Pengalaman Menunaikan Umrah di Mekah Al-Mukarramah | part 1

seronok tengok orang dapat menunaikan umrah kan. kawan aku pun, ibunya baru selamat sampai di bumi Mekah kelmarin. alhamdulillah. aku pernah juga mengalami perkara yang sama. keluarga aku telah selamat menunaikan umrah di Mekah, sebaliknya aku menjaga adik bongsu ku di rumah sebab dia masih kecil lagi. tak apalah. mungkin belum tiba masanya waktu untuk aku ke sana. dan setelah lama menanti, aku dapat juga pergi ke sana bersama keluargaku. jadi apa rasanya bila dah berada di sana menyaksikan sendiri Kaabah depan mata?
assalamualaikum and hello lads! 

Pengalaman Menunaikan Umrah di Mekah Al-Mukarramah


harini aku akan bercerita mengenai pengalaman aku menunaikan umrah di bumi suci Mekah. dah lama juga berlalu. kami mengikut pakej travel plus umrah bersama Mantop travel & Tours. memang bagus. dan murah sahaja. in shaa ALLAH mana yang masih kuingat, aku akan ceritakan di sini. in shaa ALLAH. ada dua jenis pakej yang berbeza. ada group yang pergi ke Madinah dulu baru Mekah. dan ada juga ke Mekah dulu baru ke Madinah. kami group yang pertama tadi. sayu sangat rasa hati. berat nak tinggalkan bumi Madinah. tapi hati pun dah laju pergi ke Mekah. kami menaiki kapal terbang Flynas dalam lebih kurang pukul 8 malam. kalini sekejap je perjalanan, lebih kurang 2 jam. jadi habis berterabur tempat duduk. aduhai. aku punyalah jauh ke depan. nenek aku pula jauh ke belakang. tapi bayangkan lah masa pukul 8 malam tu, dekat Malaysia dah masuk pukul 1 pagi. so, memang tak sedar apa dah lepas tu. diorang bagi makanan pun aku tengok sekilas je. nasi kot! tapi tidur lagi sedap. so makan sambil tutup mata. first time! hahahahahaha. 

Suasana di Airport Jeddah


then, around 10pm (3 pagi Malaysia), kami tiba di Jeddah. masa ni sangat-sangat lama. bayangkan kita semua kena beratur panjang untuk dapatkan pengesahan dari airport diorang. aduhai. nak ambil gambar semua. memang stress. adalah dalam 1 jam terpacak menunggu giliran. yelah, mestilah ketat rules dia. bukan senang-senang nak masuk. daripada keluarga aku duduk mencari bagasi-bagasi kami (memandangkan diorang dah lepas dulu) sampailah dah habis susun kesemuanya di atas troli. 

lepas tu menunggu lagi. hahahahaha. biasalah. apa orang kata. nak pergi umrah ni memang menguji mental dan fizikal. masa awal-awal ni kalau dah tak larat, bayangkan masa tunaikan umrah sebentar lagi. so, banyakkan bersabar ye. it's not the easiest thing to do but you have to train yourself to be as patient as you can no matter what. aku paling banyak rasa sebab aku bukan jenis penyabar. so, aku memahami orang macam ni. akirnya lepas dah naik bas, kami tiba juga di perkarangan hotel. alhamdulillah. 

bayangkanlah dalam bas tu, masa terpandangkan menara jam yang tinggi tu, hati aku dah berdebar-debar. sebab aku tahu bila dah nampak menara jam tu, maknanya dah dekat sangatlah Kaabah dengan kami. Allahu. tak terbayang rasanya bila nak menghadap nanti. nenek aku dah menangis dah. sebab sekali lagi diberi peluang menunaikan umrah di bumi suci Mekah. 

kami punggah semua beg dahulu di hotel. bila dah check in semua, dah ambil air wudhuk, barulah berkumpul di bawah. make sure!!! MAKE SURE segala pantang larang kita tak langgar, sebab kita dah niat umrah kan. selagi belum bertahallul, jagalah diri seadanya. 

kami mula bergerak ke Kaabah pada pukul 12 tengah malam. aku ingat lagi suasana masa tu. pukul 12 tengah malam di sini sudah tentunya tak sama dengan Malaysia. bila orang kata New York adalah bandar yang tak pernah tidur, diorang tak tengok lagi keadaan di sini. semuanya berpusu-pusu nak menghadap Ilahi di sini. Allahu. rasa semangat tu mendadak naik tau bila kita tengok orang lain juga excited nak tunaikan umrah sama. 

Pertama Kali Melihat Kaabah depan Mata


first time tengok Kaabah, sungguh aku menangis. aku tak tipu. rasa macam tak percaya dapat tengok Kaabah depan mata. rasa terharu. sebab ALLAH bagi peluang dekat aku and family aku jejakkan kaki di sini. rasa bersyukur tu tak payah cakaplah berapa kali dah dalam hati ni. then, bermulalah perjalanan umrah kami. i really don't believe in love at first sight. tapi ini sahaja aku buat exception. 

