Group Live Project di Pulau Carey

Group Live Project Pulau Carey

Kampung Bumbun Selangor


assalamualaikum and hello lads!


ha, asyik cerita pasal berita gembira je sepanjang berada di Hotel Carlton Holiday and Suites kan. kalini aku akan bercerita mengenai kesedihan yang melanda kami pula. agak sedih bagi aku sebab antara puncanya terjadi dari aku juga. kenapa? apa yang terjadi sebenarnya?

actually, setiap company ada share dia sendiri. kita kena buat macam-macam aktiviti untuk menaikkan share kita. kalau kita buat silap, habislah jatuh menjunam.
takdir menentukan, kami kena buat satu event di mana melibatkan dari segi rohani dan sukan. tapi last-last orang lain yang buat dan orang lain yang present. patutnya aku yang kena buat dan aku juga kena present. at the end, orang lain yang present. so, dipendekkan cerita, aku kena teruk dan  share kami jatuh mendadak. aku minta maaf. serious aku rasa bersalah dengan apa yang dah berlaku. maybe aku tak sesuai nak jadi seorang ketua dalam apa jua jenis organization. aku rela mengikut sahaja. hahahaha. cepat sangat give up.

hati kami semua dah berdebar lain macam. nak buat assignment seterusnya pun tak mampu. tangan duk melakar benda lain, tapi hati duk terbayang benda lain. sedihnya hati. kawan aku dah berapa ramai dah menangis. kami siap fikir nak jual market share lagi. betapa tak sanggupnya berpisah antara satu sama lain. ha, nampak tak bonding kami tu even baru beberapa lama kenal. maybe sebab selalu present sama-sama. dalam bilik sama. makan sama. so, hubungan tu tak semena-mena dah hampir macam adik beradik.

bila sampai ke hari yang tidak ditunggu oleh semua orang, rupanya company kami masih lagi selamat. Alhamdulillah. tak terbayang betapa syukurnya kami sebab masih dapat bersama. tapi dalam gembira pun, kami turut bersedih dengan company yang terpaksa shut down tu. sebab kami juga hampir berada di situasi itu. and apa jadi dengan diorang? mereka akhirnya dipisahkan mengikut company yang masih lagi berdiri megah.

tapi semenjak dari tu, kami semua mula berubah ke arah kebaikan. lols. masing-masing sibuk mencari idea untuk memantapkan lagi company kami ni. pergi beli barang lah. lepas tu hias dewan Setia sampai jadi macam office sendiri. tapi aku tengok dah macam rumah pun ada. hahaha. dengan frame dekat kiri kanan. ada pasu bunga atas meja trainer. ada frame lain lagi dekat meja belakang. botol air disusun lawa macam orang nak datang beraya tu. memang rasa lebih santai and it totally feels like home.


Khusyuk buat kerja. jangan kacau






Group Live Project


cerita sedih is finally over. kami sibuk fokus dengan aktiviti lain pula. apa dia. nama general dia adalah Group Live Project. GLP ini kami adakan di Pulau Carey. masa aku first time dengar diorang announce pasal tempat tu, aku pernah dengar. tapi tak expect pula akan pergi. sebab macam-macam juga cerita buruk aku dengar. hahahaha. nak pergi? adudu. seriau aku. tapi apa orang kata, selagi kita sendiri tak hadapi benda tu, kita tak boleh judge. so, better lah pergi dahulu.




aku suka ambil gambar bangunan. aku tak tahu kenapa

exact date pun aku tak ingat bila. tapi GLP kami ni mengambil masa selama 2 hari. aku berada di dalam group pondok. group aku terdiri daripada aku, Liza, Deena dan juga Luqman selaku ketua. apa kami perlu buat? kami kena bersihkan dan cantikkan pondok yang ada di kawasan orang Asli Kampung Bumbun tersebut. memandangkan tak ada gambar sebelum kami ke sana, aku tak boleh nak bayangkan besar mana pondok tu.

kami bergerak seawal 7 pagi tak silap aku. lepas dah sarapan, terus turun bawah tunggu bas. sambil menunggu, memang kami sempat je ambil gambar. hahahahaha. selfie tak boleh tinggal maa. sampai sana dalam pukul 9 kot. ha, di sinilah segala-galanya bermula.






memang dhaif sangat rupa pondok/gazebo tu. sejujurnya aku nak duduk pun macam fikir 10-20 kali. tapi untuk kami 4 orang nak selesaikan dalam 2 hari macam takut tak sempat je. in shaa ALLAH cuba buat yang terbaik. last-last bukan kami sahaja yang mengecat. yang lain pun menyusul. Rahimi, Zaki, Farhan, Adib, Finas, Zati, Kak Puti, Faris, Abu, Zam, Hanif, Amri. so, penat tu berkurangan lah sikit. ada certain time kami buat. ada certain time orang lain sambung pula. masa ni juga baru kenal perangai orang macam mana. masa ni baru aku tahu kak Puti tu gila-gila juga orangnya hahahaha.






ha lawa tak kami buat? hahahaha
 
tapi bukan pondok je kena bersihkan, library pun kena buat juga. tapi tu group lainlah. kami ada lah menolong sikit-sikit. aku sponsor crayon untuk Sally lukis dekat dinding library tu. hahahahahaha. jadilah kan dari tak ada apa-apa. last-last ramai tertidur dalam library tu.









oh! aku ingat dah apa yang paling best aku buat dekat sana. hahahaha. masa aku tengah mengecat pondok tu, aku ternampak budak-budak kecil main buaian laju-laju dekat satu pokok besar ni. aku excited gila nak try. tapi tak ada kawan lain nak join. so, aku perhati dari jauh je. sampailah ke hari esoknya, disebabkan terlalu bosan, aku ajak Elly main buaian. nasib baik Elly nak. hahahaha.




cikgu disiplin


kami pun apalagi, ajaklah budak-budak tu join bawa kami main buaian. masha ALLAH, bila dah naik tu, ada ke dia pergi tarik jauh-jauh, memang terbang ler aku. menjerit tak payah cakaplah. dah macam naik roller coaster pun ada. hahahaha. aku ni dah la gayat orangnya. tapi seronok gila! serious. aku ada simpan lagi rasanya video main buaian tu. tapi seganlah nak share. sebab macam tarzan pun ada. jerit tak ingat dunia.

apa yang paling buat aku takut, bila ada banyak sangat anjing dekat situ! ya ALLAH, boleh masa tengah makan tu, ada anjing-anjing yang datang. sebab dia bau makanan. nasib baik budak-budak tu ada. habis je semua benda, apalagi, bergambar lah!















balik dari Pulau Carey tu memang kepenatan habis lah. nasib baik esok cuti. memang dalam kepala dah fikir nak tidur satu hari. tapi last-last tak jadi sebab diorang ajak tengok wayang. cerita Boboiboy. hahahahahahahaha. aku seumur hidup tak pernah tengok cerita kartun dekat wayang tapi sebab diorang punya pasal, aku redah sahaja. kami pergi beramai-ramai.



fuh, penat juga bercerita. memang takkan habis kalau nak sembang pasal budak-budak Progress ni. sampaikan rasa nak kongsi gambar dengan korang semua. tapi banyak pula loadingnya nanti. so, tunggu next entry aku ye. which is our graduation day!
 
adios~
 
post signature

Share:

1 comments

  1. menariknya aktiviti-aktiviti tersebut 👏👏👏👏

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.