Winter Escapade Day 2 | Golden Eagle Papyrus + Sungai Nil

Golden Eagle Papyrus

Travel ke Cairo

12:30 p.m
Sphynx
16 degree celcius



assalamualaikum and hello lads!

jom kita baca sambungan cerita perjalanan aku semasa berada di Mesir. sejurus selepas seronok berselfie dan berwefie bersama keluarga, kami bergerak menaiki bas ke Golden Eagle Papyrus. GEP ni jauh sikit dari Piramid Giza tadi. dalam 40 minit kalau naik kenderaan. dan dia berada di dalam kawasan bandar. 



tempat dia nampak kecil sahaja. and kat sebelah ada construction. so, agak scary untuk aku lalu dekat situ. haha. and the most terrifying part is ada polis yang guard dekat kawasan jalan tu. gulp. dengan pegang senapang bagai. aku nak ambil gambar pun takut. 

oh. nota kaki. kalau pergi Mesir, kalau nampak macam tu kem tentera dia kan, PLEASE JANGAN AMBIL GAMBAR. kalau dia nampak, dia akan cari korang dan dia akan rampas handphone or kamera tu immediately. yelah, mana tahu kita ambil dan share. lepastu pihak musuh tengok and boleh analyse dekat mana dia akan attack, siapa salah? 

even Stesen Minyak Tentera pun tak boleh ambil gambar tau! jangan main-main. 

masuk sahaja dalam Golden Eagle Papyrus tu, wow. lawa-lawa lukisan dia. aku adalah seorang gadis pencinta seni. hahaha. tak kisahlah seni muzik ke seni lukis ke seni fotografi ke. apa sahaja yang cantik, aku mudah terpikat. apa yang buatkan lukisan di sini berbeza dengan lukisan lain, dia menggunakan kertas papyrus. menarik juga papyrus ni. katanya inflammable, tak mudah koyak (serious), dan mudah dibuat. 

dari apa aku perasan dekat kawasan Mesir ni, memang ada satu tempat tu banyak sangat-sangat pokok papyrus. lawa pokoknya. and sambil-sambil berjalan, staff GEP explain sekali macam mana cara nak buat kertas menggunakan pokok papyrus tu. 






tengok tu. sampai tertidur dia. kepenatan la tu, sepanjang pagi berjalan. akhirnya masing-masing dah kepenatan, driver bas membawa kami makan dahulu sebelum singgah ke Masjid untuk solat.

Wang Fu Chinese Restaurant, Cairo

1.00 petang 
Wang Fu Chinese Restaurant
18 degree celcius

kalau diikutkan macam-macam jenis makanan dari pelbagai bangsa kami makan. kalini kami makan makanan Cina Muslim pula. aku sebenarnya tak berapa minat dengan makanan mereka. tapi takkanlah tak makan pula. nanti nak cari dekat mana.
restorannya serba serbi merah. makanan pun sudah siap sedia dihidangkan di atas meja. tak ada orang pula dalam restoran tu. nampak sedap juga makanan dia. cuma airnya air teh. aku kalau tengah hari, aku prefer air sejuk ataupun air mineral. masa tu, dia bagi air teh panas. aku tak pasti apa ada dalam air teh tu. sama ada herba ataupun daun teh ke.








nota kaki: sepanjang masa berada di Mesir, sila bawa air mineral sendiri. sebab air mineral negara diorang ni masha ALLAH mahal betul. seriously mahal. tak berbaloi.
and malangnya, masa ni kami masing-masing nak pergi buang air, katanya air paip tak ada. alahai. nak pakai apa ni. nasib baik dia sediakan air paip letak dalam botol. so, pandai-pandailah kita nak buat macam mana.

then, lepas dah kenyang perut senang hati, kami bergerak pula ke Asfour Crystal. ha, ini untuk peminat kristal, memang seronoklah nak bershopping. memandangkan aku bukan penggemar kristal, jadi aku hanya tengok-tengok sahaja dekat situ. lagipun aku tak tukar duit lagi. hahahaha. duit aku masih dalam Ringgit Malaysia.

Asfour Crystal


2.00 p.m
Asfour Crystal
10 degree celcius



fuh masa ni memang sejuk dia bukan main. dengan anginnya lagi. padahal dah pukul 2 kan. jadi keluar sahaja dari bas terus kami cepat-cepat masuk ke dalam Asfour Crystal tu.


nampak tak 'Astro' atas bangunan? kalau nak tahu. semakin besar piring tu, semakin banyak siaran kau boleh dapat




nampak tu jammed. sini memang suka hati jelah kau nak lalu macam mana

subhanallah, macam masuk kedai lampu. bersinar-sinar mata aku tengok kiri kanan atas belakang. sebelum shopping, kenalah tunaikan solat dahulu. kami solat di situ sahaja. suraunya tak adalah besar pun. and nak ambil wudhuk kena ambil dekat bilik air. tapi bilik air dia memang selesa, besar. so tak ada masalah sangat nak ambil wudhuk and kena ambil dekat sinki ye. hehe.

lepas tu, aku follow sahaja nenekku dan nenek Roziah berjalan-jalan di situ. makcik aku lama dah menghilang, mencari barangan yang menarik perhatiannya. ada rantai. ada pen. ada keychain. semua ada. memang aku impressed sangat-sangat. and nak kata mahal tu tak adalah juga. affordable lah.

makcik aku beli rantai dalam 100 EP. so, kalau ikut Malaysia hanya RM50 sahaja. lawa. serious. masa makcik aku dah beli, baru nenek cakap.

kalau kaklong berkenan apa-apa, belilah. nanti nenek kasi duit.

alaaaa.. haha tak ada rezeki. tak apalah. dah terlambat pun. and tak banyak sangat gambar aku ambil.

tahu tak betapa susahnyaaaaa nak suruh nenek aku senyum. so, this is kind of miracle. hehe.


Sungai Nil


5.00 p.m
Sungai Nil
10 degree celcius

kalau ingat dari apa yang aku cerita, masa pukul 5 petang macam ni, keadaan dah semakin gelap. memang macam maghrib. jadi kami berhenti untuk solat dahulu. then, barulah bergerak ke Sungai Nil. fuh, bestnya dapat menyusuri Sungai Nil.

ustaz Aris Azlan cakap sebenarnya kalau diikutkan, kami boleh dibawa menaiki bot ke sekitar jalan-jalan Cairo tapi sebab apa entah (maaf tak ingat), pihak tentera menutup laluan tu. jadi kami boleh belayar di tempat lain sahaja. jadilah daripada tak ada. bagi aku, naik bot menyusuri Sungai Nil maybe lebih best kalau waktu siang. malam sejuk sangat-sangat. seriously. aku pakai glove pun sejuk lagi.







maaf. handphone aku ni kalau waktu malam, dia jadi sangat hodoh. T__T

and lepas dalam 15 minit menyusuri Sungai Nil sambil mendengar tazkirah dari Ustaz Majdi Mantop Travel & Tours, kami pun bergerak pulang ke Tiba Pyramids Hotel. oh, sebelum tu makan malam dahulu. serious aku ingatkan sekali lagi. air mineral sangat mahal. so, bawa sendiri ye.

okay, itu sahaja. terima kasih sudi baca. next entry aku sambung perjalanan kami ke Alexandria pula okay :)

Part 1: Cairo International Airports + Rumah-Rumah Negeri
Part 2: Piramid Giza + Spyhnx
 
post signature

Share:

2 comments

  1. seronoknya dapat sampai di mesir banyak peristiwa atau sejarah berlaku disini. Sungai Nil juga antara tempat yang berlaku banyak sejarah. Paling yang diingat adalah kisah Khalifah Umar dan sungai Nil...Subhanallah

    ReplyDelete
  2. Tempat yang baik untuk melawat. Jika anda sedang mencari untuk kupon, daftar di CouponBelanja

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.