Winter Escapade | Citadel of Salah Al-Din

Citadel of Salah Al-Din

Travel ke Mesir


6:50 a.m
Cairo
7 degree Celcius

assalamualaikum and hello lads!

alhamdulillah, harini dah masuk hari terakhir di Mesir. tak sangka, cepat betul masa berlalu. and kebetulan harini pun sama juga tahap kesejukan dia. sampaikan tak nampak apa suasana di luar hotel. nak makan di cafe tingkat bawah pun menggigil gigil sedangkan dah berbungkus bukan main. 







7:30 a.m
Tiba Pyramids Hotel

masa ni kami dah bersiap sedia nak ke destinasi berikutnya. kami perlu cepat dan tidak boleh berlengah hatta sesaat sekalipun (bajet) sebab lepas Asar iaitu dalam pukul 5 petang dah kena ada dekat Cairo International Airport. sebab kami bakal berlepas ke Jeddah pula :)

waktu ni pun kabus masih tebal. sangat-sangat tebal sampaikan piramid sebesar alam pun kami tak nampak walhal depan mata je. 






konon konon nak tunjuk wap keluar dari mulut lagi sekali tapi tak jadi sebab tak nampak dalam kamera. hahaha. sadis.

and alhamdulillah, setelah meredah jammed selama 30 minit min, kami pun sampai juga di Citadel of Salah Al-Din. tempat yang paling aku nantikan dari first day kami sampai ke Mesir. masa dekat bas, ustaz muda kata boleh tengok satu Mesir dekat situ tapi memandangkan kabus agak tebal dan masih tidak beralih dari situ, so tak ada rezeki untuk aku tunjuk korang bumi Anbiya' ini.

oh, satu peringatan buat kalian. dekat sini pun macam biasa ada penjual-penjual yang terus akan meluru dekat korang. so, make sure untuk tidak beli dekat situ sebab agak mahal harga barangnya berbanding dekat tempat lain. so, ikutlah. kalau banyak duit, beli sahaja. kalau tak ada, belah cepat-cepat ke pintu entrance.

nak masuk dalam kena bayar. adalah dalam 60 L.E iaitu hampir sama dengan RM30. bagi aku, berbaloi lah harga tiket dengan tempat nak masuknya. memang seronok walaupun sekadar bergambar sahaja. kena scanned juga. jangan main-main. maybe sebab dalam ni banyak masjid and ada muzium tentera, so dia kena take precaution. kasi sahajalah beg korang. dalam ni agak besar tempat dia. so, pakailah pakaian sesuai lebih-lebih lagi kasut. hehe. takut penat kaki je.







masa masuk je selekoh, subhanallah. besar sangat masjidnya. memang lawa. sampai speechless jadinya. dekat sini ada tandas. tapi lahai, orang yang menjaganya cerewet betul. aku berangin je masa masuk toilet. duit bukan main minta tapi tandas bukan bersih pun. dengan air kena ambil sendiri, lampu tak ada. memang awal pagi je dah buat aku berangin.







nampak tak betapa jauhnya nak ke masjidnya? tapi kami tak masuk masjid Ali Pasha lagi. kami masuk ke masjid lain terlebih dahulu. Masjid El-Naser Mohamed Ibn Qalawdon

menurut kata Ustaz, masjid yang ada di dalam ini, segala barang yang ditinggalkan tak pernah terusik pun dan tak pernah ditukar baru. jadi apa yang kami pijak, apa yang kami sentuh, apa yang kami nampak, itulah apa yang dipakai guna pasa suatu zaman dahulu. subhanallah. 










nampak tu? nak masuk kena pegang kasut sendiri, tak boleh pakai. memang jenuhlah bergambar sambil pegang boot tu. haha. aku tengok ada someone ni tunjuk dekat laman web dia, kalau tak nak buka, korang bawa sekali shower cap ke plastik ke, sarung kaki yang sudah dipakai dengan kasut tu dengan plastik sekali. senang. faham tak? hahaha. 

next, dah puas bergambar, kami bergerak ke Muzium Perang pula. dekat sini ada banyak lagi tempat rupanya. tapi ada satu masjid tu kami tak pergi sebab agak jauh and kami bawa nenek-nenek. so tak apa, tak ada rezeki. 