Tawaf Selamat Datang


tawaf Qudum. atau dikenali sebagai tawaf selamat datang. ini kita kena buat tau. jangan lupa. masa kami tawaf tu, tak ramai lagi yang tawaf sama. kan kena buka selipar. so, ikutlah nak gantung ke nak pegang ke. kami letak je dekat satu sudut ni. bila dah letak, jangan fikir apa-apa. bahaya bila dalam hati kita terniat something. mesti jadi punya. percayalah. 

Saie


masa tawaf ni wajib ada air wudhuk tau. lepas dah Saie tak apa. masa tawaf jangan sesekali terlanggar sesiapa yang bukan muhrim (ini biasa terjadi), jangan terkentut ke atau seangkatan dengannya. sebab tu bila nak elak dari jadi macam ni, better bawa spray bottle. tapi kena ulang balik satu pusingan yang kita dah batal tadi. untuk lebih lanjut, sila rujuk ustaz/ustazah yang berkemahiran ye. 

masa Saie barulah boleh santai sedikit. masa ni pun ramai. and tempat ni agak licin. so better pakai stokin yang boleh grip. takut terjatuh. aku pun hampir terjatuh haritu. and kalau haus boleh berhenti sekejap tak ada masalah. ada sahaja air zamzam disediakan di tepi sepanjang perjalanan dari Safa ke Marwah tu. 

bila dah selesai semuanya barulah bertahallul. alhamdulillah terlepas dah dari segala pantang larang. masa tu jam dah masuk pukul 3 pagi. lama juga kan rupanya. tapi bagi aku, tak terasa langsung pun lama. sebab excited kot tengok ramai orang buat bersama. tapi biasalah, dunia ni ada banyak mazhab. so, kita tengok sahajalah dan jangan judge okay. dan jangan ikut pula. kalau nak ikut, kena buat semua tau. jangan sikit nak ikut mazhab tu, selebihnya mazhab lain pula. no. big no. 

tapi sebab dah masuk pukul 3 pagi kan (8 pagi Malaysia. selamat pagi). kami pun tak terus ke hotel. kami hanya berehat sementara di sekitar Masjidil Haram. bayangkan mata dah mengantuk macam apa dah. tapi sejuknya dekat situ. ni kalau sekali dah lelapkan mata, memang tak sedar terus dah sampai ke pukul 10 pagi. adik-adik sepupu aku awal-awal dah tertidur keletihan. masa Saie pun dah lembik sampai menangis-nangis. haha. kesian aku tengok. 

sini aku nak bagi peringatan dekat kaum Hawa. makcik yang sama group travel dengan aku cakap. 

Tandas Jauh di Masjidil Haram


Kalau nak pergi tandas waktu Subuh, make sure berteman. jangan sesekali keseorangan. kadang-kadang diorang suka usik kita. adakalanya lelaki yang pakai purdah tau yang jaga toilet. so hati-hati. waktu selain Subuh tak apa nak sorang pun. Madinah tak apa juga. and tandas di Mekah sangat jauh. adalah dalam 7-10 minit. :) kalau jalan laju macam aku yelah cepat sampai. 

and satu lagi. make sure ingat tempat yang korang masuk ye. nanti salah, memang sesat lah korang. confirm. Masjidil Haram sangat besar. sekali silap masuk keluar gate, memang berdoalah banyak-banyak korang jumpa sesiapa yang korang kenal. aku awal-awal pun terkejut tengok bukan main laju Ustaz ni bawa kitorang ke Kaabah. aku dah risau dah takut sesat nanti. nasib baiklah jumpa jalan keluar. alhamdulillah. 

in shaa ALLAH lepas ni aku sambung lagi. aku akan ceritakan keajaiban satu doa tu bila dipohon di hadapan Kaabah :) aku minta maaf tak banyak gambar aku ambil di sini sebab ini peluang yang tak boleh aku lepaskan. jadi aku hanya ambil bila aku rasa perlu sahaja. 

Pengalaman Menunaikan Umrah | Di Hadapan Hotel

 
 
 
post signature

Share:

7 comments

  1. Allahuakbar . seronok nya tengok kak amy dapat ke sana :') kak amy doakan yaya, mak ayah yaya and whole family yaya dapat ke sana pula :') Masya Allah seronok nya :')

    ReplyDelete
  2. Seronok baca. Alhamdulillah, berpeluang Amy dan keluarga jadi tetamu Allah

    ReplyDelete
  3. yeay. tak sabar nak tunggu cerite seterusnya.. cepat update ya

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah. Seronok dapat ke tempat yang diidamkan oleh semua muslim

    ReplyDelete
  5. Subhanallah... teringat pertama kali mengerjakan Umrah pada 2014 yang lepas..

    anyway done follow #757

    Jemput singgah ke teratak saya ye...

    AZLAN RUMADI
    www.azlanrumadi.blogspot.my

    ReplyDelete
  6. terima kasih ats perkongsian tntg pengalaman dn sbgainya tntg umrah...sangat membantu makcik yg baru mendapat panggilan dr Allah utk ke sana..,alhamdulillah..,

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.