Best ke PLKN?
assalamualaikum and hello lads!
alhamdulillah, dapat juga aku blogwalking dekat rumah-rumah kawan-kawan blogger yang aku follow. dah lama sangat rasanya tak singgah. sedih kan. bila benda yang kita seronok buat, excited nak tahu kisah-kisah happy and sedih bloggers, tapi disebabkan kekangan masa, habis jadinya tunggang langgang hidup aku.
aku teringat lagi masa hidup aku jadi haru biru bila aku dapat tahu yang aku merupakan salah seorang peserta PLKN. whattt? aku terkejut gila masa dekat MRSM dulu. kenapa aku? kenapa bukan orang lain? disebabkan macam-macam cerita yang aku dengar pasal PLKN tak best lah, PLKN banyak orang jahat lah, bayangkan apa aku rasa bila nak masuk nanti?
aku menjadi salah seorang peserta di PLKN Perak. maaf, aku dah tak ingat dekat mana. lama sangat dah. habis je SPM, rasanya terus masuk. kawasan dia agak pedalaman. memang jauh sungguh ke dalam. dah nak dekat dengan Lata dah. aku tak sure Lata apa. maaf sekali lagi. depan kem tu ada perkampungan orang asli moden. meaning ada astro and kereta Merc.

first impression aku. okay, macam summer camp jugala. asrama lelaki agak jauh dari asrama perempuan. baguslah kan. and kami punya kem ni di atas bukit. dewan makan agak jauh ke bawah and lebih dekat dengan pintu utama. bayangkan nak makan, lapar kan. bila dah naik, lapar balik. hahaha. okay, kidding.
dari segi kawan-kawan tu, best! aku duduk di MRSM yang tak ada student Chinese and Indian. apatah lagi sekarang MRSM aku pernah study dulu sudah berubah menjadi MRSM Ulul Albab Kepala Batas. jadi bila masuk PLKN ni, ramai kawan-kawan dari pelbagai agama dan bangsa.
kami diselang selikan mengikut bangsa. aku rasa katil memang banyak. lebih dari 20. so, sebelah kiri aku Indian girl and sebelah kanan aku Chinese girl. macam tu tak adalah terjadi isu perkauman betul tak. ada banyak lagi asrama. aku dapat asrama yang ada kawan-kawan baik. oh, aku punya ni siri pertama. orang kata siri pertama ni lebih ramai orang baik. haha. memandai je diorang. aku pun tak pasti.
ramai kawan aku dapat. memang syok sangat. and bayangkan masa kami tengah makan. sambil makan, kami bersembang kosong, bergosip and macam-macam lagi. kadang-kadang cakap dengan diorang.
"weyh, awkward gila kan bila kita duduk macam ni je tak hadap buku."
haha. memang canggung. kalau tak, masing-masing hadap buku ataupun tidur. ini tengok tv, berbual, ushar budak lelaki. hahahaha. macam-macam betul. masa aku menulis ni pun, aku tengah tersengih-sengih. :P
cinta? biasalah tu cinta monyet. tapi yang buat aku amazed bila cinta ni pun rupanya boleh bergabung dengan pelbagai jenis bangsa juga. yang si Melayu suka si Cina, yang si Cina suka si India, yang si India pula suka si Melayu. siap ada seorang perempuan ni, dia buat list top-top lelaki Melayu yang dia suka dekat PLKN ni. hahahahaha. aku dengar weyh. dia duduk sebelah aku je. nak tergelak aku jadinya. tak sangka ada juga yang buat macam ni. :D aku siap cari lagi siapa gerangan pemilik nama yang budak perempuan tadi sebutkan. and aku berjaya jumpa semua. :D and memang not bad lah diorang. cuma masing-masing dah botak. haha. kalau berambut nanti, aku tak pastilah aku akan kenal ataupun tak lagi.
sebelum kami memulakan aktiviti kawad, kami ada sesi tarian dulu. seronok! since aku memang suka menari. so, ini adalah antara aktiviti yang aku tunggu setiap kali menjelang Subuh. lepas solat Subuh je, semua terus turun untuk menari. ada lah tarian dia. aku ada jumpa dekat Youtube tapi tu separuh je. so tiap kali rindu dengan PLKN, aku akan buka lagu tu.
