Pengalaman Training Progress SMART Selangor
Irshad HR Consulting
10:54 p.m
rumah
layan Hindustan
assalamualaikum and hello lads!
kalau korang dah baca yang part 1 punya, ini sambungan kepada cerita mengenai pengalaman aku selama sebulan duduk di Hotel Carlton Holiday & Suites. best kan sebulan. hahaha. memang best cuma kalau tak biasa dengan cuaca sejuk 24 jam macam tu, memang kering lah muka termasuklah satu badan. so aku suggest kalau terpilih masuk macam kami juga, tak kisahlah GEMS ke apa ke, aku dah bagi semua tips di Part 1.
okay, back to part II. dekat sini kami ada 9 jenis training yang kami kena hadiri. wajib. semua trainer yang hadir pun gempak-gempak. sepanjang aku berada dalam kursus ni, tak pernah pun aku rasa jemu nak pergi kelas. haha. macam menipu yet it's the truth. jangan rasa mentang-mentang kursus, kita dengar je and take notes. tapi all the time, we were doing presentations non stop. bagus juga ada presentation ni. sedikit sebanyak dia bagi kita peluang untuk lebih yakin dengan diri sendiri.
antara orang atasan yang menjaga kami tanpa jemu adalah Encik Kamarul (Uncle K), kak Puti Arifah, Hafiz, dan juga Farhan. mula-mula aku ingatkan Hafiz dengan Farhan tu lagi tua dari kitorang semua participants. rupanya sorang baru lepas SPM, sorang lagi 20an. mula-mula aku macam tak boleh ngam dengan kak Puti sebab nampak macam serious je. but we cannot judge a book by its cover. once dah kenal, ha, baru tahu gila-gilanya macam mana.

![]() |
gambar kiri: aku, Elly, Uncle K | gambar kanan: Farhan | gambar bawah: aku dan kak Puti |
ha, apa kursus kami tu? ini antaranya.
Self Efficacy | BASE
ini lebih kepada dalaman diri. kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. masa ni, kami tak ada specific kumpulan lagi. so, bila dah dimasukkan dalam 1 group. rasa macam a bit awkward sebab nama-nama pun tak tahu. aku dapat sama kumpulan dengan Nurin, Hambali, Diyana, Shebah and Elly (my roommate)
![]() |
ingat ni main-main ke? susah tau aktivitinya. kena pandai calculation dan take risks |
![]() |
dari kiri: Bali, Nurin, Diyana, Shebah, aku dan Elly |
selepas itu, barulah kami mencari kumpulan masing-masing. daripada berpuluh-puluh orang tanpa arah tuju, akhirnya terbentuklah 4 kumpulan. ha, ni lagi satu part yang sangat susah bagi aku. apa dia? create nama kumpulan, logo and sebagainya. nasib baiklah satu kumpulan dah ramai. aku tolonglah mana yang boleh. masa ni pun try nak memorize nama sorang-sorang. adalah juga tersilap banyak kali. sebab awal-awal kan muka semua macam sepesen je. haha.
then, akhinya kumpulan yang kami semua cipta adalah Setia Event, Mega Empire, Ikatan Sepakat dan juga Inspire. aku kumpulan mana? of course Setia Event. dari mana kami dapat nama tu? dari nama dewan sendiri. hahaha. kami dapat dewan Setia. mula-mula macam rasa sedih sikit sebab agak jauh dari dewan kumpulan yang lain. tapi lama-lama rasa seronok pula sebab dalam dewan tu sangat cozy.
masa ni baru tahu betapa susahnya nak create mission and vision. ingat suka-suka je ke boleh letak? dia kena precise tau. kena pakai SMART punya konsep. agak lama juga kami nak dapatkan approval dari orang atasan untuk mission vision kami, akhirnya selepas mengerah tenaga dan fikiran, barulah jumpa ayat yang paling sesuai sekali sebagai panduan kepada company kami. ha, kat dalam kursus ni tak disebut kumpulan ye. kami semua ini dari company yang berbeza.
![]() |
comel je dua-dua ni. Huza dan Hawa |
![]() |
khusyuk buat kerja. Zati dan Liza |
![]() |
Yana, Tikha and Liza were getting prepared for upcoming presentation |
![]() |
masa sibuk menghias dewan (office) kami pada minggu pertama |
![]() |
dari depan: aku, Yana, Liza, Tikha dan juga Amri. kami dari kumpulan Empire Heritage |
![]() |
Dr Mazuki sedang mengajar kami cara manage project & event. apa Finas buat kat belakang tu? |

kalau nak sebut dari hari ke hari apa yang kami buat memang penuhlah entry aku ni. hahaha. tapi so far ini lah antara kursus lain yang kami belajar. and aku akan cuba explain secara concise. tapi sayangnya semua ini ambil masa selama 2 hari sahaja. bagi orang yang tak suka, maybe nampak lama. tapi aku rasa macam sekejap sangat. macam ada banyak lagi kena belajar.
tapi kan, kami bukannya belajar sahaja dari pukul 8:30 pagi sampai ke 5:00 petang tu. adalah juga benda lain kami buat. macam dari segi spiritual dan juga sports. pada minggu pertama sahaja pihak Irshad conduct aktiviti untuk kami. then, the next and next weeks, kami yang kena conduct mengikut company tapi dengan syarat semua kena join.
sports agak menarik bagi aku sebab ada antara aktiviti yang aku baru first time cuba. contoh macam dam manusia, boling kelapa but instead pakai bola, and macam-macam lagi. aktiviti ini semua kami buat di parking lot sahaja. sebab keadaan di situ tak mengizinkan untuk buat di tempat lain. tapi okay je. tak mengganggu orang lain pun.
![]() |
main dam manusia. Faris betul-betul komited menjalankan tugas dia |
![]() |
aku dan Huza |


![]() |
Sue, Tikha, Huza, Liza, Atikah, Izzah, Finas, Jimah dan Lissa |
dari segi spiritual pula, pun best juga. ada sesi solat hajat. ada solat sunat gerhana, kotak beracun (kena ceramah seorang 1 minit) and lain-lain lagi. aktiviti rohani pula dibuat di surau tingkat 2, khas untuk pihak Irshad dan juga participants. sini pun selesa. and bolehlah memuatkan kami seramai 70 lebih masa tu.
![]() |
rasanya tu dari company Profast |
tapi kan, apa yang paling aku amazed sebanyak-banyak benda dalam ni, hubungan antara kami dalam satu company Setia Event. sama jugalah dengan company yang lain. walaupun sebulan tu apalah sangat nak dibandingkan dengan hidup kita di asrama selama 2-5 tahun tu, tapi aku rasa aku lebih rapat dengan budak-budak Setia Event berbanding kawan-kawan aku yang lain. maybe sebab kami 24 jam menghadap orang sama. and kami present sama-sama sepanjang masa.
sebab kalau dekat asrama tu, kalau ada masa free je, kita akan baca bukulah, buat aktiviti lah. macam-macam secara sendirian ataupun mengikut clique sendiri. kat sini pun aku expect macam ada clique tapi rupanya tak. semuanya dalam satu bonding yang sama. dah la dengan kaum lelaki yang tak ramainya. hahaha. kumpulan kami cuma ada Amri (CEO), Faris, Zaki (Ex-CEO), dan juga Luqman (masuk lambat sikit).
![]() |
yeah menang. dapat skor tinggi. nombor 2 tak silap aku. |
![]() |
bersama Mr. Rashid Anuar |
![]() |
kami dan Mr Mazuki |

![]() |
sibuk mendengar ulasan yang diberi oleh Dr Faiz |
![]() |
Wefie sementara buat esei. haha. dari depan kiri: Zati, aku, Ernie, Atika, Huza dan Shira |
![]() |
sesi terakhir bersama Dr Faiz. walaupun Dr sangat sibuk dengan hal negeri, tapi apa yang diajar dalam masa 2 hari memang sangat bermakna untuk kami. |
![]() |
bersama Puan Haniffah. dari beliau, aku tahu dekat mana kelemahan aku dalam presentation |



bila malam tak ada benda nak buat je, kami akan singgah ke Seven Eleven di bawah. nasib baiklah ada SE dekat hotel tu. kalau tak, macam tak hidup juga kami. asal lapar je malam-malam, melepak dengan sesiapa je yang nak. kalau siapa yang ada kereta, pergi jauh sikit dekat area belakang tesco extra tu.
sebenarnya, dalam kegembiraan kami ni, ada juga breakdown yang kami hadapi. kami terima satu berita yang sangat dahsyat untuk kami terima. dan aku salah seorang yang jadi punca juga benda tu berlaku. apa dia? nantikan entri seterusnya.
adios~

hai Amy.. lama x singgah sini..
ReplyDeletebtw apa2 pun.. akak still rasa bestnya duduk hotel sbulan =D
Macam seronok je tapi mesti kena komited kalau nak join benda-benda macam ni.
ReplyDeletewah.. bile tgk post ni.. rasa lega sikit n yakin nk ke terengganu bulan 7 ni.. sy dpt bhgian perguruan... trima ksh sbb beri keyakinan pada sy.. skg awk keje mana?
ReplyDeleteSkrg kt mana yer? Lpas progress
ReplyDelete