Bajrangi Bhaijaan | Filem Wajib Tengok

Bajrangi Bhaijaan Movie Review

10:54 a.m
office
heartbroken

 IMDb rating : 8.2/10
Rotten Tomatoes: 86%
Rating aku: 8.4/10


assalamualaikum and hello lads!

alkisahnya dua hari lepas, aku baru tergerak hati nak tengok filem Bajrangi Bhaijaan. filem ni dah lama sangat ditayangkan and aku pula baru nak buat review. haha. bagi yang mengenali aku, filem-filem yang berjaya buat aku tersentuh je baru aku akan bercerita di sini.

Dilwale? well, aku tak berapa puas hati sikit. aku prefer Chennai Express daripada Dilwale (penerbitnya sama). tapi lagu memang best, tu tak dinafikan.

filem Bajrangi Bhaijaan ditayangkan secara rasmi pada 15 Julai 2015. memandangkan Salman Khan yang berlakon dalam ni, jadi dia jugalah yang terbitkan. aku tahu, ada certain antara korang yang tak suka Salman Khan kan, betul tak? maybe sebab fiil dia sekarang kot. aku pun tak pasti. aku kalau orang ramai kata filem tu best, aku layankan je la. lagipun dia pelakon legend, so filem tu memang boleh meletup lah.

tapi sebenarnya apa yang menarik perhatian aku adalah budak perempuan kecil dalam filem Bajrangi Bhaijaan ni. ya ALLAH, aku tak tahulah berapa kali perkataan 'COMEL' keluar dari mulut aku. haha. serious comel sangat.

credit to bollywood.bhaskar.com
okay melalut pula aku. meh aku cerita apa yang menariknya dalam filem ini.

filem Bajrangi Bhaijaan mengisahkan tentang seorang budak perempuan, Shahida yang tak pandai bercakap. dia dah masuk umur 6 tahun dah tapi hatta sepatah perkataan pun tak boleh keluar dari bibir dia. tak pastilah kenapa. maybe ada parents dekat sini yang alami perkara sama. bagi seorang ibu, confirmlah risau dengan keadaan anak dia kan. tubuh badan sihat je. sentiasa tersenyum, cuma tak nak bercakap.


jadi emaknya membawa Shahida ke negara India untuk berdoa di satu tempat ni. oh, mereka berasal dari District Sultanpurl yang terletak di Pakistan. bagi yang tak tahu, Pakistan dengan India dulu pernah berperang dan mengorbankan banyak nyawa. sekarang tak ada masalah dah cuma biasalah, ada sesetengah orang tua mesti berdendam lagi kan. aku perasan benda ni dekat mana-mana negara pun yang pernah berperang teruk.

masa dekat India tu, tak ada pun yang berlaku. cuma masa nak balik tu, diorang naik keretapi. disebabkan keletihan, emaknya tertidur. Shahida pula masih terjaga and terleka dengan seekor anak kambing dekat luar train. jadi dia turun and pergi main dengan kambing tu. sebab dia fikir train akan berhenti dekat situ je. and ambil masa yang lama lagi untuk bergerak. oh, masa tu train tengah berhenti sebab ada apa entah. aku tak pasti.

masa train dah mula bergerak, Shahida baru tersedar yang dia kena kejar train tu untuk dia naik. tapi malangnya dia kan tak boleh bercakap. so, dia mampu lari dan lari sampai akhirnya dia terlepas train tu. kesian betul. nak menjerit tak boleh. confirm lah emaknya tak sedar apa. bayangkan anak sendiri tertinggal dekat negara orang. negara yang ada bad history dengan negara kita pula. Allahu.

disebabkan tak boleh nak buat apa-apa, Shahida naik je dekat train lain dan akhirnya end up dekat satu tempat yang masih berada di dalam kawasan negara India. masa ni lah dia bertemu dengan Pawan ataupun lebih dikenali sebagai Bajrangi. Pawan ni baik dan naif sangat. serious. aku tak rasa wujud lagi lelaki macam ni dekat dunia.

masa dia ternampak Shahida sorang-sorang, dia jadi tak sampai hati. dah lah budak tu tak boleh bercakap, jadi dia decide untuk bawa Shahida balik ke rumah keluarga awek dia sahaja. heroin pula dilakonkan oleh Kareena Kapoor (Rasika).

sebenarnya bapa Rasika sangat-sangat tak suka orang Pakistan apatah lagi Muslim. orang Pakistan kan banyak Muslim. tak kisah lah kau budak kecil ke orang tua ke, kalau dari Pakistan, dia memang cukup benci. tapi masa bawa balik tu, tak adalah pula tersangka Shahida tu Muslim kan. Bajrangi ingat Shahida tu orang India juga cuma maybe dari tempat lain sebab budak kecil tu putih sangat.


lama-kelamaan, dia dapat tahu satu persatu pasal Shahida. memandangkan diorang tak tahu nama Shahida yang sebenarnya, jadi diorang memanggilnya dengan nama Munni. kesian sangat dekat Munni. pandai betul dia bawa watak sampai aku rasa kesian dekat dia. dia macam ala-ala Balqis lah. even dia berlakon dalam filem ni hanya diam sahaja, tapi ekspresi dia tu hebat. dengan comel lagi. hahaha.

bila kantoi yang Shahida ni asal dari Pakistan oleh bapa Rasika, Munni dihalau dari rumah tu. tak kiralah buat apa cara sekalipun, asalkan bapanya tak nak tengok dah muka Munni lepas ni. kesian Munni. jadi Bajrangi bawa Munni ke Pakistan Embassy. malang tak berbau. Pakistan Embassy terpaksa ditutup sebab berlaku rusuhan.