kawad? aku bukan manusia yang suka berkawad. dengan panas matahari lagi. tapi dekat sini terasa seronok pula. aku tak tahulah kenapa. kami ada platun masing-masing. and kami kena buat trademark sendiri untuk menunjukkan kami dari kumpulan mana. disebabkan masa tu famous lagu Lady Gaga. jadi kami memilih lagu Poker Face sebagai lagu utama. haha.
makanan? sedap weyh. setiap hari dia akan hidangkan makanan dari bangsa yang berlainan. contoh harini makan makanan Melayu, esok pula Chinese dan lusa makanan Indian. kalau ada yang tak makan daging ke apa, boleh la request dekat chef tu untuk makan vegetarian punya. tak ada masalah. and untuk sesiapa yang ada alergi kan. naya je. dah la kita duduk pedalaman ni.
PLKN kan ada 3 bulan untuk kita habiskan, so bulan pertama cuma aktiviti di dalam kelas sahaja. yang bestnya kami semua duduk dekat atas lantai. hahaha. rasa macam duduk dekat tadika pula. and biasalah, adalah macam-macam aktiviti kita yang menguji minda. aku dapat satu kumpulan dengan seorang lelaki ni. ops~ ada masa kalau dapat handphone, kami message la sama-sama. hahaha. okay, tak ada kaitan.
tapi korang bayangkan, bila kasut semua sama, ada je yang curi kasut kita. kelas banyak tau. sebab kami pun ada berapa ratus orang. so, kami dipecah-pecahkan menjadi kecil. ish sabar je lah hati. nasiblah kalau hilang, korang kena pergi stor logistik untuk request kasut baru. and lepas tu, pandai-pandailah simpan ye.
tapi malangnya hanya bulan pertama sahaja aku duduk di sini. sebab aku ditawarkan masuk ke UTP. alahai, aku dah mula sayang dengan kawan-kawan dekat sini. aku dah mula sukakan someone dekat situ. hahaha. persepsi aku dekat PLKN dah mula berubah. tapi UTP lebih membuatkan aku tertarik untuk ke sana. so, itu sahajalah masa yang aku ada.
so far, best atau tak PLKN? memang best. alhamdulillah, walaupun sebulan, itu adalah pengalaman yang paling aku tak boleh lupa. sebenarnya kan orang yang kata PLKN tak best tu adalah orang yang TAK PERNAH MASUK PLKN. percayalah cakap aku. majoriti aku tanya kawan aku yang masuk, semua kata best. so, aku tak tahu dari mana datangnya sikap negatif tu.
bukan mudah nak pegang rifle. bukan mudah nak hidup dekat pedalaman macam ni selama 3 bulan. bukan mudah nak buat aktviti tanpa perlu fikir pasal study. kami mandi tiap-tiap pagi guna air yang sumbernya dari air terjun tau! sejuk sangat. seronok :D aku tanya kawan aku, hari terakhir ada kena tidur dekat hutan. tapi makannya, KFC. hahaha. okay, itu lawak.
![]() |
credit to rebloggy.com |
aktiviti dia kami buat bersama-sama. kena ada kerjasama, kalau tak, tak jadi. dekat sini aku dapat tahu, rupanya lagi macam-macam perangai manusia dekat dunia ni. ada yang tak tahu solat tu wajib. ada yang cakap dia main lepas je macam ayat bod**, ba**, ada yang super weird, ada yang tak boleh duduk atas lantai nanti tulang belakang dia sakit and sebagainya. tapi semuanya baik-baik belaka.
aku cerita ni bukan nak membodek atau apa. ini dari pengalaman aku sendiri. aku rindu dengan kawan-kawan PLKN. tak tahulah ada yang masih ingat dengan aku ataupun tak. Norrita and 'kembarnya', Raudhatul Jannah, Kelok, Aliff, and semua. kalau ada jodoh dapatlah berjumpa ye kan. kalau tak ada, tak apalah. :')
tapi dari apa yang aku dengar, PLKN dah tak ada? serious? ruginya. serious rugi. adik aku menangis-nangis nak masuk tau. tapi aku yang dapat, dia tak dapat. orang tu macam tahu je siapa yang nak and siapa tak nak.
so, agak-agak korang sebenarnya nak ke tak join ni? mesti ada yang join PLKN juga kan? apa pula pengalaman korang? hehe.

jie minta pun tak plkn, so mmg xda pengalaman psl plkn ni. just baca pengalaman dri org2 mcm akak je. kawad best ! best bg jie sbb jie kat sekolah msuk prtandingan kwd kaki. Hahaha. tapi kena tanggung muka burn , sakit satu badan la. btw, good sharing akak! semua ni pengalaman hidup kan? ^^
ReplyDeleteBestnya! Cx nak sgt g plkn tp tk tercalon. After a year .. plkn blh buat rayuan but then abg cx plak tak izinkan. Trs terkubur jela hasrat huhu. Bestnya. Untung dpt plkn.
ReplyDeletenasiblah ain tak terpilih ke plkn .hehhee.
ReplyDeleteain singgah dan follow sini .
salam perkenalan :)
Zaman akak sekolah, belum ada PLKN ni..nama pun tak wujud lagi. Amy, thanks datang menyinggah blog akak. Sorry sangat2. Akak pun lama tak jenguk Amy :)
ReplyDeleteI spend 2tahun terakhir high school dgn kawad. Haha, mmg look forward lah utk PLKN, tapi tak dapat, and masa tu tak terfikir pun untuk mintak kalau nak. So, takdelah pengalaman dgn PLKN. haha.
ReplyDeleteMemang ramai kawan saya yang pergi PLKN ni cakap PLKN best! Saya dapat juga PLKN tapi tak pergi sampai sekarang Surat panggilan masa tu datang masa saya dekat Taylor's. Memang taklah nak pergi.
ReplyDeletex join PLKN. berdasarkan pengalaman drp kwn2 majoriti cakap PLKN best. so far x de lg yg cakp PLKN x best haha. kesimpulannya bestla tu kan =D
ReplyDeleteskrg ni dengar citer PLKN ni dibuka kpd yg berminat je. tp kalu x cukup ahli akan ada kes paksarela plak. betul kan?
ReplyDeleteX dapat PLKN... ingat x best tapi bila dengar cakap orang rasa macam rugi pula tak terpilih =(
ReplyDeletehttp://seronoknyermelukis.blogspot.my/
Masa zaman saya masih belum wujud PLKN. (Nampak sangat dah tua)
ReplyDeletehahaha kak amy sempat lg ter crush dkt plkn ea . haha .rasanya akak yaya pun siri pertama jugak . xingt dia plkn tahun berapa . syoklaa dpt kawan byk2 kan . mcm2 bangsa mcm experience boleh share.
ReplyDeletebaru sibuk yaya nak blogwalk arini. sekian lama xblogwalk dan xjd silent reader akak . haha
masih kah kau igt wahai kak amy kepada yaya :P haha
hai amy! rindu ngan amy..lama tak nyinggah sini..
ReplyDeleteaku mmg tak pernah merasa PLKN..tapi pernah ikut en hubby ke PLKN sebab dia bagi ceramah kat bebdk PLKN..hahaha..
akak tak sempat merasa plkn ni..diperkenalkan lepas akak habis sekolah, so boleh imagine tak betapa tuanya kak sal..hahaha. akak rasa plkn ni ada kebaikannya kalau buat betul-betul, tapi tulah, ada a few cases yang buatkan nama plkn ni buruk..
ReplyDeleteyeaaay dulu tak kena PLKN hehe.. memang tak minat walaupun kadang2 suka gak aktiviti lasak.. cikgu dulu tanya volunteer sapa nk join PLKN.. ehehe.. mmg yang volunteer semua dapat..
ReplyDeleteakak mmg tidaklaa..
Yea memang best PLKN 2018 wajib join! hehe
ReplyDelete