Perjalanan Hidupku Dalam Mencari Cinta

Mencari Cinta Sejati

 
8:55 p.m
rumah
sambut anniversary ummi ayah
 
 
assalamualaikum and hello lads!
 
okay, sejak aku jadi blogger official dekat dunia blog ni, aku dah mula kurang bercerita mengenai kisah cinta dalam hidup aku. bukannya tak nak cerita, tapi kalau ikutkan, tak ada apa yang menarik pun dalam hidup aku ni pasal cinta. so i decided to tell it to my 2 best friends only. lama-kelamaan, bila tengok balik setiap benda yang berlaku, aku jadi macam kecewa dengan cinta. want to know why?

aku adalah salah seorang antara perempuan yang tak pernah kenal erti cinta. bagi aku dulu, aku suka konsep cinta ni. ada orang sayang kat kita, and kita sayang orang tu balik. so, aku pun macam desperate mencari cinta. bagi aku, okay, there must be someone out there who is meant to be with me. sampaikan si adik blogger ni pun hari-hari dengar je aku cerita pasal kisah cinta aku yang masih belu complete lagi ni. bersabar betul dia dengar cerita yang sama. haha. 

sampaikan aku dengar kisah cinta kawan aku yang sudah berkahwin melalui satu website ni, aku pun join sekali. semangat punya pasal nak cari jodoh. lagipun macam orang cakaplah kan. jodoh ni kena dicari. dia memang dah ditakdirkan untuk kita. tapi kita tak boleh berdiam diri sahaja. okay, so i stick with that quotes. 

lama-lama aku jadi macam kecewa dengan lelaki. aku ingatkan bila kita nak kenal dengan orang tu, kita kena terima family dia sekali. tapi bila dengar satu benda je pasal aku, semuanya lari tanpa khabar berita. i'm really disappointed. really. aku pernah dengar benda ni melalui kawan baik aku, Moshi. tapi bila sendiri yang kena, rasa tu lagi macam kena tikam dengan pisau you know. 
 
http://41.media.tumblr.com/a3abfbe51becbb27a96550f27b90231a/tumblr_my823fXmr21qah2fqo1_500.jpg

aku fikir, kalau dah 5-6 lelaki fikir macam tu, mesti semua sama je. so aku jadi give up. aku fikir maybe semua lelaki sama je. okay, ada faedahnya juga diorang lari awal-awal bila aku cakap macam tu kan. apa yang aku cakap tu? hahahaha. aku cakap aku anak sulung. okay fine. maybe lelaki zaman sekarang tak nak perempuan anak sulung dari adik beradik ramai untuk dijadikan isteri kan. kalau macam tu, rasanya sampai sudah, aku tak rasa aku akan kahwin. hahahaha. tak apalah. 
 
http://41.media.tumblr.com/abba8ff510216aab2bcbbe982b815c24/tumblr_muma1k6ACx1qmdq5no1_400.jpg
 
takut kena tanggung adik-adik aku? ish, kalau macam tu, dah lama aku cari orang kaya tau. tak hadaplah orang macam korang. takkan benda tu tak reti fikir? ha, kan dah keluar ayat macam ni. haha. 

bila aku kena sendiri macam ni, aku rasa better aku hidup sendiri je. sedangkan family aku ramai macam tu pun diorang tak boleh terima, kenapa aku nak terima dia? family aku hidup lagi lama dengan aku kan. diorang lagi faham aku ni macam mana. gaduh macam mana pun, tapi tetap baik balik sekelip mata. 

tapi dua benda kisah pencarian cinta ni mengajar aku.

1. Fokus dengan benda yang pasti


ye. daripada kita duk terkejar-kejar benda yang tak pasti, better kita kejar impian yang kita memang tahu boleh kecapi. macam aku, aku sangat suka travel. dah lama aku idam untuk travel satu dunia. seriously. in shaa ALLAH tahun ni aku akan travel ke satu tempat. and bersama kawan-kawan aku. tahun depan pun aku dah ushar satu tempat ni. duit boleh cari. tak kisahlah gaji berapa pun. yang penting kena konsisten dalam menyimpan. 

travel dengan suami lagi best? hahaha. lagi kecewa aku dengar. since aku tak ada suami lagi, better aku travel dengan sesiapa yang suka travel. untunglah kalau dapat suami yang ada passion sama. sekali dia kerja duduk rumah je, ha tahun bila pula nak pergi travelnya? 

2. True love doesn't exist


call me typical or whatever you want to, aku dah tak percaya dengan cinta ni. neglect cinta kepada ALLAH sebab yang tu memang pasti. okay, tahniah untuk korang yang dah dapat cinta sejati tu. but for me, sorry, i'm not interested anymore. 

aku selalu tertanya-tanya, macam manalah ada kawan-kawan aku yang boleh tak ada perasaan langsung nak bercinta. and now, aku sendiri rasa benda tu. aku mula bina dinding dalam hati aku untuk tak suka dekat sesiapa sebab aku rasa macam aku tahu ending dia macam mana. i guess better aku tak mencari dah. aku dah malas. 
 
http://data.whicdn.com/images/43722800/large.gif

jodoh belum sampai lagi? haha. please stop saying that to me no more. 
 
aku rasa kalau aku jumpa orang yang maybe suka aku, ayat first aku akan cakap, saya anak sulung. saya garang. saya bukan perempuan melayu terakhir. ada berani? hahahaha. 
 
kawan aku kata, biar kita tunjuk yang baik dulu dekat lelaki tu. tapi aku tak buat benda tu. first thing yang aku buat, aku tunjuk semua benda buruk dulu. kalau perangai buruk aku dia boleh bersabar dan terima, then baru aku tunjuk siapa diri aku in a good way. 

so, go live your life! kalau tak jumpa tu, tak payah continue bersedih. aku pun dah tak rasa apa dah. aku cuma tak sabar nak tunaikan impian aku je. nak travel. nak balas jasa umi ayah. nak pergi umrah lagi sekali. and so on. banyak lagi impian lain kita boleh kejar. 

adios~
 
 

Share:

8 comments

  1. I feel you, sis..tapi bukan Amy trlalu muda ke untuk give up?

    yup, nothing annoys me more than the cliche 'sabar, nanti adalah tu..'

    ReplyDelete
  2. Amy sayang, cinta sejati adalah cinta kepadaNya..fakta. In shaa Allah ibu doakan Amy akan bertemu cinta suatu hari nanti dengan insan yang menyayangi dengan penuh kejujuran, segala nya Rahsia Allah swt..jangan berputus asa dalam hidup kay , sayang Amy :)

    ReplyDelete
  3. sokong bab tunjuk buruk duluu tuu,(Y)

    ReplyDelete
  4. agak muda usia amy untuk merasa ditekan atau risau ttg perkara ni.take it easy tiger

    ReplyDelete
  5. kenapa nak bina dinding2 segala bagai tu..?!! tak payah.. *ehh..tetiba jadi mak tiri garang..! hahahahahaa...*

    buka hati sayang..
    buka hati..

    u never know siapa yang sedang 'mencari' amy sekarang ni.. kalau amy tak buka hati amy tak akan nampak dia.. kalau amy rasa penat cari, fine..! tak payah cari.. tapi jangan tutup hati, jangan berhenti berdoa, jangan rasa rendah diri, jangan putus asa dengan cinta.. ok.. *senyum skit*

    and yesssssss..! amy muda lagi nak rasa stress sebab tak jumpa cinta.. muda lagi.. jauh lagi perjalanan.. InsyaAllah.. :)

    ReplyDelete
  6. dun worry darling.. love will come at the right moment n place..
    true love does exist yang oooi.. think again and let me know =)

    ReplyDelete
  7. Saya pula memang jenis tak kisah dan tak mencari. Nak stay single kalau boleh. huhuhuhu

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.