apa khabar semua? petang ni nampaknya kena stay sahaja di office memandangkan ummi aku tak datang kerja sebab nak ambil adik aku di UPM. so, bolehlah surfing internet di sini sahaja.
aku pernah terbaca pasal ni dekat satu tempat tapi aku tak ingat dekat mana. cari kerja macam cari jodoh? betullah tu kan. bukan senang zaman sekarang nak cari kerja yang terbaik untuk diri kita. kadang-kadang dah banyak kita apply, tapi kalau dah bukan rezeki kita, hebat mana pun kita tetap takkan dapat kerja tu.
ada certain orang terus je dapat kerja. untung dia. dah tu rezeki dia dapat cepat. ada pula yang sampai setahun pun tak dapat kerja lagi. alahai. sedih kan. macam aku jugalah. tapi nasib baik pakcik aku ada company. sambil aku cari kerja, pakcik aku kasi kerja sini sekali. so, tak adalah aku tanam anggur tak ada hasil dekat rumah sepanjang hari kan.
sama jugalah macam kes jodoh ha. adudu, dua-dua sekali rezeki aku dapat lambat sikit. haha. tak apalah. percaya sahaja dengan ketentuan yang ALLAH dah tetapkan. ada orang dapat kahwin awal. ada yang kahwin lambat. tapi masing-masing ada keindahan dia sendiri kalau kita rajin bersabar.
bukan mudah nak bersabar kan. kawan aku dah setahun tak dapat kerja pun still tak give up. mencari dan mencari. lagipun dia lelaki. takkan lah nak menganggur pula. macam mana nak tampung keluarga in the future kan.
tapi dia dapat rezeki dengan cara lain. ALLAH kan Maha Adil. ada certain things kita dapat, ada yang kita tak dapat. tapi yang penting, usaha sahajalah. tak kiralah usaha mencari jodoh ataupun mencari kerja. nak tunggu kerja bergolek datang memang taklah. unless kau memang hebat gila macam Mark Zuckerberg ke. tu tak apalah.
lagi-lagi macam aku ni. pointer tak seberapa pun. so, aku minta sahaja kerja yang aku nampak aku boleh buat. ambil bidang engineering tapi apply bidang lain. lols. zaman sekarang ni tak boleh memilih. nanti susah hidup. ambil sahaja pengalaman sebanyak mungkin. ramai dah aku tengok sekarang bidang lain tapi kerja lain. dah la sekarang semua company tengok pointer. sedih aku.
kau pilih, nak menganggur ke nak duit? bab gaji tu aku tutup mata je. asal masih boleh support diri and kasi ummi sikit duit, aku tak ada masalah. nak kerja kat KL tapi hmmm, macam tak berbaloi kalau setakat gaji rm1k kan. orang kata duduk KL kalau gaji RM2k pun dah kira miskin. dialah kata.
haha macam-macam betul. haritu pakcik teksi pun kata benda yang sama. dia siap tanya aku lagi, nak sambung belajar ke dik? ish memang idok ler teman nak nyambung study. tak kuasa nak hadap buku sebab nak hafal masa exam sahaja. baiklah aku kerja dapat pengalaman terus.
haah betul tu Amy.. cari kerja & cari jodoh memang terasa mcm sama dah dan k.ana pun salah sorang insan yg tergolong dlm 'study bidang lain, kerja bidang lain' =P cuma tu lah, bersyukur sgt2 sbb dpt kerja dlm kmpung sndiri (kos tak tinggi mcm dok bandar).
setuju dengan amy... kawan akk pon, dah almost setahun balik malaysia, still belum dapat kerja...bukan sorang tau, lebih.... akk sendiri pon bila usha2 kerja yang ada, sume nak experienced 3-5 tahun dalam bidang blah-blah-blah...xkann diorang yg dekat firma ni expect fresh grads macam kita ni, kuar2 dah ada da pengalaman keje tok nenek tuh kann...logik la kann... akk pon fikir, kalau la kata balik malaysia ni xde keje nnt, nauzubillah la kann, mintak jauh kan la kan... tapi akk pikir, kalau xdpt la kerja, maybe akk try la keje dulu mcd ke KFC ke, pizza hut ke, apa2 cara, janji boleh sara hidup kann... dengan keadaan ekonomi lgi...adoyai... istighfar panjang bila pikir, nak marah government pon, depa bukan peduli..ehmmm
haah betul tu Amy.. cari kerja & cari jodoh memang terasa mcm sama dah dan k.ana pun salah sorang insan yg tergolong dlm 'study bidang lain, kerja bidang lain' =P cuma tu lah, bersyukur sgt2 sbb dpt kerja dlm kmpung sndiri (kos tak tinggi mcm dok bandar).
ReplyDeletesetuju dengan amy... kawan akk pon, dah almost setahun balik malaysia, still belum dapat kerja...bukan sorang tau, lebih.... akk sendiri pon bila usha2 kerja yang ada, sume nak experienced 3-5 tahun dalam bidang blah-blah-blah...xkann diorang yg dekat firma ni expect fresh grads macam kita ni, kuar2 dah ada da pengalaman keje tok nenek tuh kann...logik la kann... akk pon fikir, kalau la kata balik malaysia ni xde keje nnt, nauzubillah la kann, mintak jauh kan la kan... tapi akk pikir, kalau xdpt la kerja, maybe akk try la keje dulu mcd ke KFC ke, pizza hut ke, apa2 cara, janji boleh sara hidup kann... dengan keadaan ekonomi lgi...adoyai... istighfar panjang bila pikir, nak marah government pon, depa bukan peduli..ehmmm
ReplyDeleteLepas ni, turn saya pula fikir pasal benda-benda ni. Takutnya la.
ReplyDelete