assalamualaikum
and hello lads! well, siapalah yang tak nak muka dan badan cantik kan? untuk
orang yang dah kenal aku sejak dari sekolah rendah, aku tak pernah memiliki
kulit wajah menawan dan sihat seperti orang lain. macam-macam pencuci muka aku
cuba semata-mata untuk jadi cantik macam gadis di luar sana juga. so aku try
this one alternative. cari spa. sejak aku start menggunakan servis spa haritu,
aku dah mula rasa seronok pula buat treatment untuk diri sendiri demi kesihatan
dan kecergasan sepanjang hari. dulu memang agak berat untuk aku pergi ke
mana-mana spa ni sebab korang pun tahu kan, confirm mahal. apatah lagi masa aku
bergelar student. nak kena bayar itu semua. tapi sekarang bila dah kerja, rasa
macam jadi keutamaan pula. and now, bila dah try banyak kali, this time aku
cuba body and facial treatment di Mayfair Bodyline Pavilion pula.

Rawatan Muka dan Badan di Mayfair Bodyline
well, siapa sangka
rupanya Mayfair Bodyline ni ada facial juga. and i thought wrong. so that's why
aku decide untuk ke sana juga. jauh betul aku pergi kan. sebab aku nak mencari
barang lain juga dekat situ. so around 2.30 p.m aku naik ke tingkat atas sekali
di tengah-tengah Pavilion. rupanya dekat tingkat atas sekali ada satu hall,
namanya Beauty Hall. ada macam-macam lagi jenis spa di situ. tak susah pun nak
mencari Mayfair Bodyline ni. aku disambut dengan mesra oleh staff di sana. rasa
macam diterima dengan baik. haha. sebelum proses treatment dilakukan, aku kena
register dahulu. so dia boleh selidik terlebih dahulu aku ada allergic or
something like that. and yes, aku ada satu penyakit kulit kepala di mana sebab
itu jugalah aku tak berani buat apa-apa treatment dari spa. but then, aku
kuatkan semangat and akhirnya bermulalah sesi treatment aku.

![]() |
masha ALLAH, aku tengok kulit muka sendiri pun rasa seriau |
1. Check Kondisi Kulit
pertama
sekali aku dibawa ke dalam satu bilik ni di mana Mayfair consultant akan check
kulit aku jenis macam mana dari jarak dekat. and i find it very amusing bila
aku tengok betapa teruknya muka aku sebenarnya. sangat teruk!! and aku sudah
pun tahu dari dulu aku ada combination skin which is dry from the outside and
oily from the inside.
aku hampir tergelak
bila Mayfair beauty consultant kata muka aku ni dah congest. kalau korang nak
tahu, sekarang aku kerja dengan syarikat telco. apa aku buat? aku kena tengok
which site yang congest. nampak tak ironi nya dekat situ? haha okay aku cerita
dekat team aku je, diorang gelak.
treatment ini
mengambil masa selama 1 jam setengah. tapi macam tak sedar masa berlalu sebab
terlalu khusyuk dengan facial treatment dia. dengan bunyi santai dalam bilik.
dengan suasana dia yang kelam dan menenangkan.
2. Facial Treatment
then, bila dah tahu
keadaan kulit muka aku ni, barulah aku simpan barang dan bergegas ke satu bilik
yang disediakan untuk semua yang datang. bagus bila spa macam ni ada loker
untuk simpan barang kita.
aku
buat dua treatment sekali. untuk badan dan muka. tapi first sekali, mereka
suggest untuk buat facial dahulu. namanya Perfect Skin II dengan Revitalising
Mask. dia membantu melindungi kulit wajah dari cepat tua dan berkedut. ingat
muka muda ni tak boleh berkedut ke. jangan main-main tau! so, aku just follow
with the flow je. seronok buat facial ni rupanya. sekejap rasa sejuk, sekejap
rasa sakit. then, rasa nak tertidur pun ada.
wait,
kenapa sakit tu? ha, disebabkan muka aku dah congest, banyak sangat kotoran di
dalam yang tak keluar, jadi dia akan wap kan muka aku biar pori-pori terbuka,
then baru dia keluarkan segala 'mak nenek' kotoran sampailah bersih. memang
sakit. sampai mengalir air mata aku. like for real. but then, aku nampak
keberkesanannya. muka aku jadi betul-betul licin tanpa ada sebarang bintik
hitam or putih at all. seriously, aku suka!! apa orang kata, beauty is pain. haha.
now i understand it perfectly.


Bahan-bahan
yang dikandungi dalam produk-produk Perfect Skin ni termasuklah protein gandum
yang merupakan component utama bagi pembaharuan tisu, gandum yang kaya dengan
vitamin E, F dan kumpulan B dan juga Impereta Cyclindrica yang boleh membantu
menaikkan kelembapan muka sebanyak 20% dalam 24 jam selepas penggunaannya.
3. Body Treatment
body treatment yang
dilakukan oleh staff Mayfair Bodyline sangat unik. body treatment ni sebenarnya
more like to pecahkan lemak-lemak yang ada dalam badan. wait, bukan kau dah
memang kurus ke? ha, ingat orang kurus ni tak ada lemak?? ada tau! aku pun duk
fikir awal-awal, part mana dekat badan aku yang ada lemak ni. last-last aku
pilih perut aku since ahem, asyik buncit memanjang. so, apa pula nama treatment
aku kalini. ha, apa yang membuatkan treatment ni berbeza dengan tempat lain?
kalau nak tahu, nama treatment ni adalah CLA Chili Slimming Wrap(Full Body).
yes, buat slimming process pakai chili. hehehe. tak ada apalah. rasa panas je.
tak adalah sampai sakit apa pun. trust me. sebenarnya dia mempercepatkan lagi
proses perkumuhan di dalam lemak badan.
ha,
see for yourself. tak semestinya kita yang badan kurus ni tak ada selulit or
flabby skin and all. bila dah buat treatment macam ni, baru kita nampak betapa
sihat atau sakitnya kulit kita. betul tak? Lepastu aku buat treatment Slim
Master pula. apa yang paling aku suka dengan body treatment ni bilamana aku
dapat DENGAR sendiri lemak-lemak yang terkumpul di dalam badan aku. ha, dengar?
yes. ini lebih kurang macam ultrasound juga. cuma ibu mengandung tengok anak,
aku dengar lemak menerusi frekuensi yang terhasil di telinga aku. menarik kan!
memang menarik. mula-mula macam tak selesa. yela, dengung je kau dengar dari
tadi. tapi lama-lama dia menghilang.
selesai sahaja sesi
tadi, aku pun dibawa ke satu tempat di mana treatment seterusnya dimulakan
iaitu Terapi Vibe Kinetik. ini jangan cakaplah. mula-mula rasa seronok sebab
badan kita bergoyang-goyang mengikut mesin tersebut. mesin tersebut membantu
untuk memecahkan lemak di seluruh tubuh aku. lama-lama a bit aku rasa efek dia
sebab aku ni kurus sangat kot. and maybe juga sebab aku tak pernah buat
exercise yang boleh memecahkan lemak. proses ini mengambil masa selama 7 minit.
selepas itu, barulah
aku dibalut dengan plastic wrapper and baring di atas katil dengan Heat Blanket
for a while. ala-ala sauna la kiranya. mula-mula sejuk, lama-lama, pergh
berpeluh dia jangan cakaplah. nak gerak pun tak boleh sebab aku dah dibalut
dengan ketat to make sure banyak peluh terhasil kan.
treatment bermula
dari pukul 3.00 petang sehinggal 5.30 petang. nice. just nice untuk aku balik
ke rumah dan rehat. tapi terasa macam tak puas pula. sebab walaupun 2 jam 30
minit tu nampak sangat lama untuk orang yang tak pernah lagi ke spa, bila
korang datang ke Mayfair Bodyline, korang akan rasa apa aku rasa.
so far, aku sangat
berpuas hati dengan service Mayfair Bodyline. well, lagipun siapa yang tak
pernah dengar nama Mayfair kan di Malaysia ni. ternyata memang berbaloi dengan
bayaran yang dikenakan di situ. in shaa ALLAH ada kelapangan aku akan ke sana
lagi. untuk pengetahuan, Mayfair Bodyline sudah berkhidmat selama lebih dari 31
tahun dalam industri kecantikan dan slim kan badan ni. so, aku sangat yakin
kalau korang dah datang sini, korang akan datang kembali.
Kepada korang yang
nak try – Mayfair Bodyline sekarang menawarkan treatment percuma khas untuk
pembaca aku. Cara nak join contest senang je, reply kat dalam komen dengan
kenapa korang nak treatment free Mayfair Bodyline. 10 pemenang akan dipilih
untuk menikmati treatment free kat Mayfair Bodyline ni. Jangan lupa masukkan
email tau!
untuk makluman
lanjut, korang boleh layari laman web berikut.
Facebook page: Impian Anggun
Website: Impian Anggun
Lokasi Spa Pavilion: Lot 7.01.02 Level 7, 168, Jalan
Bukit Bintang, WP Kuala Lumpur, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia

5 comments
Hi..
ReplyDeleteEirna nak treatment free Mayfair Bodyline kerana Eirna nak buang lemak-lemak yang berhimpun di badan Eirna ni..Eirna nak nampak cantik utk husband di hari raya nanti.
Saya nak treatment free Mayfair Bodyline kerana saya ingin mengetahui setiap inci masalah yang terdapat pada tubuh saya ni. Saya nak kelihatan anggun dan menawan di hari lebaran nanti..
ReplyDeleteKalau dapat buat double chin akak Ni pun best kan...
ReplyDeleteBokeh x buat treatment utk mamaD. Just nk bg dia rasa mcm mana buat rawatan dkt spa.. nk jaga kulit muka agar x berkedut sblm waktunya..
ReplyDeletenazli.angkasa@gmail.com
Perghh bestnyee memanjakan kan diri dekat sini..
ReplyDeletehello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.