dekat muzium tentera ni of course lah ada tentera. make sure jangan tertangkap gambar tentera tu. naya kena rampas handphone or kamera. kalau nak ambil gambar sendiri tak ada masalah.























tu taman dia. nampak macam tak siap je. masih dalam construction kot. sayangnya. nampak macam dah lawa tapi ada batang besi lah, fountain tak ada air lah. and macam-macam lagi. ada satu lagi muzium yang menempatkan jenis-jenis carriage yang dibawa oleh kuda suatu ketika dahulu tapi dalam ni satu gambar pun tak boleh ambil. nanti kena marah.

and seterusnya masjid yang kutunggu. !! Masjid Muhammad Ali Pasha.

masjid ni kena jalan sikit dari tempat tadi kami singgah. sebab dia betul-betul nak dekat dengan pintu keluar dah. memang besar. tapi sayang masjid ni bukan digunakan untuk solat. cuma tempat untuk menghargai sejarah sahaja dan bergambar bersama keluarga.








 
sempat pula diorang ni bergambar dengan cousin aku. mentang-mentang ada ala-ala korea. hahaha. 








lawa kan kan kan!!! rasa macam tak puas duduk situ even 30 minit juga aku pusing sana pusing sini bergambar. dekat luar masjid ada orang berjual beli. sempatlah makcik aku memujuk anak-anaknya makan aiskrim sebab dah bosan.

seterusnya, kami bergerak pula ke Makam Imam Shafie. sepanjang perjalanan nak ke sana, kami kena lalu (naik bas) satu kawasan perumahan ni. ops, rupanya aku silap. bukan kawasan perumahan tetapi kawasan perkuburan.

aku tak pasti aku ada cerita ke tak. sebenarnya dekat sini, konsep kebumi dia agak different berbanding dengan kita. kita sekeluarga akan ada satu rumah ni. and rumah tu khas untuk kebumi seluruh ahli keluarga kita. so, rumah lain keluarga lain punya. memang besar. seriously. tapi aku pasti cara kebumi dia macam mana. unik kan. kalau perkuburan Islam, dekat situlah. ni kalau aku tak tahu, lalu sebelah pun aku tak takut. hahaha.






sebagai tanda menghormati Imam Shafie, kita tidak dibenarkan sama sekali membelakangi makamnya. jadi, kalau nak bergambar, pandai-pandailah fikir caranya. dekat sini, ada sahaja yang menangis sambil mengadu di hadapan makam Imam Shafie. aku pun tak tahulah apa yang dia adu domba tu.

dekat luar ada kedai-kedai makan. ada juga gerai biasa. nampak sedap betul makanan yang dia masak. ada satu ni kedai manisan agak besar di kawasan macam tu. menurut kata ustaz muda, setiap kali sambutan kelahiran Rasulullah, orang kedai tu akan bagi manisan secara percuma dekat orang sekeliling.

kami sempat juga melihat bekas tapak kaki Rasulullah. subhanallah. nampak depan mata kesan tapak kaki. belum lagi berjumpa depan mata, dah meremang bulu roma.

kemudian kami pergi makan tengah hari di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah. tempat ni kira macam tempat tinggal untuk students yang belajar di sana or mungkin juga Universiti Al-Azhar. besar juga tempatnya. usai makan dan solat, kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Masjid Al-Hussein.



Masjid Al-Hussein sangat dekat Pasar Khan El-Khalili. memang dekat. tapi biarlah kita ziarah makam Nabi Hussein dahulu kan. sekeliling masjid ada juga yang menjual. and paling best ada satu tempat ni penuh dengan kucing. banyak! rasa nak ambil gambar tapi takut pak arab tu marah pula. sebab aku hampir kena marah dengan pakcik roti tu sebab nak ambil gambar dia. haha.

