Doa Termakbul di Hadapan Kaabah

bagi sesiapa yang rajin membaca pengalaman orang yang pergi menunaikan umrah ataupun dengar dari keluarga korang sendiri, mesti diorang ada juga bercerita mengenai doa mereka yang termakbul kan. begitu jugalah yang terjadi dengan aku. 
assalamualaikum and hello lads!

Doa Termakbul di Hadapan Kaabah


apa khabar semuanya? aku harap sihat sahaja in shaa ALLAH. kalau sakit, tak apa. itu sebagai ujian untuk hapuskan dosa-dosa kecil kita. yang penting, kita kena sentiasa bersangka baik dengan ALLAH. kenapa? sebab kita tak tahu apa sebabnya sesuatu benda tu terjadi pada kita. 

contoh macam pengalaman aku sendiri semasa berada di Madinah. ini juga sebagai salah satu panduan untuk korang nanti semasa menunaikan umrah. 

Madinah


cerita ini terjadi di hotel yang kami menginap semasa tinggal selama 4 hari di Madinah. aku dapat sama bilik dengan dua nenek aku dan juga seorang makcik ni. kami semua dalam satu pakej travel yang sama iaitu Mantop Travel and Tours. jadi, memandangkan aku yang paling muda, aku kenalah jaga kunci bilik. and masa tu nenek-nenek dan makcik tu dah memang sedia ada dekat Masjid Nabawi sebab kami sampai pun dah nak masuk azan Zohor. aku buat keputusan untuk balik ke hotel dulu sebab nak makan tengah hari.

30 minit sebelum masuk waktu Asar, aku dah bergegas ke Masjid Nabawi. dari hotel aku dengan masjid agak jauh juga, around 15 minutes kalau berjalan perlahan. dekat sini perasaan bila seorang perempuan berjalan seorang diri tu lebih selamat dari masa duduk dekat Malaysia. dekat Malaysia, jalan waktu siang pun mata aku meliar pandang kiri kanan. 

nak dijadikan cerita, masa keluar dari lif tu, hati aku terdetik sesuatu. aku plan nak simpan kunci dalam sling bag yang disediakan oleh pihak Mantop Travel. tapi aku risau hilang pula masa tengah solat tu kan. so, aku decide untuk letak kunci dekat kaunter lobi sahaja. 

balik usai Solat Isyak tu, (oh, waktu Winter, Isyak masuk cepat dalam pukul 7 petang), aku pergi minta balik kunci. and dia kata apa?

TAK ADA!!!

what! aku dah gelabah dah. aku sangat confident aku kasi dia. tiba-tiba makcik aku cakap, kunci dia pun mula-mula tak ada. bila dia cek sendiri dekat rak kunci tu, baru jumpa. tapi tu pun dekat nombor rak yang lain. aku dah macam-macam rasa dah dalam hati. last-last tunggu punya lama, akhirnya dia kasi kunci pendua. nasib baik ada kunci pendua. tu pun tiba-tiba patah! hahahaha aku dah tak rasa risau dah. aku nak tergelak pun ada. bayangkan kunci utama hilang, and kunci pendua patah. so, what to do? tunggu lagi sampai technician datang. alhamdulillah, sampai pukul berapa entah, barulah dapat masuk dalam bilik sendiri. 

so moral of the story aku nak cerita dekat sini ialah:

1. Berprasangka Baik

- Sentiasa bersangka baik dengan ALLAH. no matter what happened! 

2. Naluri Hati

- Jangan sesekali terdetik dalam hati benda yang pelik-pelik. contohnya tiba-tiba rasa nak sakit lah, rasa nak jatuh la, rasa nak hilang la. ha, mana tau masa tu juga terjadi. tak ke naya. kita sendiri yang doa. bukan orang lain. 

oh, cakap pasal bersangka baik dengan ALLAH kan. sebenarnya benda ni paling buat aku banyak sentap. aku ingat lagi masa tu aku pergi kursus umrah di Masjid Subang Jaya. dalam kertas pamplet yang dia kasi, ayat first adalah sentiasa bersangka baik dengan ALLAH. 

kenapa aku sentap? sebab aku sedar dulu memang aku banyak merungut kalau something bad happened to me. maybe this is one the reasons kenapa aku dapat peluang pergi menunaikan umrah dalam usia muda (well, not really muda). so, aku lebih nampak dengan lebih jelas akan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam setiap penjuru hidup aku. 