so next choice adalah pergi melalui travel agency. and sekali lagi, tuah tak menyebelahi. travel agency tersebut tak pernah buat passport Pakistan. tapi dia kata dia ada connection and perlu dibayar sekian-sekian untuk pergi ke sana.

sebenarnya Bajrangi simpan duit untuk beli rumah. kalau dalam masa beberapa bulan dia tak beli rumah, bapa Rasika akan kahwinkan Rasika dengan orang lain. kesian dia. tapi nak buat macam mana. kena juga sacrifice kan duit tu untuk bawa Munni ke Pakistan. hakikatnya lelaki travel agency tu bukannya bawa pergi Pakistan. dia pergi bawa Munni ke tempat lain. ha, mana tu? jeng jeng jeng. tengok sendiri. nasib baik sempat Bajrangi selamatkan Munni. kesian Munni.

disebabkan terlalu berang dan mula hilang trust dengan orang lain, Bajrangi decide untuk bawa Munni ke Pakistan sendiri. no connection, no passport, no whatsoever. come hell or high water, asalkan Munni dapat bertemu semula dengan mak ayahnya, Bajrangi sanggup buat apa sahaja.

masa dekat Pakistan lagilah macam-macam jadi. hahaha. ni serious wajib tengok. aduhai. sabar je lah. bilamana aku kata Pakistan dengan India tak seangkatan, pihak polis sana anggap Bajrangi ni adalah spy yang datang dari India. jadi diorang nak cuba untuk tangkap dia.

 

nasib baiklah ada seorang journalist ni (Nawazuddin Siddiqui) yang sanggup membantu. since journalist ni memang berasal dari Pakistan and genius sikit dari Bajrangi, dia memang tahu cara nak larikan diri dari semua polis tu. macam-macam betul jadi. dengan sembunyi dekat masjid. dah la Bajrangi takut gila dengan masjid. dia rasa macam bersalah kot nak masuk.
dah la aku masuk masjid, lepas tu kena pakai burkha pula, jangan lepas ni kau suruh aku sunat pula, Bajrangbali (tuhan dia)
lepas tu kena pakai jubah berniqab pula. hahaha. sebagai disguise punya pasal lahai. sabor je lah.


adakah Munni/Shahida berjaya bertemu emak dia semula? apa pula yang akan terjadi dengan Bajrangi? apa pula tindakan journalist tadi untuk bantu diorang berdua? boleh ke Shahida bercakap akhirnya?

nanti jangan lupa tengok tau Bajrangi Bhaijaan ni. :)

1. Lagu : lagu dia semua kelakar. hahahahahaha. ada lagu selfie. ada lagu chicken. ada satu lagu tu sedih sangat. nanti korang tahulah kalau layan filem ni. tapi lagu chicken tu aku suka. kelakar. and ada reason kenapa dia nyanyi lagu tu hahaha.

2. Watak : watak semua menjadi. ada Om Puri weyh. dah lama tak tengok dia berlakon. budak-budak dalam ni pun pandai berlakon. dah la semua comel-comel sokmo. and of course bakat lakonan Kareena Kapoor dan Salman Khan tak dapat dinafikan.


3. Plot cerita bagi aku baguslah. nak kata ada yang tak logik tu adalah. lelaki tu sendiri. aku takkan sesekali percaya ada lelaki macam ni selagi tak nampak depan mata sendiri. hahaha. naif ye ada.

4. Destinasi : pergh, lawa gila tempat dia. aku rasa macam nak travel ke sana je. macam aku teruja tengok Manali dalam Yeh Jawaani Hai Deewani, aku suka juga Kashmir dekat Pakistan ni.

 
 

5. Kelakar. berapa kali aku tergelak tengok diorang berlakon. ayat dia sempoi je. rasa geram pun ye. haha. sedih semua adalah.


 
 
 
 
post signature

Share:

9 comments

  1. Wah.. Nama budak tu sama dengan nama saya...
    Macam best je.. Nak cari lah..
    TQ ye..

    ReplyDelete
  2. okay! noted untuk next movie nak kena tengok :D baru lepas tengok dilwale, tp rasa macam cerita tu agak rush, entahlah.

    ReplyDelete
  3. kitaaa paling suka Salman Khannnn.. tapi kt Melaka takde tayang citer ni pun. Citer Dilwale jaaa

    ReplyDelete
  4. hermm tu la. betoi2 k.ana pon rasa Dilwale tu tak berapa umph la. sipbaik harap lagu dia ja k.ana suka hehe
    wahhhhhhh geramnye tgk bdk kecik tu. mmg terasa sedih sama bila tgk bdk kecik yg pndai mghayati watak hehe

    ReplyDelete
  5. Okay, boleh cuba tengok cerita ni pula lepas ni!

    ReplyDelete
  6. Tak minat cerita hindustan...tapi lepas baca review rasa macam nak tengok pulak... tapi memang betul pun Pakistan dan India gaduh sebab agama...dapat tahu info ni masa tengok filem Mahatma Gandhi dulu =)

    ReplyDelete
  7. Tak tengok lagi dilwale. Cte ni macam best je. Kene download nnty ni

    ReplyDelete
  8. mana nak download? Bajirao Mastani dah tengok tak?

    ReplyDelete
  9. Wahhh macam best je lepas baca review akak ni. Dah lama tak layan cerita hindustan. Boleh try tengok ni since budak tu Masha Allah, comel! Salman Khan tu saya minat gak dulu.

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.