Winter Escapade Day 1 | Kaherah, Mesir

Travel ke Cairo

Tiba Pyramids Hotel

Mantop Travel and Tours

11 December 2015 (Sabtu)
Cairo
13 degree celcius



assalamualaikum and hello lads!

okay, aku sambung pula ye apa yang berlaku sebaik sahaja kami mendarat ke Cairo. Alhamdulillah, perjalanan semuanya lancar. and masa yang diambil cuma 2 jam sahaja. seperti apa yang ditanya oleh kak Salbiah kita, masa transit dekat Kuwait tu memang tak keluar ke mana. tak sempat. sebab kami sampai pun dah pukul 9 pagi. and flight seterusnya akan terbang pada pukul 9.55 pagi.

Atas Langit

actually, aku ni peminat nature lagi-lagi macam awan dan apa sahaja yang ada di muka bumi ALLAH cipta ni. so, masa dekat atas langit, banyak sangat gambar awan aku ambil. sampai video pun aku rakam. waktu awal-awal naik flight dekat KLIA, aku rasa sedih sangat sebab aku dapat duduk seat tengah. aku suka sangat-sangat kalau duduk tepi. tak rezeki tak menyebelahi. tapi sepanjang perjalanan, aku cuba ingat apa yang aku baca. sentiasa berbaik sangka dengan ALLAH. okay, aku cuba berfikiran positif. tak apalah, mungkin tak ada rezeki. maybe lepas ni ada ke.

travel cairo travel cairo

travel ke mesir


kuwait airways

kuwait airways
sedap tak terkata
and alhamdulillah. ada rezeki duduk tepi. so, apalagi. bukan main aku tangkap gambar. hahahaha. so, aku minta maaf kalau dekat bawah ni gambar awan semua aku nak tunjuk dekat korang. nak tahu tak? masa kapal terbang mendarat je, pergh, angin Cairo terasa sangat-sangat sejuk sampai menggigit tulang (ye ke pepatah ni?). menurut cuaca dari Yahoo Weather yang aku dah download masa dekat rumah haritu, suhu Cairo masa tu dalam 13 degree Celcius. memang sejuk. serious. kalau dekat bilik tidur pasang aircond 23 degree pun aku dah menggigil sakan, ini lagi memang dia punya angin yang sepanjang masa menghembus mesra ke wajah kita. okay, maaf. aku dah lama tak menaip. so, ayat macam tunggang langgang. -.-

kuwait airways kuwait airways
kuwait airways kuwait airways

Cairo International Airports


tahu tak? prosedur nak masuk Cairo ni, ya ALLAH. lamanya kena tunggu. sebenarnya, masa dekat dalam flight Kuwait Airways pagi tu, kami ada terima satu kad masing-masing untuk diisi. aku rasa tu macam identification kita kot. memang strict. aku dah risau dah. mudah-mudahan segala urusan kami dipermudahkan. kiranya memang bukan senang nak masuk ke bumi Anbiya' ni. untuk pakcik-pakcik yang dah settle, mereka uruskan pula hal luggage. nasib baik semua barang ada. dan akhirnya kami pun bergerak ke luar Cairo International Airport. 

cairo international airport

cairo international airport

cairo international airport

cairo international airport



nota kaki: ini dari apa yang aku perasan dan diberitahu oleh pakcik aku, Cairo International Airport ni kan, masa nak masuk ke pintu utama dia dah kena scan dah semua beg and diri kita sendiri. so, kalau kita sekadar nak hantar orang, kita kena tunggu luar. tak boleh masuk dah dalam airport. 

kami dibawa oleh Ustaz Majdi menaiki bas yang disediakan oleh pihak Mantop Travel. masa awal-awal kami diiringi ni, ada seorang polis dari Mesir yang ikut kami sekali. sebab apa? ustaz kata untuk menjaga keselamatan kami semua. mungkin sebab kami baru sampai kan, takut berlaku apa-apa. sebab hari esok-esoknya dia dah tak ada dah. muka garang gila. macam CIA dekat tempat kerja aku dulu dah aku tengok.

Rumah-Rumah Negeri


sebagai permulaan, kerana sudah terlalu lapar, Ustaz membawa kami ke Rumah-Rumah Negeri untuk makan tengah hari. kalau ikutkan masa tu dalam pukul 2.30 petang. solat Jumaat baru sahaja habis. kalau 2.30 petang di Mesir bermakna sudah pukul 8.30 malam di Malaysia. hehe. ala-ala makan malam lah ni kiranya. 

sepanjang di dalam bas, Ustaz menceritakan juga serba serbi mengenai bumi Mesir. akhlak dan kata-kata juga harus dijaga. bukan sahaja di Mekah dan Madinah sahaja. sebab nama pun bumi Anbiya' kan. 

apa yang menarik mengenai Mesir ni? pasir. sekeliling penuh pasir. and bangunan dia semuanya berwarna coklat. mula-mula aku macam 'okay, this is interesting. why?' (bajet pula speaking). then, nenek aku cakap sebab kat sini kan keadaan dia sentiasa berpasir dan ada masanya akan datang ribut pasir. so buat apa nak berwarna warni kalau nanti rumah berdebu juga. okay, makes sense. tapi jangan main-main dengan rumah diorang. even luar nampak macam sepesen je, tapi dalam macam banglo tau. bak kata ustaz yang sudah lama duduk di situ. hahaha. teringin pula nak tengok keadaan dalam rumah diorang.

