Menu Ramadhan Combo 2016 di Ten Years

Ramadhan sudah pun tiba. dan dah dekat seminggu pun kita berpuasa kan. pejam celik pejam celik, cepat betul masa berlalu. rasa macam tak percaya pula. selalunya bila bulan Ramadhan ni, part paling famous adalah resepi dan buffet Ramadhan. minggu ni pun, aku dengan colleagues dah fikir nak makan mana untuk iftar bersama-sama. jadi, apa lagi tempat yang best untuk dikunjungi dan murah? baru sahaja haritu aku pergi ke Ten Years untuk merasa sendiri makanan sempena Ramadhan 2016 ini. best ke tak? jom kita tengok!

Menu Ramadhan Combo 2016 di Ten Years

assalamualaikum and hello lads!

bagi aku, nak ke sana agak mudah. nak cari restorannya sangat senang sebab dia di deretan kedai dan dia sangat besar. aku yang dalam Uber dari Bangsar untuk ke sana pun cepat sahaja nampak dari jauh. lawa konsep kedai dia. santai untuk family ataupun hangout bersama kawan-kawan. kalau nak makan sambil menghirup udara segar pun boleh duduk di luar. jadi ada banyak pilihan mengikut mood kita sebelum peningkan kepala nak makan apa. 
sampai sahaja, lepas menunggu beberapa ketika untuk makan, kami dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan yang disediakan. tahu tak kenapa aku suka dengan Ten Years ni? Ten Years menyediakan pelbagai jenis hidangan makanan dari pelbagai negeri! so, tak perlu nak ke sana nak ke sini. datang sahaja Ten Years and kita boleh order mana-mana menu yang berkenan di hati. 

oh ya, kenapa Ten Years? kalau kita perhatikan dari logo Ten Years sendiri, terdapat 4 '10' dan dot merah di tengah-tengahnya represent connecting people dari 4 generasi berbeza melalui makanan. unik kan? haha. 


Menu Makanan di Ten Years Sri Petaling

buat masa ini terdapat 8 jenis resepi yang menjadi signature Ten Years. Antaranya seperti Nancy's Kitchen Nyonya Laksa dari Melaka, Nasi Lemak Panas Yati dari Petaling Jaya, dan Nasi Dagang Kak Pah dari Kuala Terengganu. Ten Years juga mencipta resepi makanan mereka sendiri seperti Grilled Chicken Percik Sauce, Prawn Curry Carbonara, 'Ang Mo' kat Chai dan banyak lagi. 

asyik cerita pasal menu harian sahaja, mana menu Ramadhan? ha ini dia yang korang tunggu dari tadi kan.

Menu Ramadhan Combo (RM60 nett termasuk 10% service cas dan 6% gst) 


. bermula 6 Jun - 17 Julai 2016. 6pm ke atas, setiap hari.
. cukup untuk 4 orang
. boleh order untuk makan di sana ataupun take away
. order 3 jam sebelum kehadiran

Keunikan Ramadhan Combo di Ten Years


Ramadhan Combo menyediakan pelbagai jenis menu dari serata negeri seperti Kak Tum Nasi Kuning, Kak Pah Nasi Dagang, Kak Yati Nasi Lemak dan Kelantan Nasi Kerabu. 

amysyeera

amysyeera


- Nasi Kuning
- Nasi Lemak
- Nasi Dagang
- Nasi Kerabu
- Chicken + Percik Sauce
-  Fried Chicken
- Fish Curry
- Chicken Satay
- Rice Cake
- Red Onion
- Cucumber
- Ketupat Palas
- Serunding Ikan
- Peanut
- Anchovies
- Acar
- Okra
- Thai Basil
- Long Bean
- Salted Egg
- Sambal Nasi Lemak
- Kerisik
- Kurma
banyak kan! memang berbaloi. dan ini pula apa yang kami makan. :)

1.       T&T Prawn Mee – RM14.90


amysyeera


2.   Tiger Char Kuey Teow – RM13.90


amysyeera


3. Nancy Nyonya Laksa – RM16.90


amysyeera


4.  Abu Pasembur Indian Rojak  - RM12.90


amysyeera


5. Nasi Kerabu – RM21.90


amysyeera


6. Prawn Curry Carbonara – RM22.90




7. Linguine Chicken Sambal Tomato – RM19.90


   Minuman:



lepas dah kenyang makan semua, bergambar lah sekejap kan. seronok juga bila restoran ada backdrop macam ni. so far, bagi aku, tempat dia selesa untuk bersantai. cuma kalau nak baca buku, tak boleh lah sebab agak gelap. nak bawa family ramai-ramai pun boleh. ada disediakan satu tempat khas untuk orang yang datang secara berkumpulan. parking in shaa ALLAH ada. bila deretan kedai macam ni kan, so faham-faham sendiri suasana dia. harga pun not bad. affordable untuk aku yang agak berkira ni. 


Lemongrass Sours - RM11.90 




Citrus King - RM7.90 


amysyeera


3. Ang Mo 'Kat Chai' - RM8.90 


amysyeera



Apa yang best lagi bila Ten Years mempunyai promosi Gift Card. Hanya RM80 dan boleh makan sehingga RM100! 

untuk cuba sendiri keunikan makanan yang ada di Ten Years, korang boleh layari:

Facebook Page: Ten Years Sri Petaling
Website: Ten Years
Website: Food Ink Malaysia
Opening Hours: 11am - 11pm
Phone No. :  03-9054 9688

Thanks Amir teman pergi makan sini. appreciate it.
post signature

Share:

3 comments

  1. Selamat berpuasa :)
    wahh sedap-sedap makanannya.. tapi jauh dengan kak Ros. hihi

    ReplyDelete
  2. wah best nih makan buffet iftar.. menyelerakan. macam-macam menu ada.. terbaik, ni invitation dari food ink eh amy?

    ReplyDelete
  3. Putting the food aside, cantik sangat restaurant nya :D

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.