contohnya macam ni lah. ini pula kisah yang terjadi pada pakcik aku. since aku tak ada mahram (ada tapi tak follow), jadi pakcik aku belah ummi yang jadi wakil mahram aku. waktu nak dekat akhir-akhir hari kami di Madinah, pakcik aku jatuh sakit. sakit apa? demam urat. sakit juga demam urat ni sebab satu family kami kena lepas tu. dia macam ikut turutan. hahaha. okay, tak kelakar. 

sedih bila kita dah sakit, kita tak dapat join orang lain kejar pahala banyak-banyak dekat tanah suci ni. tapi nak buat macam mana. dengan keadaan cuaca yang sejuk, dengan  banyak benda yang pakcik aku settle kan, memang tak tertahan badan agaknya. 

tapi bila kita sangka baik dengan ALLAH, besar sungguh hikmah atau ganjaran yang ALLAH kasi pada kita. apa yang berlaku pada pakcik aku?

nak dijadikan cerita, masa tu pakcik aku dah sihat sikit. so dia gagahkan diri pergi ke Masjid Nabawi. masa tengah nak mencari tempat untuk solat tu, pakcik aku ternampak satu tempat yang memang kosong dari tadi tak terisi. padahal ramai tu. tapi macam tak ada seorang pun yang nampak melainkan pakcik aku sendiri. and apa paling best? bila saf tu betul-betul menghadap Raudhah. masha ALLAH seronoknya! 

kalau aku, memang dah menangis-nangis dah dekat situ. maybe just maybe tempat tu ALLAH dah sediakan khas untuk pakcik aku sebab bersabar dan bersangka baik dengan-Nya. so, korang pun buatlah benda yang sama yeah. andai kata tak dapat sama macam pakcik aku, pasti ada sahaja benda baik lain yang ALLAH kurniakan. 


Mekah

mulanya pakcik aku kena demam urat, diikuti dengan makcik aku, nenek aku, cousin aku dan akhir sekali aku yang kena. nasib baik juga lah aku dah selesaikan umrah yang pertama. lama juga lah aku sakit. dalam 2 hari. 2 hari tu terasa lama tau bila kita dah ada tujuan nak buat something tapi tak terjadi. 

tapi bukan itu yang aku nak cerita. sebenarnya kalau korang nak tau, dekat sana tak kisahlah sama ada di Mekah atau Madinah, pasti ada sahaja yang meninggal dunia setiap masa setiap saat. beruntung sungguh mereka. untung sangat. sebab bayangkan berapa ramai yang solatkan untuk jenazah mereka. kita pun bila alang-alang dah lepas tunaikan solat fardhu, buat sahajalah sekali solat sunat jenazah. 

sayangnya bila aku tak ingat flow solat dia macam mana. maksud aku nak baca apa masa solat. tapi tiba-tiba tu datang seorang makcik Melayu duduk sebelah aku. dia terus tanya, adik ingat tak apa yang kita kena baca masa solat jenazah ni nanti? 

serious aku terpaku 2 saat. aku baru je terfikir dalam hati tadi. terus aje termakbul. and tanpa melengahkan masa, makcik tu ajar aku satu persatu. masa yang diambil tak lama pun sebab solat jenazah cuma sekejap sahaja. 

satu lagi yang terjadi masa aku baru sahaja baik dari demam urat. disebabkan hari di Mekah semakit singkat, aku gagahkan diri juga ke Masjidil Haram. sayanglah masa dihabiskan di hotel dengan tidur je kan. sia-sia. bukan senang nak datang sini. 

masa tu baru sahaja selesai solat Asar. aku tiba-tiba sahaja rasa lapar. masa tu cuma ada aku, nenek dengan adik-adik sepupu aku. selalunya adik-adik cousin aku ni bawa makanan ringan kalau ke masjid. so, aku bertanyalah diorang. manalah tahu ada bawa harini. kebetulan tak ada pula. nenek aku pun tak ada stok dalam beg. aku dah macam 
alahai. nak tunggu Isyak, lambat juga. perut dah berbunyi. bestnya dapat makan sekarang ni. sikit pun jadilah. tapi nak buat macam mana. tunggu je lah.
itu apa yang aku gumamkan dalam hati. and tanpa dijangka, masa sebelum solat Maghrib tu, tiba-tiba seorang makcik Arab ni tepuk bahu aku. aku toleh dekat dia. dia terus je bagi satu paket biskut bentuk ikan dekat aku. sambil tu dia unjukkan sekali dekat cousins aku. aku terpana. seramai-ramai budak kecil dalam masjid tu, dia bagi dekat aku. nenek aku pun tersengih je. nenek kata, 

ha, tengok. ALLAH dengar doa kaklong. aku menangis dalam solat. rasa terharu sebab beribu orang manusia dalam tu, doa aku pun terpilih untuk dimakbulkan waktu tu juga.