travel cairo

travel cairo

travel cairo

travel cairo

and tahu tak? urusan jual beli kereta hanya dilakukan di tepi jalan sahaja. ini pun menarik. so, mata korang akan sentiasa dihidangkan dengan pelbagai jenis kereta di setiap tepi jalan yang ada. serious weyh, macam tu je dia jual beli. aku amazed betul dengan diorang ni. and kereta pun berdebu. so, tak payah lah susah payah nak bersihkan kereta hari-hari sebab 5 minit lepas tu, mesti kotor balik. 

and akhirnya kami sampai ke destinasi pertama. Rumah-Rumah Negeri ni ada 4 jenis buah bangunan. kenapa nama dia macam tu? kalau tak silap aku, kalau aku masih ingat, pihak Malaysia yang bina bangunan ni untuk pelajar Malaysia yang belajar di Mesir. tapi cuma ada bangunan Negeri Selangor, Terengganu, Pahang dan Sarawak sahaja. aku tak pastilah kenapa empat je. maybe itu majoriti student dekat situ kot??

travel cairo

travel cairo

travel cairo

travel cairo rumah rumah negeri

rumah rumah negeri cairo

rumah rumah negeri cairo

dataran rumah rumah negeri

dataran rumah rumah negeri
so, masa masuk pun memang muka orang-orang Malaysia je kita akan nampak. oh, already feels like home. hahaha. makanan pun sedap. ustaz kata, harini kita makan makanan Melayu dulu. takut terus makan makanan Arab, terkejut pula. 

selepas makan, aku ambil kesempatan untuk bergambar sendirian dan juga bersama keluarga besar aku. seronok juga kawasan dekat situ. dengan angin sepoi sepoi bahasa. dah pakai sweater pun rasa sejuk sangat. menyesal tak pakai seluar. hahaha.

Tiba Pyramids Hotel


then, barulah kami dibawa ke hotel kami. iaitu Tiba Pyramids Hotel. tahu tak apa yang best mengenai hotel ni? dia betul-betul menghadap Piramid weyh!! seronok gila aku. hahahaha. tak sabar betul nak masuk bilik. sementara kami perempuan menunggu di lobi, kaum lelaki mengangkat segala beg ke atas. heee. selepas segala urusan selesai, barulah kami mendapat nombor bilik masing-masing. aku dapat sebilik dengan nenek and nenek Roziah (best friend nenek).

actually, kalau korang nak cari hotel lebih selesa or lebih dekat dengan semua kemudahan, korang boleh cari di website HotelsCombined.com. website ni menyediakan macam-macam jenis hotel atau resort mengikut kemahuan kita. so, tak ada masalah dah kalau nak mencari hotel di luar negara mahupun dalam negara.  nak tengok senarai hotel melalui smartphone pun boleh pakai app dia. bagus juga tau. sangat mudah dan efisyen.

tiba pyramids hotel


iye lah, bila fikir balik, paling seronok sekali mesti nenek aku. dapat travel dengan keluarga (kami seramai 17 orang ikut) dan juga best friend. wahhhhhhh. aku tak terfikir sampai ke saat ini. hahaha. kami dapat bilik 408. agak jauh dengan pakcik-pakcik dan makcik aku. tapi tak apa. aku ada. main hoon na. kenapa aku banyak merepek ni  -.-

tiba pyramids hotel

and buat hari pertama ini, kami sekadar duduk di dalam bilik dan makan sahaja. yelah, baru sampai kan. masing-masing penat lagi. nak online tak boleh tau. sedih betul. aku malas nak beli simkad sebab 4 hari je dekat sini. jadi, kami semua bergantung dengan wifi di lobby sahaja. yes, lobby sahaja ada internet. hahaha. 

lepas dah rehat dan santai-santai semua, kami makan malam di kafe bawah. bayangkan kalau tengah hari tadi dah sejuk, malam dia jangan cakaplah. nenek-nenek aku pun sampai berbungkus bungkus dah pakai. hehehe. makcik-makcik aku dan ummi dekat Malaysia siap cakap, tu dah macam pengetua nak buat spotcek je. hahaha.

tiba pyramids hotel

tiba pyramids hotel

tiba pyramids hotel tiba pyramids hotel

tiba pyramids hotel


and yes, bermulalah sesi kami makan makanan Arab. bagi aku, not bad juga makanan dia. tapi mostly masam. maybe diorang suka makan benda masam kot. lepas makan je, terus naik ke atas dan tidur semula. memandangkan kami punya hotel betul-betul sebelah jalan raya, jadi suasana agak bising sebab fiil diorang kat sini satu je. suka hon. dari pukul 9 malam aku tidur sampailah ke 4 pagi. bunyi hon macam tak berhenti.

tiba pyramids hotel

and oh, dekat sini disebabkan musim sejuk, jadi waktu siangnya pendek dan waktu malamnya panjang. bayangkan pukul 5 petang dia dah macam maghrib. gelap sokmo. waktu solat juga berubah.
5.30 pagi - solat Subuh
12.30 tengah hari - Solat Zuhur
3.15 petang - Solat Asar
5.40 petang - Solat Maghrib
7.30 malam - Solat Isyak

waktu berubah mengikut hari tapi inilah secara rambangnya waktu solat setiap masa kami. 

okay, esok bermulalah perjalanan kami ke destinasi yang paling aku nanti-nantikan. Piramid! 

adios~
post signature

5 comments :

  1. cerita menarik amy.. satu pengalaman berharga..:)

    ReplyDelete
  2. bestnya..akak memang teringin nak ke Mesir, nak tengok piramid depan mata..strict betul airport dia ye..best tul Amy dah sampai sana..nanti sambung lagi tau!

    *baca ni mata bersinar-sinar cam dalam anime*..hehe

    ReplyDelete
  3. Selalu dah dengar pasal rumah negeri tu. Seronoknya Amy dapat ke Cairo ni. Dapat tengok Pyramids lagi

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes