan..take care n have a good rest, dear

    ReplyDelete
  2. Seronoknya pergi beramai-ramai ya Amy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe seronok sangat sebab pergi dengan family kan :)

      Delete
  3. wahh seronoknya ke cairo. lamanya dalam flight wuuu. 8 jam tuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a 8 jam. haha. tapi sejuk so sedap je la tdurnya hehe

      Delete
  4. Seronoknya... menarik. Jauh perjalanan luas pengalaman kan.. sesuatu yg amat berharga... subhanallah.
    Salam 2016. Semoga tahun 2016 ini membawa lebih kejayaan dan keberkatan... aamiin.
    Salam ukhwah lama saya tak berblogging hihii.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.bila orang kata berjalan ke negara orang ni memang buka mata kita dengan dunia. hehehe. kita pun dah lama x blogging. salam ukhwah juga abg kk :)

      Delete
  5. Seronoknyaa Amy dah dapat jejak negara orang

    ReplyDelete
  6. wahhh seronoknya dpt pergi ramai2 dgn family.wlupun jauh berjam2 dok dlm flight tp bila smpai sana msti rsa hilang semua penat kan Amy hehe.

    salam 2016 utk Amy! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. memang seronok kak Ana. memang hilang penat tapi nampak katil je, zzz balik hahahahaa

      salam 2016 :D

      Delete
  7. ya Allah. seronoknyaaa. nanti share kenangan tauu. ^_^

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes