Kursus PROGRESS SMART Selangor

11:55 p.m
bilik hotel
mengantuk
assalamualaikum and hello lads!
Allahu.
dah masuk berapa hari tak update. makin lama makin blog ini
ditinggalkan padahal dulu blog inilah jadi hidup aku semasa bergelar
pelajar. tak dinafikan, banyak cara untuk kita luahkan perasaan kan. ada
suka pakai diari, ada suka pakai twitter, dan aku lebih prefer blog.
sebab aku boleh bercerita panjang lebar dan tak perlu menggunakan pensel
atau apa.
okay,
sebenarnya dah terpesong. sebenarnya dah masuk 6 hari aku stay di Hotel
Carlton Holiday and Suites ni tapi memandangkan internet sangat limited
dan hanya boleh digunakan di dewan tingkat 1 sahaja, maka aku mengambil
keputusan untuk menundakan segala apa yang terbuku di hati untuk
menulis.
dan
tiba-tiba masa aku balik semula ke bilik hotel harini, rupanya dah ada
Internet! wah, apalagi, memang seronok. dapatlah aku bermonolog seorang
diri di sini. sebenarnya kenapa aku ada dekat Hotel Carlton ni? ha, ini
kisahnya.
kalau
ada yang tak tahu, aku adalah student jurusan kejuruteraan Elektrikal
Elektronik di UNITEN. dah lama aku habis study tapi masih tak dapat
kerja sampai sekarang. aku dah kerja actually dengan pakcik aku. tapi
kalau dapat peluang kembangkan sayap di tempat lain, seronok juga.
jadi,
aku buat keputusan untuk try apply kursus SMART Selangor ni. nampak
menarik sebab aku selalu baca pasal GEMS ni. dan kursus ini khas ditaja
oleh kerajaan Selangor. maknanya, kami dapat makan FREE dan tidur di
hotel FREE selama SEBULAN. ha, seronok tak? seronok weyh. haha. bukan
senang nak tidur hotel sebulan ye tak.
selepas
fikir punya fikir, aku decide untuk join. sebenarnya aku tak yakin diri
sangat sebab pointer aku tak setinggi macam mereka perlukan. tapi dah
rezeki, Alhamdulillah dapat. masa nilah aku nak tambah pengalaman kan.
and
now, aku dah ada kawan baru. aku belajar banyak benda baru. pasal Event
Management, pasal Self Efficacy and banyak lagi. tapi lelaki tak ramai.
maybe sebab diorang rasa kursus macam ni agak boring. tapi diorang
silap. rugi kalau korang tak join. kursus ini khas untuk Selangorian
sahaja. minggu ni last kalau nak join tau!
kalau
rasa tak ada kerja tu, dah menganggur lebih 4 bulan, ha, meh cuba call
Irshad HR Consulting terus. habis cerita. mana tahu, terus dapat masuk
kan.
Irshad HR Consulting (Pn. Zuraini) : 019-451 9448
nanti aku cerita lebih terperinci ye apa berlaku di sini. doakan kami semua participants dapat kerja molek-molek ye. :)
adios~

kalau duduk hotel sebulan kann, ada housekeeping tiap2 hari tak? :D
ReplyDeleteall the best Amy...bagus menimba pengalaman
ReplyDeleteboleh usulkan pada adik yang dok menganggur jugak ni
ReplyDeletepeluang keemasan
ReplyDeleteNanti share! Rasa macam berminat pun ya juga nak tahu pasal benda ni.
ReplyDeleteNi bekas student saya la ni. Saya ex-Lecturer di UNITEN Bangi. Kalau mahu menjadi seorang Perancang Kewangan, insyaAllah boleh hubungi saya. :)
ReplyDeleteselamat berkursus ye adik amy J hehe
ReplyDeleteBW sini assalamulaikum
ReplyDeleteDiam tak diam dah sbulan pun kan,,moga terus sukses Amy,. :)
ReplyDelete