Lunch di Bakso Monster Seksyen 7, Shah Alam

Bakso Monster Seksyen 7, Shah Alam

Makan Best Shah Alam


assalamualaikum and hello lads!


ha, tengah buat apa tu? yang kaum lelaki tadi solat Jumaat tak? jangan tinggalkan okay. yang kaum perempuan pula mesti shopping kan. hahaha. itu apa yang biasa aku dengar kalau orang dah bekerja ni. ye atau tak, tunggu aku alaminya sendiri.


okay, alkisahnya haritu aku dengan sahabat-sahabat Progress Smart haritu pergi 4 kereta ke MAEPS Serdang untuk mencari kerja yang sesuai bagi kami. agak ramai juga yang datang. aku hanya mampu drop satu resume je then aku tunggu dekat luar. sebab crowded sangat. aku tak suka. 

then, selepas beberapa jam menunggu, barulah kami decide untuk pilih tempat makan. part ni selalu susah nak tentukan sebab takut ada yang tak kena dengan selera kawan lain. last sekali, kami pilih Bakso Monster. aku tak pernah dengar sebenarnya pasal Bakso Monster. bila Huza duk sebut tempat tu, barulah aku research sendiri. nama je orang Shah Alam, tapi rupanya banyak lagi tempat aku tak explore.




sampai je di sana, kami terus order la. bagi aku, suasana dia okay. sangat santai. and order menu dia bukan main besar lagi. dia ada tiga jenis makanan bakso disediakan. satu mihun (glass noodle), satu kuey teow (hor fun) dan satu lagi mee kuning. tapi dia ada nama sendirilah.

nampak santai je kan

Abu excited nak makan
and sup pula ada tiga jenis. ada tom yam. ada sup tulang. dan satu lagi sup jernih (sup biasa makan dengan nasi goreng tu). aku pilih Hor Fun Noodle Sup Tulang.

Harga Bakso Monster


harga dia semua sama. satu meal berharga RM9.90. bakso dia memang besar. haha. mula-mula aku ingatkan apa bendalah yang besar bentuk bunga tu ha. rupanya meatball. kalau rasa tak cukup pedas, ada je sambal dia sediakan. sambal hijau. sambal merah. Abu pergi letak sambal hijau dalam kuey teow aku, habis perut aku bergelora mencari the loo. 
Bihun Tom Yam. RM9.90

Hor Fun Noodle. RM9.90

tu baru makanan, belum tunjuk air lagi. cawan dia pun besar. sampai tak habis kami dibuatnya. boleh pilih sama ada nak teh ais ke, or teh o ais or milo ais. ada 3 jenis juga yang kami pilih ikut citarasa masing-masing. tapi air dia bukan macam air biasa kita rasa. dia ada tambah resepi sendiri which makes it tastes better than any other tea yang kita minum.
hahahaha air kosong pun gedik nak ambil gambar

Teh O Ais. Besar! serious. harga RM3.50
servis dia pun aku agak puas hati. dia akan pastikan setiap orang dah terima makanan masing-masing. and mereka mesra pelanggan. melayan sahaja karenah kami yang nak bergambar lah. nak itu, nak ini. hahahaha.
Harga setiap makanan. Gelap pula. Maaf

bab parking pun senang. aku tak tahulah sebab kami datang waktu pukul 3 petang, so parking banyak. tapi tak adalah sampai susah-susah mencari. jumpa je kedai, terus park depan-depan. and tempat dia sesuai untuk makan bersama family and kawan-kawan. kalau nak bergambar pun ada satu tempat khas disediakan untuk bergambar. 
untuk makluman lanjut, boleh layari:
Instagram: Bakso Monster
OP HOURS : 
Tuesday - Sunday 12noon - 10pm 
Friday 3pm - 12midnight 
Alamat:
1A Jalan Kristal K7/K, Sec.7, Shah Alam


 
 
post signature

Share:

7 comments

  1. bestnya mkn ramai2..wah Amy ada satu perangai sama macam akak..x suka tempat sesak2

    ReplyDelete
  2. info baru ni... okay blh cuba nanti =)

    ReplyDelete
  3. seronok makan ramao-ramai macam ni.
    nak Tanya kedai ni origin indon ke malay

    ReplyDelete
  4. dapnyaa hor fun pon dia buat jadi mee bakso ek..selalu makan goreng2 je macam kat oldtown ..huhu

    ReplyDelete
  5. macam tau je tempat ni tapi x penah pegi pun..hihi

    ReplyDelete
  6. kalau ke sana nanti ke cuba juga ni...nampak menarik dan sedap

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.