Kembara Cinta Winter di Madinah Al-Munawwarah

Kembara Cinta Madinah Al-Munawwarah

Umrah Musim Sejuk

Umrah bulan Disember

 

10:00 a.m
office
menunggu kertas A4
assalamualaikum and hello lads!

okay, harini aku terasa bersemangat untuk update blog. terima kasih kepada Anizz dan Kak Eny Abdullah, aku akan mulakan entry pertama aku di bulan Februari. biarlah entry pertama dimulakan dengan entry macam ni ye :) moga dapat memberi manfaat kepada semua. in shaa ALLAH.

sebenarnya kami sudah terlewat untuk ke Madinah sebab ada berlaku masalah teknikal. bas yang kami nak naik tak ada. lepas tu pakatlah semua pakcik-pakcik mencari bas yang sesuai untuk kami naiki. sampai aku nak tertidur dah dekat airport tu. agak ramai juga tau dekat sana. rasanya dah nak dekat pukul 5.30 pagi barulah kami dapat bas dan terus bergerak menuju ke Madinah.

dalam bas apalagi, tertidur sokmolah semua. dah elok-elok ambil air wudhuk, batal balik. hehe. akhirnya kami berhenti di satu stesen untuk solat subuh sebelum bertolak semula menaiki bas. lawa sangat pemandangan waktu Subuh. serious aku cakap dari dulu. aku paling suka suasana waktu Subuh. dengan langit dia. dengan suhu dia. dengan ketenangan dia. seronok :)

akhirnya selepas tertidur balik dalam bas, sedar tak sedar kami sudah memasuki bumi Madinah. subhanallah. nak menangis rasanya. ya ALLAH, aku jadi tetamu Mu di sini. terharu sangat :') kami berhenti sekali lagi untuk sarapan dahulu sebelum unpack barang di bilik hotel.

suhu memang sejuk juga waktu ini. daripada jam yang aku tengok di dalam bas, masa ni dah pukul 9 pagi. tahu tak kami makan apa untuk sarapan? nasi arab. hahahahahaha. tapi tak sangka aku memang tersangat lapar sampai boleh habis nasi Arab tu. sedap sangat. nampak simple tapi memang nikmat bila makannya.









tak lama kemudian dalam pukul 11.00 pagi, kami pun tiba di hotel. patutnya family makcik aku dapat hotel lain. aik boleh pula macam tu ye. aku pun tak faham kenapa. aku dah lupa apa nama hotel kami. tapi hmm. aku macam kurang berpuas hati sikit. bukan dengan servis hotel dia. tapi dengan orang lain yang tinggal di situ.

Dugaan di Madinah


ha, masa nilah kita akan diuji dengan macam-macam perkara. sungguh. bila kita dah dapat peluang pergi umrah pun, tak semestinya segala onak duri takkan berlaku dekat sini. masa ni lagi hebat ujian kau akan terima. sama ada lupa. atau gila. atau memanjang sakit. atau apa-apa sahaja.

tapi satu je aku ingatkan. apa sahaja dugaan yang datang masa berada di sana, selalulah bersangka baik dengan ALLAH. ALLAH turunkan ujian tu untuk kita dapat pahala. maybe kita nampak solat di masjid nabawi tu banyak pahala. but who knows, bila ujian sekecil tu pun kita asyik merungut, habislah apa segala ibadah yang kita buat dekat sana kan. so remember this always okay :)

Sesat di Hotel Madinah


Madinah sangat-sangat lawa. Subhanallah. banyak hotel tersergam indah di sekitar Masjid Nabawi. and macam dekat Mesir, warna semua sama sahaja. so, nasihat aku seterusnya ialah make sure ambil gambar hotel korang dahulu. or ambil kad nama hotel tersebut. senang andai kata sesat. aku tak main-main hal ni. ramai dah makcik pakcik sesat tak jumpa hotel. nak pergi memang mudah sebab kita nampak masjid Nabawi je tapi nak balik tu yang lupa.

kami hanya duduk di hotel 3-4 bintang sahaja. so, agak selesa cuma agak sempit. lagipun, kita duduk dekat hotel untuk tidur je kan. mana sempat nak melepak. sepanjang masa kita akan berada di Masjid Nabawi sahaja. aku ditempatkan bersama dengan dua nenekku dan juga makcik Karminah. pada mulanya kami duduk berlainan tapi siapa pula nak tolong tengokkan nenek-nenek aku kan.


andai kata korang pergi sendiri tanpa pakej apa-apa dari travel agency, korang boleh pilih hotel yang berdekatan dan dapatkan harga istimewa melalui website HotelsCombined ini. macam-macam hotel boleh pilih. kalau nak narrowkan search korang ke hotel 5 bintang pun boleh. kalau nak yang ada wifi pun ada. mudah. aku dah cuba. memang aku suka :) bukan hotel di Madinah sahaja, seluruh negara ada termasuklah Malaysia.

aku minta maaf sebab tak banyak gambar aku ambil di Madinah dan Mekah. bila dekat Mesir, memang 24 jam aku tangkap. tapi bila sampai sini, rasa macam tak ada nafsu nak bergambar banyak-banyak.

