Cafe 9 Taste of Thai
12:30 p.m
office
assalamualaikum and hello lads!
ha, dah masuk waktu tengah hari pun. siapa lapar angkat tangan? ha, siapa agak-agak rasa nak cuba masakan Thailand harini, boleh baca review aku di bawah. review mengenai satu restoran baru yang terletak di kawasan Petaling Jaya.
apa yang menarik sebenarnya pasal Cafe 9 Taste of Thai ni? ha, chef yang masak dekat situ khas datang dari Thailand tau. so, kalau pedas dia, memang rasa pedas original dari Thailand. so, aku rasa agak berbaloi kalau nak mencuba. tapi kalau sesiapa tak suka makanan pedas, then minta maaf. hehe. boleh cuba rasa makanan yang lain lah macam tu. lagi satu, kenapa nama dia Cafe 9? ha, sebab kedai diestablished oleh 9 ahli keluarga mereka. dan 9 juga bermaksud Forever. lagi satu, senang sikit kita nak ingat kan bila sebut Cafe 9 kalau kata teringat atau mengidam nak rasa makanan Thai.
aku dengan adik aku datang agak awal (seriously awal 2 jam) memandangkan aku tak tahu tempatnya di mana dan kami hanya menaiki bas. nak naik bas ke sana senang je cuma kena jalan kaki sikit. korang boleh naik bas Petaling Jaya warna hijau yang free tu. iye, free. nasib baik aku tak memandai nak kasi duit hahaha.
![]() |
credit to aisyahtajudin.blogspot.com |
dan sambil menunggu, waiter dia hidangkan kami air. aku memilih air Punch dan adik aku memilih air Lime. Punch agak manis bagi aku yang tak suka manis. tapi buah dia banyak, so aku tak ada masalah dari segi tu. lime pula agak masam. dah nama pun masam. haha.


tempat dia selesa. kalau sekadar nak bersantai, ada disediakan kerusi lain. kalau nak makan pula tempat lain. tandas dia pun bersih. aku suka kedai yang tandas dia bersih. haha. cuma dekat sini parking dia agak susah. kalau dah biasa dengan laluan di sini, tak ada masalah untuk korang. nasib baik aku naik bas je. huhu.




and akhirnya tepat jam 2:30 petang, semua ahli blogger termasuklah staff FoodInk Malaysia datang and kami dihidangkan dengan semua jenis makanan yang telah siap dimasak oleh chef Cafe 9 Taste of Thai tadi. ini antara masakan yang ada.
Thai Money Bags

![]() |
Thai Money Bags - RM12.90 (5 pcs) |
Thai Money Bags ni menjadi kegemaran adik aku. dia suka sangat katanya. so, aku rasa recommended kalau korang datang ke sini.
Laab Gai Tod (Sinful Fried Chicken Salad)

![]() |
Sinful Friend Chicken Salad - RM16 |
Prawn Cakes - Signature Dish
![]() |
Prawn Cakes - RM18.90 (5 pcs) |
prawn cakes sangat sedap!! maybe sebab aku suka udang. so, aku rasa macam nak habiskan semua je. seriously. korang patut cuba. dia saja buat dalam bentuk donat sebab comel. hehe. dia dihidangkan bersama sos plum
Tom Yam Seafood


Tom Yam Seafood (Red Soup) - RM25.90 (R), RM45.90 (L)
pergh, kalau pergi kedai makanan Thailand, tak sah kalau tak cuba tom yam kan. korang kena cuba ni! make sure minta ikut kesesuaian pedas yang korang boleh terima. takut pedas sangat, rugi pula beli.
Stir Fry Clams (Lala) - Thai Curry Style
![]() |
Stir Fry Clams (Lala) - RM16.00 |
Sweet and Sour Fish (Dory Fish Fillet)
![]() |
Sweet & Sour Fish - RM20 |
Penang Curry Beef
![]() |
Penang Curry Beef - RM21.90 |
Thai Beef Noodle (Authentic Dark Herbal Soup Noodle)

![]() |
Thai Beef Noodle - RM15 |
Thai Beef Noodle ni sangat special sebab dia diambil dari 50 resepi di Thailand. dan ia dimasak dengan herba. Thai rice noodle dia pula khas diimport dari Thailand tau.
Fried Glass Noodle with Prawn and Chicken
![]() |
Fried Glass Noodle with Prawn and Chicken - RM14 |
Thai Omelette
![]() |
Thai Omelette - RM10.90 |
tengok macam telur dadar biasa je. tapi lahai, aku tak tahu kenapa aku boleh tersangkut dengan telur ni. adik aku pun pakat menghabiskan.
Cae 9 Stuffed Chicken Wings
![]() |
Cafe 9 Stuffed Chicken Wings - RM19.90 |
Debone chicken wings, stuffed with glass noodle, minced chicken and vegetables , covers in a crispy batter. ada tiga jenis sos yang dia sediakan. aku recommend korang untuk rasa yang sos lime & chillie dia. sebab lebih kena berbanding sos lain iaitu Sos black pepper dan salted egg
ini pula antara minuman yang kami order. kami pilih signature drinks of course. nak tengok betul sedap atau tak. and seriously, memang recommended. memang sedap. kena dengan tekak aku. tak terlalu masam dan tak terlalu manis.
Guava Assam Boi

Green Apple Assam Boi
ha, amacam? tergoda tak tengok makanan dia? aku tengok pun dah tak sabar nak makan. lagilah memang dah lapar sangat-sangat. bagi aku, overall memang berbaloi makan dekat sana. and sana PORK FREE ye. maknanya tak ada makanan berunsurkan PORK, bukannya percuma pork. jangan salah faham (ye, ada manusia yang salah faham).
memang ada certain yang pedas, ada certain yang tak pedas. ataupun nak sangat-sangat mencuba makanan dia, korang boleh request dekat waiter tu suruh buat hidangan korang kurang pedas, so dia akan kurangkan. tak ada masalah. nanti sedih pula tengok orang lain makan, kita melongo depan dia.
dekat sini, aku berkesempatan berjumpa dengan kak Nani and kak Sa. weee :) selalu bersembang dalam whatsapp je. haritu dapat juga bertemu dua mata
dekat sini, aku berkesempatan berjumpa dengan kak Nani and kak Sa. weee :) selalu bersembang dalam whatsapp je. haritu dapat juga bertemu dua mata



nak mencuba, jom datang ke sini dengan kawan-kawan ataupun family. :)
Café 9 A Taste of Thai
Address:27, Jalan 17/45, Seksyen 17,
Petaling Jaya, 46400 Selangor.
Contact no: 0379322899
Business Hours: Mon-Sun 11.00am – 10.00pm (Tuesday Closed)



yer...tgk gamba pon dh tergoda..lagi2 air guava tu..huhu..
ReplyDeletemenarik..makanan pon boleh tahan. terliur tomyam tuh..
ReplyDeleteCantiknya kedai dia. Daripada gambar-gambar ni, saya paling teringin nak cuba tomyam tu :D
ReplyDeletegilaaa lazat ahhhh. stuffed chicken wings tu!!!! nanti ajak lahh foodink buat kat melaka pulakk... PJ jauh laaa...huhuhuh
ReplyDeleteNanti nak repat makan kat sini lagi....
ReplyDeletepergh dia jamu mata kita tengok makanan peeeergh !
ReplyDeletekalo akak pegi nk makan prawn cake tu.. sedapnyaa tapi akak kureng sket makanan pedas2..
kalo nk cuba ok je kan.. ngeh3.. 9 keluarga tu hang jgn memain.. assabiah tol..
Waaa.. Nampak sedap makan2 tu...
ReplyDeleteAssalam jemput join GA saya...
https://www.biskutsemperit.my/2016/02/giveaway-cash-rm30-feb-2016-by-ahbar.html
walaweiii bestnya tgk makanan
ReplyDeleteJom vote blog acik di MSMW 2016 : Cara mengundi di sini
Lots of food. The Thai money bags look interesting. For Foodpanda coupons, check at
ReplyDeleteCouponBelanja
Check foodpanda coupons in Shopozo where you can have huge deals and offfers on foodpanda
ReplyDelete