Blog 1 Juta Views

assalamualaikum and hello lads! alhamdulillah, sedar tak sedar, dah 1 juta views blog aku ni. siapa sangka kan. punya lama aku tunggu nak dapat 1 juta views tu tau. okay, orang lain lagi hebat dari aku sebab dah berjuta juta views. hahaha. tapi syukur sebab matlamat untuk tahun 2016 ni tercapai bila akhirnya berjaya mencecah ke angka 1 juta. 

Blog Cecah 1 Juta Views




actually dah lama sangat aku buka blog ni. dari tahun 2006. tapi secara official pula baru sahaja 2 tahun aku bermula. macam biasa. kita masing-masing ada reason sendiri bila buat blog kan. aku tak sure kenapa aku tergerak hati nak start menulis. tapi aku ingat masa tu, aku baru sahaja kehilangan arwah ayah aku. so maybe this is a way for me to express my feelings and thoughts. nak bercakap dengan keluarga sendiri macam tak sampai hati. so yeah..


lama-lama tengok orang buat duit daripada blog ni, ada juga rasa cemburu tu terdetik. seronoknya diorang dapat income banyak. tapi ego punya pasal, aku diamkan sahaja dan tak berbuat apa. 

bila masuk EFG, barulah aku sedar kepentingan aku buat blog ni. aku start cari side income. aku start tulis secara santai in a professional way. ada ke? alhamdulillah, rezeki makin bertambah lepas tu. dapat invitation sana sini. walaupun tak banyak macam blogger lain. tapi masih ada rezeki tu. ditambah lagi contest yang aku join. okay, tak ada kena mengena. haha. kiranya nak cakap yang rezeki ALLAH nak kasi ni ada je merata tempat. so bila dah nampak peluang tu, grab sahaja!

and one more thing. maybe sebab entry lama dah cukup kuat kot. macam Tanda Lelaki Tak Suka Kita, e-novel Nafasku Hanya Untuk Dia aku tu. sampai sekarang masih ada syarikat yang melamar. tapi aku belum terbuka hati nak sambung lagi cerita tu. alahai, sedihnya. baru je cakap grab peluang, aku sendiri tak ambil. susah nak buat cerita bila cerita tu dah habis. orang yang baca cerita aku tu je akan tahu kenapa aku tak buat keputusan untuk sambung.

okay, sampai sini sahaja aku menulis. aku sudah mengantuk. sorry! blogwalking in shaa ALLAH, bila dah duduk rumah Subang balik, maybe aku akan ada masa nak online tengok blog orang dan komen banyak-banyak. 

adios~
post signature

Share:

2 comments

  1. Tahniah, Amy. Moga semakin bersemangat untuk berblogging,..

    ReplyDelete
  2. Fuhhh ! Poweeer :D Salam Ramadhan Kareem Amy :)

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.