lepas dah rehat sekejap dalam bilik hotel masing-masing, kami bergegas ke Masjid Nabawi sebab azan pertama sudah berbunyi 15 minit tadi. agak jauh juga hotel kami dengan Masjid. tapi dari sana dah boleh nampak bayangan Masjid :) subhanallah, makin mendekat, makin terasa sebak di hati. betul ke aku ada dekat bumi Madinah ni.

dekat sini, kalau kita terlambat sikit, habislah kena solat dekat luar. sungguh. memang kakak-kakak yang menjaga dekat pintu Masjid Nabawi akan tutup pintu immediately bila dah penuh di dalam. sayang tak dapat solat kali pertama dalam Masjid. sebaiknya solatlah di dalam kan. kami cuma solat Zohor di depan pintu sahaja. tak apalah. kurang-kurangnya sempat solat berjemaah kan.

kalau korang nak tahu, dekat dalam Masjid Nabawi, perempuan tidak dibenarkan untuk bawa handphone ke dalam. kalau nak bawa juga boleh. simpan elok-elok dalam handphone. setiap kali kita nak masuk, beg kita akan dicheck oleh diorang.

Boleh bawa handphone atau tak dalam Masjid Nabawi?


aku pun letak hujung-hujung je handphone. dalam hati dah berdebar takut dia rampas. hehe. sebenarnya bukan tak kasi kita bawa handphone. tapi kita kena ingat. kita ni perempuan. ada aurat patut dijaga. mana tahu waktu kita ambil gambar, ada perempuan tidur ke, ada perempuan buka niqab dia ke. ada perempuan nampak kaki ke. kan tak pasal bila kita dah share dekat Facebook or Instagram.

suasana di Masjid Nabawi memang sangat indah. rasa macam tak puas duduk situ. ini baru dekat luar. belum lagi dekat dalam. Allah.




then, usai menunaikan solat Zohor berjemaah yang pertama, kami ada tour seketika oleh Ustaz Aris. Ustaz membawa kami ziarah di dalam Masjid Nabawi. di mana makam Rasulullah dan sahabat-sahabat. di mana letaknya Raudhah. sebab lepas ni boleh pergi sendiri je, tak perlu menunggu sesiapa untuk guide kami.

kami balik seketika untuk makan sebab lepas solat Asar je, kami akan stay sepanjang masa di Masjid sampailah ke waktu Isyak. sini pun malamnya panjang. jadi dalam pukul 8 malam dah habis kesemua solat kami tunaikan. masa ni baru dapat duduk di dalam.

kalau di bahagian depan sekali saf perempuan (tempat sangat besar), budak-budak tak dibenarkan masuk. hanya dewasa sahaja. jadi memandangkan aku membawa adik-adik saudara, kami duduk di bahagian kedua. kalau pergi dengan nenek-nenek je baru dapat duduk di saf hadapan.

masa ni pun tak ramai balik tau. diorang menunggu juga sehingga ke Isyak. ramai. ramai sangat. dari pelbagai kaum. pelbagai bangsa. pelbagai mazhab.

Solat mengikut Mazhab Berbeza


jadi satu je aku nak ingatkan! kalau bawa adik-adik kecil, cakap awal-awal dulu, kita punya cara solat atau baca al-Quran akan berbeza. jangan diunjuk-unjuk atau dipandang pelik nanti karang. ada yang cara dia solat tak perlu berdiri, ada yang solat duduk bersilat bila time duduk antara dua sujud. ada yang tergoyang goyang. macam-macam! korang pun jangan culture shock pula. hehe. kita ada mazhab kita sendiri, so follow je. jangan pergi tengok 'eh nampak best pula solat macam ni. nak buatlah'.

credit to rizkifajar12.wordpress.com

boleh nak buat. tak ada masalah. tapi bukan solat je Mazhab yang tu kita buat, tapi ibadah lain kena ikut mazhab sama. tak boleh sikit Mazhab Hambali, sikit Mazhab Shafie, sikit Mazhab Hanafi.

Toilet di Masjid Nabawi dekat sahaja dengan tempat solat. dan setiap pintu ada tandas dan tempat mengambil wudhuk. jadi kalau nak pergi sorang pun tak ada masalah. aku pun selalu kalau nak balik hotel, balik sorang je. tak rasa bahaya pun walau sesaat masa berada di sana.

Bottle Spray ke Masjid Nabawi


tapi kalau nak senang, better bawa bottle spray. sungguh aku cakap. sangat mudah dan tak perlu bergerak ke mana-mana. and kecik sahaja, boleh dimuatkan dalam beg masing-masing. and better beli dekat Malaysia sahaja. kat sana agak mahal juga. bayangkan aku beli berus mandi dekat Malaysia baru R5. dekat sini RM40. amboi. tak jadi nak ambil.

credit to www.tokopedia.com
okay, ini nasihat aku kalau nak ke Masjid Nabawi.

Tips Bila Berada di Madinah Al-Munawwarah


- datang awal jika hendak bersolat di dalam masjid. atau paling lewat pun masa Azan pertama. 
- handphone tidak dibenarkan untuk dibawa ke dalam masjid. kalau nak bawa juga boleh, tapi pandai-pandai sorok dalam beg. kenapa? sila baca di entry awal-awal tadi. 
- bawa botol spray untuk memudahkan kita mengambil wudhuk tanpa perlu bergerak. MAKE SURE TAHU CARA NAK AMBIL WUDHUK PAKAI BOTOL SPRAY. hehe. caps lock aku bagi. kalau tak, naya je ada part tak kena nanti. tak sah pula. 
- tak semua tempat dalam Masjid Nabawi (sekitar luar) yang kita boleh solat. hati-hati. jangan tengok mentang-mentang ramai solat dekat situ, kita pun solat sekali. perhatikan dekat tiang-tiang situ. ada dia cakap anda sudah melepasi had imam atau something like that. aku lupa. maaf. bayangkan kita dah solat melebihi paras imam di dalam Masjid, so siapa imam?

- umrah musim sejuk memang akan sejuk cuaca dia. kalau waktu ke Zohor sampai Asar okay lagi. tapi kalau dah waktu Subuh atau Isyak tu. kalau jenis tak tahan sejuk, better pakailah sweater. 

- bawalah botol kosong untuk isi air zamzam. air zamzam boleh dapat dekat mana-mana je dalam Masjid Nabawi tu. kalau buat umrah musim sejuk, ambillah air zam zam yang dia tulis NOT COLD. not cold ni pun dah sejuk. kalau ambil yang memang sejuk, khuatir sakit pula. 

- hati-hati dengan apa yang terdetik dalam hati kita. sungguh dia jadi. nanti aku cerita next entry. jangan kata rasa macam nak sakitlah, ha, sungguh lepas tu sakit. 

- make sure ambil gambar hotel sebelum ke Masjid. jangan berlagak boleh kenal tempat. ramai dah sesat tau. benda ni bukan boleh dibawa main. nanti habis semua orang kita susahkan.
- jangan lupa bawa buku yang diberi oleh staff travel agency masing-masing. setiap tempat ada doa dia. masa nak berjumpa dengan Rasulullah. masa di dalam Raudhah. dan sebagainya.

so far, aku rasa ini sahaja nasihat aku. nanti kalau ada terfikir lagi, aku akan tambah di entry seterusnya :) nantikan entry aku mengenai suasana di Raudhah pula ye.
 
 
post signature

Share:

12 comments

  1. Saya memang selalu tertanya-tanya kalau solat berjemaah Mazhab lain ni macam mana. Teringin sangat nak experience suasana macam tu.

    ReplyDelete
  2. Sayu pulak rasa bila tengok madinah tu... rindu rasanya. Tak taulah bila dpt ke sana lagi ni.

    Thanks sharing amy.. salam ukhwah, singgah2 hari cuti. Lama tak berbw nie. Semoga ceria selalu... :)

    ReplyDelete
  3. my experience, solat sebelah pengikut Syiah, dua kali, tapi kat Masjidil Haram lah..huhu.paling lawak bila terbawak kamera dalam beg masa nak masuk Masjid Nabawi.cuak la bila kena check, tapi nasib baik lepas.

    ReplyDelete
  4. Ya Allah, how I miss this place so, so much..tapi Madinah memang mewah.Hotel akak duduk tu dulu memang royal giler, ingat dah salah hotel

    ReplyDelete
  5. Ya Allah.. Rindu sangat sangat.. tq so much kak sebab share diari ni.. terubat rindu.. :'(

    ReplyDelete
  6. semoga sy berjaya sampai ke Makkah dan Madinah dlm masa terdekat ni. Tgh kumpul duit sikit2..

    ReplyDelete
  7. tgh plan untuk umrah soon. :) cuma, masa utk dapatkan mahram pergi sekali, payah sikit nak plan T__T doakan ye.

    anyway, pasal berbeza mazhab ni memang rasa awkward bila nak solat sekali. Masa awal2 datang Czech, rasa tak kena bila ada wanita yang solat tak tutup kaki (bukan aurat katanya) dan ada juga imam yang baca Al-Fatihah without Basmallah. (lepas tanya2 baru tahu yang bismillahirrahmanirrahim tu iman silentkan tapi still baca).

    oh yee, amy. kite ada tag amy. http://www.hanisamanina.com/2016/02/25-things-that-make-me-happy.html

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.. Eraz berharap akan sempat sampai ke sana..

    #www.erazfadli.com

    ReplyDelete
  9. tak tahu nak taip apa. alhamdulillah. rezeki amy J dah sampai ke sana. mudah-mudahan dipermudahkan ke sana juga. perkongsian tips yang baik....

    ReplyDelete
  10. Hi nak tanya, kalau kita sorok handphone dlm beg tu dia tak godek2 ke beg kita? Cth kita sorokkan dlm towel kecil, agak agak dia cek tak dlm towel tu? Kalau kita letak dlm poket seluar dlm jubah dia rasa cek tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, simpan je dekat bawah sekali. slalu dia tgk macam tu je. tolak sikit-sikit. xyah lipat la. lapik je bawah kain. dalam poket seluar biasa dia x cek pun. dia cek dalam beg je mostly

      Delete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.