Crystal Moist Korean Deep Ocean Water

assalamualaikum and hello lads! apa khabar semua? aku harap korang semua sihat. and alhamdulillah. dah masuk bulan Ramadhan pun kan. cepat betul masa berlalu. rasa haritu baru je hari pertama aku berpuasa. berbalik pada cerita aku, alkisahnya pelancaran media Crystal Moist Korean Deep Ocean Water ini berlangsung pada 24 Mei 2016 di Hotel Boulevard, Midvalley.

apa yang membuatkan aku excited pasal majlis ni sebab duta khas dari Korea akan datang bersama untuk melancarkan produk Crystal Moist Korean Deep Ocean Water ni. siapa? tak lain tak bukan adalah Ju Eun Young, artis KPOP dari Two X yang semakin meningkat naik sekarang ini, Atikah Suhaime dan juga Debbie Goh. aku tak sangka Ju Eun Young tu sebaya aku rupanya. jealous pula bila tengok kulitnya yang putih mulus tu. 



Taraa itulah Ju Eun Young bersama translator
produk Crystal Moist terdiri daripada dua jenis iaitu Hydra Ion+ dan juga Bright Ion+. ini aku dapat nasihat daripada pakar juga. memandangkan aku dalam kategori combination skin, oily and dry. so, aku recommend korang pakai Hydra Ion+ dulu sebelum cuba Bright Ion+ andai kata korang pun ada sama jenis kulit macam aku juga. 

Crystal Moist Hydra Ion+ 


Kulit yang sihat semestinya kulit yang sentiasa hidrat. barulah nampak sentiasa segar dan menawan. selain dari minum air yang mencukupi, produk-produk sebegini juga banyak membantu aku. Crystal Moist Hydra Ion+ diformulasikan dengan ekstrak Seaweed untuk improve kan lagi hidrasi kulit. sekarang ni aku tengok most products memang dah mula guna seaweed extract. so i guess it's very good then.


CRYSTAL MOIST HYDRA ION+ Moisturising Facial Cleanser


amysyeera.com
Brand: Crystal Moist
Product: Hydra Ion+ Moisturizing Face Cleanser
Price:RM35.90
Quantity: 120ml


memandangkan ini kali pertama aku mencuba produk Korea, jadi aku agak teruja untuk mencuba. balik sahaja, memang aku buat eksperimen dekat muka aku sendiri. 

Cara Pakai: 

Basahkan muka. Picit sedikit cleanser tadi dan gosok sehingga berbuih. then, cucilah muka mengikut urutan yang biasa kita buat. Basuh dengan air suam-suam kuku. tapi aku pakai je air sejuk. Boleh dipakai waktu siang dan malam.

Personal Experience:

okay, first day aku pakai. esoknya kulit dah naik jerawat. hahaha. tapi bagus tau sebenarnya. menurut apa yang kawan aku beritahu since dia pernah jadi beautician satu masa dulu, kalau kita pakai produk tu and dia terus naik jerawat, jangan terus tak percaya and kecam teruk, tapi sebaliknya pakai sahaja berterusan dan tengok apa jadi. kalau dah seminggu pakai still macam tu, barulah bertukar ke produk baru. 

so, aku percaya pada dia. first and 2nd day memang jerawat naik. tapi since aku dah biasa muka macam ni, so aku abaikan sahaja apa orang nak kata. later then, baru aku nampak kesan bagus dia. 

kulit aku jadi lebih glowing dan tak kering. yes, part kering memang aku sangat nampak beza. sebab sekarang ni, aku dah bertukar dari bb cream ke bedak muka biasa je. bb cream aku simpan untuk another important function sahaja. bayangkan bila dah pakai bedak, memang sangat obvious kot kulit menggelupas macam ular bersalin kulit. 

CRYSTAL MOIST HYDRA ION+ Moisturising Face Essence


amysyeera.com
Brand: Crystal Moist
Product: Moisturizing Face Essence
Price: RM69.90
Quantity: 30ml

Cara Pakai: 

Setiap pagi dan petang, selepas mencuci muka dan memakai toner, dengan lembut, sapulah muka anda dengan face essence tadi sehingga betul-betul menyerap ke dalam kulit. 




lepas dah apply Facial Cleanser, of course la kena pakai serum. aku sangat suka serum dia! sebenarnya aku dah lama sangat cari serum. sebab dari apa aku baca dan dengar, dalam banyak-banyak produk kecantikan, serum paling penting sekali. sebab dia mengandungi nutrients yang mencukupi untuk kecantikan kulit kita supaya nampak lebih muda dan menawan.

elok dipakai waktu malam sebelum tidur. aku rasa macam mistake untuk aku pakai waktu siang sebab muka aku jadi terlebih shining sebab aku kuat berpeluh. tapi bila malam, it won't be no problem at all.

CRYSTAL MOIST HYDRA ION+ Moisturising Face Cream


amysyeera.com
Brand: Crystal Moist
Product: Moisturizing Face Cream
Price: RM69.90
Quantity: 50ml

after serum, here goes face cream. aku suka packaging dia. dia dalam bentuk plastic jar yang disimpan rapi dalam kotak. corak atas lid tu sangat-sangat menarik perhatian aku. dah macam corak dekat masjid pun ada. dia ada juga lid second untuk prevent spillage. 



aku suka dua-dua face gel dengan face essence ni. aku rasa lebih segar dan confident untuk berjumpa dengan orang. sebab selalunya aku akan rasa risau sebab aku tahu orang akan pandang kulit aku yang cepat kering ni. malu tau. tapi sejak pakai, memang dah tak nampak sangat!

CRYSTAL MOIST HYDRA ION+ Moisturising Facial Mask


amysyeera.com
Brand: Crystal Moist
Product: Moisturizing Face Mask
Price: RM8.90/piece

aku sudah jatuh cinta dengan face mask dia! untuk sesiapa yang biasa pakai face mask sebelum tidur atau masa nak pergi kerja macam Debbie Goh (haha she's so sweet and funny though), aku recommend korang untuk try this one! 

kandungan nutrient yang ada di dalam face mask ni memang banyak. untuk sesiapa yang tak pernah pakai face mask, better apply masa tidur sebab masa tu kita tak bergerak ke mana jadi tak adalah face mask tu terjatuh. biarkan selama 15-20 minit untuk kesemua nutrient dalam face mask tu menyerap masuk dalam wajah kita. 

kalau berminat, boleh lah dapatkan di mana-mana farmasi Guardian berdekatan anda. :)


post signature

Share:

2 comments

  1. Macam best. Tak pernah lagi try product korea. InshaAllah one day mungkin ^^

    ReplyDelete
  2. alamak dah terbeli yang bright ion. kulit saya pun combination skin. macam mana eh?

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.