Azam 2016 Seorang Amelia

 Azam 2016

 
8:49 p.m
rumah
tak tahu nak buat apa
 
http://happyholidays2016.com/wp-content/uploads/Happy-New-Year-Banner-2016-02.jpg
 
assalamualaikum and hello lads!
 
harini terasa rajin untuk blogwalking. tak adalah extreme macam dulu tapi alhamdulillah, mood tu dah bertandang kembali ke dalam hati. in shaa ALLAH akan aku cuba jejak satu-satu blog yang rajin komen di sini ye :)
 
berbalik pada tajuk aku di atas. haha. kelakar pula. orang lain cerita pasal azam 2016 masa 1 januari. aku dah 8 januari baru nak bercerita. kawan aku siap buat lawak macam ni lagi. 
 
weyh, aku dah 'capai' Azam aku, kau bila lagi? (smirk face)
 
amboi, mentang-mentang nama suami dia Azam. pandai dia melawak dengan aku ye. takkanlah aku nak cari Azam juga. ahahaha.  
 
http://3.bp.blogspot.com/-py7lDcJwWBM/TrOSN2yVPHI/AAAAAAAABOI/emLYuSCfUe0/s1600/tumblr_lthrvkl0I01r29t5yo1_500.png

apa sebenarnya azam aku? aku pun tak pastilah. kadang-kadang rasa macam nak tu. kadang-kadang rasa macam tak berbaloi nak ada azam macam ni. pelbagai persoalan bermain di minda aku. so kadang-kadang aku end up tak ada azam hatta satu sekalipun. bila benda tu dah jadi depan mata, barulah aku nak berazam. lols. apa perangai kau ni Amelia?

kiranya azam ni macam bucket list juga la kan? kan?? minta maaflah. aku bahasa Melayu ni fail sikit. kadang-kadang nampak sama rupanya tak serupa. 

kalau disebut pasal bucket list, memang adalah. tapi rasanya tak adalah semua tercapai dalam tahun 2016 ni kan. apa antara bucket list aku? meh kita tengok. 

1. Kahwin


ish cliche betul. nak buat macam mana, hidup kita semua pun cliche juga. nak belajar, nak berbakti pada ibu bapa, nak kahwin, nak kerja, nak anak, nak syurga, cliche lah tu. calon pun tak jumpa lagi.

2. Travel the whole world


bagi bloggers and readers yang sudah mengenali aku, aku sangat obses dengan traveling. tapi aku travel banyak di Malaysia sahaja. belum lagi rezeki nak ke merata dunia. tapi ini yang menjadi impian aku sejak aku belajar di menara gading. aku pernah juga pujuk diri sendiri. andai tak ada jodoh dengan sesiapa dekat dunia ni, aku nak kerja and simpan duit just untuk travel. tak kisahlah dengan a group of strangers ke dengan kawan-kawan ke solo ke asalkan aku dapat tengok setiap keindahan yang ALLAH beri dekat muka bumi ni. 

and buat masa ni, aku dah dapat menunaikan umrah bersama nenek dan ahli keluarga yang lain. alhamdulillah. 

3. Tunai Umrah 


betul nenek aku cakap. dalam banyak-banyak tempat kita pergi, Mekah dan Madinah adalah tempat yang buat kita rasa nak berulang kali pergi. aku masa dekat Madinah pun dah simpan impian nak duduk sana masa dah tua nanti. seronok sangat. serious. harap-harap dapat pergi dengan umi ayah and adik-adik pula. 

4. Jadi Blogger Berjaya


seperti sesetengah blogger yang tahu pasal ni, aku adalah salah seorang ahli Exchange Feed Group (EFG) yang diketuai oleh kak Irrayyan. bila masuk group ni, banyak benda aku belajar. rupanya ada macam-macam lagi yang aku kena belajar untuk jadi blogger professional. so, bila dah jadi professional and dah buat orang kagum dengan cerita aku, barulah aku yakin impian aku sudah tercapai. 

5. Rumah Sendiri


zaman ekonomi gawat ni buat aku fikir 10 kali nak cari rumah sendiri ataupun tak. kalau dapat, aku nak design mengikut kehendak aku. almaklumlah, bila adik beradik ramai, sorang nak design ni, sorang lagi nak style macam tu. at the end, berdiam diri sahaja. so, andai ada peluang, inilah masanya untuk aku 

ini bukanlah azam 2016. ini azam dari dulu sehinggalah mampu tercapai atas kehendak dan ketentuan ALLAH. kalau tak dapat tak apa. mungkin ada hikmahnya. apapun harapnya dapatlah tercapai. hahaha. 

itu sahaja buat masa ini. apa pula azam 2016 korang? 

adios~
 
 
 
post signature

Share:

7 comments

  1. azam nama x akk gak.hahahahaha...azam akk no.1 amy leh baca di blog...hehehehe..

    ReplyDelete
  2. akk xde azam sangat pon this year amy... kalau buat azam, pastuh akk xusaha kan, rasa nak lempang diri sndiri... just dalam hati, mmg nak balik malaysia sgt this year...almost 3 tahun dah....sobs sobs...

    ReplyDelete
  3. travel the whole world tu sama mcm azam jie. nanti kita travel sama sama lah kalau mcm tu. hehe ^^

    ReplyDelete
  4. Tahniah! Anda merupakan pemenang Australia's Souvenirs Giveaway by Siti Yang Menaip dan SalbiahM. Sila emailkan nama dan alamat ke salbiahm85@gmail.com untuk urusan pengeposan hadiah. Seandainya tiada respon sehingga 18/1/2015, hadiah akan diberi kepada pemenang lain, juga melalui cabutan random.org.

    ReplyDelete
  5. Wahh no 1 tu pun antara azam yg Wardah nak tapi kalau ada jodoh berkahwinlah kita. Hehe

    ReplyDelete
  6. semoga tercapai impian amy J.....semoga kembali ke Malaysia amy

    ReplyDelete
  7. Moga tercapai semua hajatnya, Amy :)

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.