maybe bagi orang lain nampak simple je doa aku tu. tapi bila kena sendiri,rasa overwhelming sampai tak mampu nak cakap apa. 

ha, itu sahaja kisah dari aku buat masa ni. jadi yakin sahaja dengan ALLAH. berbaik sangka. memang ada masa doa kita dimakbulkan sekelip mata. ada doa kita lambat tertunai. tapi ALLAH dah susun elok jalan cerita kita. banyakkan sahaja berdoa dan berusaha. kalau tu memang dah ditakdirkan untuk kita, kita pasti akan dapat juga. In shaa ALLAH. 

aku bersama sepupu, Sofea
adios~
post signature

24 comments :

  1. memang suka baca pengalaman orang ke Mekah dan Madinah ni...ceritalah lagi, Amy..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun sama,..suka baca sebab banyak perkara yang akan jadi pengajaran dan buat kita insaf.

      Delete
    2. hehehe in shaa ALLAH kak Sal, kak Farrah :)

      Delete
  2. Tapi masa Ieka tahun lepas ada seorang ibu + anak nak bagi Ieka manisan tapi Ieka tolak, balik tu Ieka cerita dekat family yang Ieka ada tolak manisan tersebut dan family kata tak patut kita tolak rezeki tapi nak buat mcmana semua dah terlepas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'a, takpelah nak buat macam mana kan. benda dah lepas.

      Delete
  3. terharu pulak baca ni :'0 bestnya pegi mekah.. mmng doa dimakbulkan sekelip masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. sebab tu duduk dekat sana, kena betul2 jaga mulut. jangan suka-suka sebut nak sakit la apala. jenuh

      Delete
  4. Alhamdulillah... seronok awak dapat ke mengerjakan umrah di usia muda.. sy pun nak sangat wat umrah, tapi x de teman / mahram yang boleh pegi.. terharu dan terkesan di hati baca pengalaman awak apabila time tu juga Allah kabulkan pmintaan waka walopun awak hnya terdetik dlm hati dan tidak betu2 menadah tangan berdoa.. Masya Allah, Subhanallah.. itu baru terdetik, macam mana pula jika doa yang bersungguh sungguh.. Allahu.. kerdilnya diri ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa ALLAH mudah mudahan awak juga dapat pergi ke sana suatu hari nanti. banyakkan saje berdoa. mungkin sekarang belum tiba masanya.

      Delete
  5. wahhh seronoknya amy dpt peluang ke sana & buat ibadah kat sana :)

    ReplyDelete
  6. Salam berblogging... syukurlah alhamdulillah... semoga segalanya diberkati dan dirahmatiNYA selalu... aamiin ya Rabb... :)

    ReplyDelete
  7. betul.. betul.. bersangka baik is the key word.. :)
    apa yang kita terdetik dalam hati tu doa, kadang2 kita pun lupa apa yg kita fikirkan dan detikkan dalam hati.. tiba-tiba Allah 'tunaikan'.... suprise yang sangat sweet kan..

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kadang-kadang simple things lead to big thing. so berdoa saje kan ^^,

      Delete
  8. Assalamualaikum datang blogwalking sini bersangka baik betul2

    ReplyDelete
  9. Tersentuh baca catatan Amy ni. Alhamdulillah, Allah itu sentiasa ada bersama setiap hamba-Nya. Dia Maha Mendengar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh Alhamdulillah. ye, ALLAH maha Mendengar ^^

      Delete
  10. sedih baca cerita awk......sy yg baca pon menitis air mata...sy turut dpt belajar sesuatu daripada pengalaman awk ni....moga2 sy di jmpt ke rumah ALLAH nanti....ins ya allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa ALLAH mudah-mudahan awak dapat ke sana juga. aaminn :)

      Delete
  11. tersentuh hati baca, doakan moga cik mijah dapat kesana sebelum tua.

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes