Blogger EFG sudah Seperti Keluarga Sendiri

11:40 p.m
rumah
letih

assalamualaikum and hello lads!

amysyeera
aku nak tanya sahabat bloggers aku, korang pernah tak rasa setiap kali nak buat entry je, macam sama je introduction. aku selalu rasa macam tu. korang sihat ke? sorry dah lama tak update. vagera vagera. sampai jadi blur nak buat intro macam mana dah. cuba kasi sikit idea. hahaha. penat juga jadi cliche ni.


okay, sambung kepada tajuk di atas. majlis ini berlangsung pada 19 Mac 2016. iaitu jatuh pada hari Sabtu. hari yang sangat penat tapi bagi aku memang worth it. memang memori yang takkan aku lupa sampai bila-bila. yes, aku bukan orang yang mudah nak kenang benda dah lepas. tapi itu macam satu experience yang susah nak dapat, so in shaa ALLAH, selagi masih hidup di atas muka bumi ini, hari itu akan tetap fresh dalam ingatan aku.

actually aku rasa agak berdebar untuk berjumpa dengan semua orang sebab hakikatnya kami semua tak pernah lagi bersua muka antara satu sama lain. yes, some of us ada dah jumpa sebelum ni. macam aku dah pernah bertemu dengan kak Irrayyan, Sayidah Napisah (KC), kak Inani Hazwani, kak Parizan (Suria Amanda), dan Papaglamz. yang lain baru first time tau! bayangkan first time dia macam nak pergi jumpa dengan bakal mak bapa mertua.

amysyeera

amysyeera

amysyeera
setup jangan tak setup. banner dari Dexsign



aku dan kak Ummul

Majlis Bacaan Yassin dengan Alquran dari The Violet Sofia

Nizar Faez Studio
Abang Ewan (Wayne Harraz) sebagai Emcee

Nizar Faez Studio

anti social, hahahahahahahha

Nizar Faez STudio



imagine betapa sayangnya dengan EFG, sampaikan kak Eny Abdullah pun sanggup datang dari Kedah semata-mata untuk berjumpa dengan kami dalam majlis 1st EFG Gathering. PapaG pun dari Pahang. dua-dua jauh. terharu tak terharu. memang kalau korang tengok group kami, happening dia bukan main tau! situlah tempat aku consult in anything, tempat meluahkan rasa. tempat berkongsi pengalaman dan cara untuk mantapkan lagi blog kita supaya mendapat tempat dan nama di dalam google web search.

tapi ada juga sebenarnya yang aku ambil masa untuk recognize. macam kak Ummul Azkee dan juga Hidayah (kanvaskehidupan). aku ingatkan siapalah yang datang. maybe family salah seorang bloggers EFG, rupanya. hahaha. maaf. kalau ikutkan hati yang tak malu, dah lama dah terlompat lompat peluk akak-akak tu, tapi sabarkan sahaja. nampak sangat tak senonoh nya kan.


Kotak Lensa

Kotak Lensa

Kotak Lensa


Kotak Lensa



so far, sepanjang majlis tu berjalan. aku kenal seorang demi seorang bloggers EFG. ada yang jauh dari expectation aku. ada yang sama dengan apa yang aku bayangkan. ada yang lagi lawa dan handsome bila jumpa depan mata. fuh, semuanya memang meletops lah datang masa tu. dengan majlis yang bertemakan Turquiose, masing-masing cuba peragakan diri sendiri dengan lebih menawan dan bergaya. nasib baik tak ada pertandingan Blogger paling Gojes. kalau tak, mahu susah nak pilih kan. ^^,

majlis kami berakhir pada pukul 6 petang. ada macam-macam aktiviti selain dari dapat hadiah sponsor bagi. ambil bukan sebarang ambil. kenalah pakai dan review, ye tak. aku kagum juga dengan kak Irra dan Sayidah Napisah dan bloggers lain sebab mampu dapatkan sponsor yang banyak macam ni. total dia sangat tinggi kot tapi tak perlulah cerita dekat sini. biar kami sahaja yang tahu.






part yang paling aku suka bila main crossword puzzle tak silap aku. hahaha. aktiviti ni Bonde Zaidalifah yang buat. aku akui, ini salah satu aktiviti yang membuatkan aku sedar betapa pentingnya EFG dalam hidup aku. tak sangka aku kenal seorang demi seorang punya kehidupan. siapa yang bekerja di Angkasa. siapa minat Hindustan. siapa yang weird. siapa study dekat Serdang dan macam-macam lagi.

apapun, aku harap semoga ikatan kami antara EFG akan berkekalan berpanjangan. and moga ada majlis lagi macam ni. dan semua dapat datang. maklumlah. bukan semua blogger orang Selangor. nak minta cuti pun bukannya company sendiri. so. tak apalah. tak ada rezeki. maybe next time. :)



3 comments :

  1. alhamdulillah..akhirnya terlaksana juga rancangan untuk together-gether..khaty dari jauh tumpang gembira atas kejayaan EFGiers dan sedih juga sebab tak dapat join...

    ReplyDelete
  2. tahniah...semoga EFG terus maju ke hadapan....memang seronok dpt bertemu blogger yang dikenali di alam maya in real life

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes