Membaca Al-Quran dengan Lebih Mudah | Violet Sofia Collection

Membaca Lebih Mudah dengan Al-Quran Al Mumayyaz

Violet Sofia Collection

assalamualaikum and hello lads!
apa khabar semua? esok dah masuk hari Jumaat. cepatnya masa berlalu. sedar tak sedar dah dekat seminggu aku kerja di Petaling Jaya ni. nanti aku cerita macam mana keadaannya. bila baru nak belajar adapt everything dekat tempat dan suasana baru, biasalah. ada sahaja yang serba tak kena semua. tapi dalam kekalutan, ALLAH tetap ada untuk membantu. Alhamdulillah.
Ha, memandangkan esok dah hari Jumaat, jangan pula lupa baca surah Al-Kahf. ha, tak reti baca? tak apa. sekarang ni bukan teknologi sahaja dah berubah. sedangkan dari agama pun banyak yang sudi menolong kita untuk mengukuhkan lagi hubungan antara diri sendiri dengan Allah.  contohnya macam The Violet Sofia ni. ha, apa kaitan The Violet Sofia dengan Al-Quran ni. jom kita tengok apa yang mereka jual untuk kemudahan kita sendiri. 

Al-Quran Mumayyaz ini membantu kita untuk membaca dengan lebih lancar. aku ingat lagi masa aku menang pertandingan membaca Al-Quran anjuran Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang masa darjah 6, aku dapat sebuah Al-Quran yang setiap ayatnya ada warna yang berbeza mengikut sebutan dan hukum. memang menarik. sebab kita lebih nampak dengan jelas di mana perlu dipanjangkan harakat dan mana perlu berhenti dan sebagainya. 

sama jugalah dengan Al-Quran Mumayyaz ini. tahu tak? Al-Quran Mumayyaz ini adalah Al-Quran bertafsir yang dilengkapi dengan translation rumi perkata. maksudnya setiap ayat di dalam bahasa Arab itu ada perkataan rumi di atasnya bagi memudahkan lagi sebutan kita. Ayat-ayat Al-Quran juga dikelaskan mengikut 5 warna berbeza pada tiap-tiap tanda tajwid bagi melancarkan proses pembacaan. see, sambil belajar membaca, sambil kenalpasti juga hukum tajwid yang ada di dalam ayat Al-Quran. 


adab kena jaga bila nak baca Al-Quran


bagi aku, salah satu benda yang menarik perhatian aku adalah, dalam Al-Quran Al Mumayyaz ini juga turut menyelitkan etika membaca Al-Quran. iye, aku perasan cara orang membaca ada yang berbeza dari kita. ada yang suka baca kuat-kuat. ada yang baca dengan Al-Quran diletakkan di bawah. aduhai. kita ni nak baca ayat suci. kena ada etika juga masa nak membaca. 

bukan itu sahaja, indeks doa pun ada tau! Baik doa para Nabi S.A.W, doa para Malaikat, doa memohon petunjuk, doa memohon perlindungan, dan doa memohon kemudahan. Setiap doa ini disusun mengikut urutan Juz dari Juz 1 sehingga Juz 30.

Al-Quran Al Mumayyaz ini datang dari dua saiz. saiz A4 dan juga A5. so, tak ada masalah kalau satu nak letak kat rumah dan satu lagi bawa ke office atau di dalam kereta. who knows. 

Saiz A5 (kecil)
RM60
*normal price: RM85
excluding postage: RM7 (WM) / RM11 (EM)
*Promosi tertakluk kepada stok*

Saiz A4 (besar)
RM80
*normal price: RM100
excluding postage: RM10 (WM) / RM16 (EM)
*promosi tertakluk kepada stok*
untuk makluman lanjut boleh layari laman web berikut:
 
 
post signature

Share:

1 comments

  1. ha'ah.. paling suka tu sebab ada Indeks Doa dalam surah tu.. :)

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.