 
 




then, barulah kami bergerak ke Pasar Khan El-Khalili. pasar ni agak mengecewakan bagi aku. tengok dari Google Images, tempat dia nampak sangat lawa dan megah. hakikatnya, macam dekat pasar Masjid Jamek sahaja. sungguh aku kecewa. aku tak suka tempat crowded macam tu. and memang kita kena bergerak slow sebab ramai sangat dekat situ. nak masuk kedai pun kena sorang-sorang. tak boleh ramai-ramai sebab kecil sahaja lorongnya. kalau murah tu ye lah murah. cuma bila suasana dah jadi macam tu, mood aku hilang sikit. 




ini pula apa yang ada dekat Google Image.

what?? haha. aku belum cukup explore agaknya sebab pasar dia sangat besar!!! sehari pun belum tentu habis lagi. aku tunggu pakcik makcik aku shopping pun dah dekat Maghrib dah. jadi kami cepat-cepat kena bergerak ke Airport sebab kami memang dah kesuntukan masa. sepatutnya kita kena berada di Cairo Airport 4 jam sebelum kapal terbang berlepas. tapi kami dah terlewat 1 jam. hehe.




akhirnya kena tunggu dekat Airport juga sebab kami tak tahu jadual perjalanan kami macam mana memandangkan ustaz masih belum sampai. agak lama menanti, akhirnya habis segala urusan di Cairo, kami naik kapal terbang Flynas. Flynas ni macam Air Asia atau Malindo Air lah. yang cuma bawa dalam negeri sahaja. so, agak kecil. memang ramai orang yang nak mengerjakan umrah naik dekat situ. masha ALLAH, daripada masing-masing ada tempat duduk, terus terabur semua. patutnya aku duduk belakang, last-last aku terpaksa duduk di hadapan sekali. dengan pak arab mana entah. haha.

nasib baiklah 1 jam sahaja perjalanan. jadi tak adalah terasa sangat. bayangkan masa tu dah pukul 12:00 tengah malam, masa flight attendant dia kasi makanan, aku siap makan sambil tutup mata sebab mengantuk sangat-sangat.

masa dekat Cairo memang tak ada apa berlaku. tapi macam orang cakap, bila kita nak pergi beribadah ni, nak pergi menunaikan umrah, PASTi ada dugaan yang menanti kita di hadapan. sungguh, masa ni kita akan diuji dengan macam-macam benda.

nanti aku akan cerita di entri seterusnya. :) Madinah, kami datang.

terima kasih Ahmad Awney, ustaz-ustaz semua dan pakcik bas sebab sudi bawa kami jalan-jalan di Cairo dan Alexandria. ini pengalaman paling manis bagi aku untuk tahun 2015. semoga Mantop Travel sentiasa maju in shaa ALLAH. 

adios~
 
 
 
 
post signature

7 comments :

  1. memang great memories!memang impian akak nak sampai mesir ni (rasanya dah berpuluh kali mention)..hahaha.sayanglah, masjid bessar dan cantik, tp tak digunakan untuk bersolat.Huhuhu/Amalan menangis di makam tu, perkara biasa, boleh nampak suasana sama di makam nabi di Masjid Nabawi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehe. tu la. moga moga kak Sal dapat pergi Mesir. in shaa ALLAH. tu la pasal. sayang betul. atau maybe masa tu dia ngah buat construction ke.

      betul2. cuma tu la. kadang2 macam scary tengok dia doa tu

      Delete
  2. rindunyalah Mekah dan Madinah bila baca entry ni, walaupun Amy tak cerita lagi..nak tanya, orang Mesir drive suka hon-hon macam orang kat Mekah tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe. kak Salbiah pergi Mekah dengan Madinah masa bila? rindu kan kan. kita pun dah rindu. rasa macam xyah fkir masalah pape pun.

      uish. orang Mesir lagi hebat hon ni daripada kat Mekah. kat Mesir dah macam lullaby masa tidur dah. seriously

      Delete
  3. Subhanallah. Sangat-sangat beruntung Amy dapat jejak kaki ke sini. Saya rasa cembur sangat-sangat. Walhal Amy belum cerita lagi pasal Mekah dan Madinah :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe. kita pun cemburu dekat Farah yang boleh explore Canada. Canada pun mahal juga. sobs. nanti tunggu cerita kita eh :)

      Delete
  4. cantik2 gambar.. and tebal sungguh kabus ye..
    tapi best sebab sejuk.. akak suka je sejuk2 ni..

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes