Apa Perlu Dibawa Semasa Menunaikan Umrah di Musim Sejuk

assalamualaikum and hello lads! kalini aku sambung sekali lagi benda yang sudah lama tertunggak. kalau diikutkan, dah dekat 6 bulan aku menunaikan umrah. punyalah semangat dulu nak berkongsi dengan semua orang apa yang perlu dibuat dan tak boleh dibuat semasa menunaikan umrah pada musim sejuk. sampai sudah aku terlupa. in shaa ALLAH kalini aku akan selitkan semuanya yang berkaitan. :)



Barang Yang Perlu Dibawa ketika Menunaikan Umrah Musim Sejuk


okay, kalau untuk persediaan haritu, aku dah buat satu entri di sini >> Persediaan Awal Tunai Umrah

kalini aku nak sentuh soal pakaian pula termasuklah kain telekung. bila kita duduk di negara orang pada bulan Disember sehingga ke bulan Februari, pastinya tak banyak pakaian yang perlu dibawa. yes. nanti membazir je tau kalau bawa. so, better berpada-pada. besides, kita yang kaum Hawa ni memanjang pakai telekung kan semasa berada di sana. so, orang pun tak tahu kalau kita pakai baju sama. and tak berpeluh pun. 

1. Telekung - 2 pasang (sepasang warna putih dan sepasang warna hitam)

.: menurut apa yang aku dengar dan baca, kita kalau tak nak kena ganggu dengan kaum muslimin dan muslimah yang kepercayaannya berbeza, better pakai warna hitam. so, dia akan ingat kita satu kumpulan dengan dia. so dia akan biarkan sahaja kita. ini untuk keselamatan sahaja. mereka tak jahat. cuma biasalah kita manusia ni. 

2. Jubah - 3/4 helai. 

.: memandangkan kita akan pergi ke Mekah dan Madinah, jadi banyak sikitlah jubah yang dibawa. 2 helai pakai di Madinah, 2 helai lagi di Mekah. 

okay, maybe rasa macam tak cukup. tapi percayalah, bila dah sampai sana, tak ada masanya nak tengok baju apa lagi belum dipakai. kita akan rembat sahaja apa yang ada depan mata. ini berdasarkan pengalaman aku sendiri. kalau rasa tak confident juga, boleh je nak bawa lebih. tak ada masalah. pendapat aku? better bawa sikit. kat sana jubah dia semua lawa. nanti nak beli lagi. ha, takut tak cukup pula beg nak letak. 

p/s: jubah di Madinah lebih pelbagai dan lawa berbanding di Mekah

oh, kalau boleh kan. carilah jubah yang tak perlu digosok. senang tak perlu bawa iron. 

3. Tudung - 2 helai. 

.: ini kesilapan aku sendiri. aku pergi bawa banyak. aku terlupa bila kita dekat sana, almost 24 hours kita akan pakai telekung. so, tang bila pula nak memakai tudungnya kan?? and better bawa tudung automatik je (tudung instant)

4. Stokin Tebal - 4/5 pasang

.: Better bawa stokin tebal dan tak licin. cari yang mudah grip. ini sangat memudahkan kita bila tengah ber Saie. sebab dekat situ lantai agak licin. lagi-lagi bila turun bukit Marwah dan Bukit Safa'. aku dah berapa kali hampir tergelincir. haha. nasib baik nenek dengan makcik aku ada. 

aku bawa banyak sebab kita akan banyak bergerak pakai stokin. kalau risau akan sentiasa kotor, bawa je banyak. tak makan banyak ruang pun dalam beg in shaa ALLAH.

5. Handsock - 2/3 pasang

.: sebenarnya aku salah faham dengan konsep tak boleh pakai handsock semasa menunaikan umrah. rupanya boleh pakai. tapi jangan sampai menutup dua-dua pergelangan tangan kita. 

6. Selipar Biasa-Biasa je - 2 pasang

.: bawa 1 je dah boleh. but in case selipar hilang. kes macam ni selalu sangat terjadi. nak tahu cara tak hilang? jangan fikir bukan-bukan. tu je. kalau nak tahu apa kisah terjadi pada selipar aku, boleh baca di sini >> Cinta Winter di Madinah

p/s: bawa guni kecil untuk kasut boleh, plastik boleh. sebab nanti tak boleh pakai kasut bila dah tunaikan umrah. kalau penat pegang, gantung sahaja di beg kecil yang pihak travel bagi pada kita. 
 
Toilettries

1. Sabun Mandi, Syampu, Berus & Ubat Gigi
2. Moisturizer. PENTING! lagi-lagi yang berkulit sensitif tak tahan sejuk. nanti jadi macam cousin aku, muka merekah-rekah. nak sentuh muka sendiri pun sampai tak berani.
3. Ubat-Ubatan. tengok macam aku ni, tiba-tiba jatuh sakit demam urat. jenuh. 


Barang Lain

1. Gunting kecil. untuk bertahallul.
2. Hanger. better beli yang foldable punya. macam aku beli ni. 


3. Sweater
4. Lip Balm. PENTING!
5. Universal Charger & Powerbank


Dobi/Laundry 


. dekat Madinah dengan Mekah agak mahal dia punya laundry. 

di Madinah dalam 1 helai sahaja dah 5 riyal = RM5. so, kalau tak keberatan nak spend duit dekat dobi, then, just do it. 

di Mekah pula, 1 helai baju sama dengan RM7. kain ihram lebih mahal. kalau aku masih ingat dalam RM15. 

tapi semua depends juga dengan kedai dobi tu. kalau baju tebal sikit, dia akan cas lain pula. macam sweater kan tebal. so different rate. 

Barang Yang Tak Perlu Dibawa/Dipakai Semasa Menunaikan Umrah


- Niqab 
- Face Mask
- Barang Kemas
 
baca semula di atas. masa tunaikan umrah sahaja. kalau nak berjalan shopping atau ziarah, pakai sahajalah. tak ada masalah.

okay, aku rasa itu sahaja buat masa ini. in shaa ALLAH mana yang aku ingat, aku akan share lagi di sini. aku harap sesiapa yang buat umrah pada musim sejuk dapat prepare fizikal dan mental korang. Madinah lebih sejuk berbanding Mekah yang boleh aku terima suhu dia. berdoa sahaja pada ALLAH jangan berlaku apa-apa. andai kata terjadi sekalipun, maybe  ada reason disebaliknya. 






post signature

16 comments :

  1. setuju jugak kalu pakai telekung hitam atau jubah hitam. supaya 'blend in' dgn org sekitar. foldable hanger tu menark! Tak pernah tgk.. hehehe

    ReplyDelete
  2. TD pun sy Ade dgr ustaz Hj daud Che ngah DLM seruan haji tv1.. Klw nk sng masuk raudhah..pkai la telekung hitam ..SBB org Arab yg mnjg raudhah tu akan beri laluan mudah BG yg btelekung hitam SBB dia igt org2 dia ... Huhuhu pilih kasih betul.

    ReplyDelete
  3. TD pun sy Ade dgr ustaz Hj daud Che ngah DLM seruan haji tv1.. Klw nk sng masuk raudhah..pkai la telekung hitam ..SBB org Arab yg mnjg raudhah tu akan beri laluan mudah BG yg btelekung hitam SBB dia igt org2 dia ... Huhuhu pilih kasih betul.

    ReplyDelete
  4. Assalammaualaikum ;)
    singgah sini jap

    ReplyDelete
  5. Assalam.. terima kasih berkongsi tip..
    Nak tanya foldable hanger beli kat mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. sama-sama.

      foldable hanger tu saya beli dekat online. lelong

      Delete
  6. assalamualaikum . terima kasih atas penulisan yang amat menarik bagi saya. cuma nak tanya , lip balm dan moisturizer tu jenama apa ? sbb takut salah beli yg xleh pakai huhuhu

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum . terima kasih atas penulisan ini . nk tanya , lip balm dan moisturizer tu jenama apa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. oh, boleh je pakai vaseline. doktor pun slalu suggest pkai vaseline.

      Delete


  8. Sekadar perkongsian buat semua. Keluarga saya baru saja selesai membeli belah segala keperluan haji di Butik Fitrah Al Hajj. Terletak di Sunway Putra Mall, kalau tak salah, tingkat 3.. Berdekatan dengan outlet Samsung. Alhamdulillah, kami tak perlu ke tempat lain kerana harga di sini murah dan berpatutan. Segala-galanya tersedia di sini. Dari sekecil2 pin, sehingga sebesar2 air zam-zam 10 liter.

    Botol spray tu tak salah saya rm5 je. And ihram Fitrah Al Hajj pun tebal and bercorak. Worth it beli kat sini. Tak lupa, jubah perempuan pun macam-macam. The best part is, ada jual baju kedah. So, family masa kat Makkah and Madinah pakai baju Kedah je dlm telekung dgn seluar.

    Kedai yang selesa and pembantu jualan yang mesra. Saya and family bangga kerana kedai ini masih boleh bersaing dengan kedai2 berjenama di satu gedung beli belah yang rata-rata di conquered oleh bangsa lain.

    Opps, lupa nak bgtau. Lepas penat shopping, anda dihidangkan dengan air zam-zam dan buah kurma. And yes, its FREE!

    If nak more info pasal Fitrah Al Hajj, boleh view kat FB diaorg kat www.facebook.com/fitrahalhajj

    ReplyDelete
  9. Salam..nk tanye..foldable hanger tu kat mana ada jual ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. tu boleh beli di website Lelong or Lazada.

      Delete
  10. Salam. Nk tnya foldable hanger tu tahan ke tampung berat jubah? X patah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. kalau jubah, masih boleh tahan. tapi kalau winter coat tu tak berapa sangat rasanya.

      Delete
  11. Salam. Umrah musim sejuk perlu baqa glove ke? Kalau sweater biasa ok tak..atau kena beli yg mcm winter coat tu? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. oh tak perlu pun. in shaa ALLAH boleh tahan lagi. lagipun kalau time tunaikan umrah, kita tak boleh pakai apa-apa yang menutup pergelangan tangan. itu dilarang.

      saya g dulu pun pakai sweater biasa je.

      Delete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes