Tips Anak Pandai Cakap English

zaman sekarang ni semua budak dah pandai cakap English. ada yang siap ber accent lagi kan. jealous betul aku. aku ingat lagi satu ketika dulu, masa darjah enam barulah aku ada kesedaran untuk mendalami ilmu Bahasa Inggeris. sebab apa? sebab aku tak rasa pentingnya bahasa Inggeris ni. and later I regret it and sekarang alhamdulillah, aku tak sehebat orang lain tapi aku dah boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris very well. but this story is not about me. this is about my little brother. 
 
assalamualaikum and hello lads!
 
 

Tips Anak Pandai Cakap English

 
well, if you must know, adik aku sekarang sudah berusia 11 tahun. tapi sejak kecil, dia dah pandai cakap bahasa Inggeris. bukannya terabur macam yang kita biasa dengar. tapi memang dia fluent dan dia confident bila jawab. aku nak bercerita ni bukan nak membanggakan adik sendiri. tapi mungkin cara ini dapat membantu anak-anak atau adik-adik korang juga kan. who knows. 
 
ada orang kata, masa baby masih dalam perut, kita kena rangsang otak baby dengan macam-macam bunyi. sebab tu baby rapat dengan mak dia. sebab 24 jam dia dah biasa dengar suara merdu ibu sendiri kan. aku ingat lagi masa ummi aku bagi adik aku dengar muzik-muzik instrumental. aku bukan professional dalam hal parenting ni. tapi ini sekadar observation aku sahaja. kalau ada salah di mana-mana, sila bagi pencerahan. so apa kaitan muzik dengan bahasa Inggeris? sebenarnya dari apa yang aku research, muzik membantu pembelajaran kita dengan lebih cepat dan berkesan. maksudnya, bila kita belajar sambil dengar muzik, kita lebih cepat ingat satu benda compare to baca tanpa bunyi apa-apa. tapi ada kelemahan dia juga. itu aku simpan dahulu okay.
 

Muzik Merangsang Perkembangan Minda Anak


manusia dengan muzik memang tak boleh dipisahkan. tak kisahlah apa jenis genre yang kita minat. dari muzik ini, dia mula mendengar lagu English. dengar lagu oversea ni tak salah pun sebenarnya. sebab aku belajar grammar pun dari lagu juga kalau korang nak tahu. tapi kenalah cari lagu yang betul-betul ikut grammar. jangan ambil lagu rap. sebab lagu rap ni most of them memang tunggang langgang dah bahasa. aku pun pening jadinya. i like you jadi i is like you. what?? so what kind of music kita boleh bagi diorang dengar? ambil contoh Maher Zain. kan ada faedah nya juga. 2 in 1. sambil belajar English, dia belajar pasal agama kita. 

Ulang Cerita Sehingga Bosan


aku perasan ini jadi habit adik aku. dia suka buka cartoon network ke apa entah namanya. and dia akan ulang scene tu sampailah dia bosan. aku pun kadang-kadang rasa nak marah je. tapi bila perasan apa perubahan tu buat pada dia, kami satu family biar sahaja.  apa orang cakap lagi, perfect practice makes perfect. ini juga salah satu latihan untuk mereka.

korang pernah tengok kan budak-budak buat apa bila dia tengok Upin Ipin? ha betul betul betul. bila diorang suka something, diorang akan ikut. same goes with this one. sambil dia ulang cerita tu, dia akan copy balik apa kartun tu cakap. that's when he knows what to ask and what to answer. 
 

and aku agak terkejut bila sekarang minat dia berubah ke dokumentari pula. tengok National Geographic la, tengok BBC Eearth without subtitles and he can understand it perfectly. okay, aku pun tak setinggi macam tu. sampaikan satu masa, aku suruh dia join je NG tu bila dah besar nanti.


Main Games Online International


budak lelaki zaman sekarang ni siapa je tak minat main games online. adik lelaki aku dua-dua addicted. kalau tak ditegur, memang satu hari satu malam dia habiskan main game sahaja. main-main pun, biarkan sahaja mereka. sebenarnya game pun membantu diorang able to speak English confidently with other people. biasalah bila online ni kan, kita kena interact dengan orang lain yang bukan Melayu. habis tu bahasa apa je kita kena pakai. of course English. 

mula-mula adik aku kerap bertanya kami ini apa itu apa. lama-lama dia boleh faham sendiri dan bertutur dengan diorang lebih yakin. salah tak salah belakang cerita. kesilapan kita sebenarnya bukan tak pandai English. kita terlalu takut yang kita akan salah. last-last terkelu seribu bahasa. 

aku teringat satu movie yang aku pernah review dulu. I Fine Thank You Love You. cerita dari Thailand. kelakar. tapi ada nilai sendiri yang dia cuba sampaikan. pasal English juga. bukanlah aku nak kita semua banggakan bahasa English. tapi kita dah hidup di zaman moden. nak tak nak, kita kena yakin dengan diri sendiri. kadang-kadang adik aku yang mengajar aku tau. sebab dia dah mula pandai bertutur and he watches BBC Earth all the time, banyaklah facts dia tahu. 

okay, so far itu sahaja yang aku perhatikan. kalau ada salah, aku minta maaf. or kalau ada nak tambah di mana-mana, silakan. and aku baca lagi, kalau nak ajar anak bahasa asing yang lain, ajar dia sebelum dia berusia 5 tahun. sebab masa tu ingatan diorang sangat kuat diorang akan ingat sampai ke besar. bila dah besar baru nak belajar yang jadi susah tu. lidah kita dah terlalu melekat dengan bahasa sendiri. aku cuma menulis dari apa yang aku fahami dan lihat. till fingers meet keyboard again.
 

adios~
 
 
 
post signature

Share:

7 comments

  1. sya kena practice dkt diri sndiri ni. =D

    ReplyDelete
  2. boleh apply tips ni kat anak2 ni...tq yer good info ..

    ReplyDelete
  3. yess..betul tu...kasi anak tengok kartun omputeh...tau2 je english mantop giloss!.. macam adik saya masa kecik..belajar ckp omputeh dari kartun je...

    ReplyDelete
  4. Cemburu sangat dengan orang yang fluent cakap English yang siap ada accent lagi :(

    ReplyDelete
  5. A good share. Yg penting kalau nak pandai apa jua bahasa asing, kita kena extra gigih. Utk anak2 kecil pula, kena buat aktiviti interaktif yg tarik minat mereka :)

    ReplyDelete
  6. Tip yang bagus kak ekin pun lemah dalam english

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.