Zumba Workout Bersama The Face Shop di True Fitness Jaya 33

assalamualaikum and hello lads! sebelum aku sambung dengan lebih lanjut apa yang aku dan blogger lain buat di True Fitness Jaya 33 bersama The Face Shop, aku nak tanya satu soalan. siapa dekat sini suka Zumba dancing? ha, tak pun any kinds of dance? tak minat? bagi housemates aku yang dah biasa hadap aku 24 jam ni, diorang memang dah kenal snagat dengan minat menari aku ni. tak kisahlah what kind of dancing pun yang ada di Youtube. kalau rasa menarik, aku akan try menari dalam bilik sorang-sorang. ini cara aku release tension setelah seharian study di kolej. 


Zumba Workout bersama The Face Shop


and one day, bila dapat peluang buat zumba workout ni, aku rasa happy sangat! inilah peluang aku untuk belajar menari zumba secara professional. dan aku boleh tengok sendiri cara aku menari di hadapan cermin besar. haha. aku rasa bila ada rumah sendiri nanti, aku nak beli cermin besar dan luas khas untuk aku menari depan tu. 


Zumba Workout ini diadakan di True Fitness Jaya 33. memandangkan tempat kerja aku pun di area situ, so senang sangat untuk aku recognize Jaya 33 ni di mana. dari LRT Station Universiti turun ke LRT Taman Paramount, aku kemudian naik Uber ke Jaya 33. True Fitness ini berada di tingkat bawah. so masuk sahaja ke entrance door, memang terus boleh nampak tempatnya. 

around pukul 1030 pagi, kami diberi pencerahan sedikit tentang apa yang kami akan lakukan separuh hari di sini. pertama sekali pastilah menari! ini yang aku nantikan dari tadi. kemudian beauty treatment pula by The Face Shop. then, barulah makan tengah hari berasaskan menu sihat dan sedap. 

aku suka dengan trainer ni. biasalah bila dah join dance workout macam ni, ada steps yang laju dan ada yang slow. so, habis tunggang langgang semua orang jadinya. hahahaha. tapi dia maintain senyum je and layan kitorang. tak kisahlah korang rasa tak boleh menari ke apa, just go with the flow. menari sahaja mengikut rentak sendiri. tiba-tiba aku rasa menyesal sebab tak bawa air mineral. adoi. nasib baik kat situ ada water cooler. 


sebenarnya bukan zumba sahaja yang kami lakukan, ada hip hop dance, ada bollywood dance dan macam-macam lagi. of course la aku lebih suka bollywood dance kan. hahahhaa. berpeluh tak payah cakaplah. memang rasa worth it datang sini. and aku rasa trainer dekat tempat kerja aku pun dari tempat yang sama.

lepas diberi rehat untuk seketika, cuci muka menggunakan produk Face Shop, kami meneruskan agenda berikutnya iaitu Yoga + Facial Treatment. yoga instructor ni aku rasa datang khas dari luar negara. sebab slanga dia a bit different. dia ajar kami yoga sambil berbaring. sebab sementara kami melakukan yoga, kami juga memakai sheet mask Face Shop yang terbaru iaitu White Seed Real Whitening Face Mask.


The Face Shop | White Seed Real Whitening Face Mask

Brand: The Face Shop
Nama: White Seed Real Whitening Face Mask
Harga: RM9.90 per

kami memakainya selama 10 minit. susah juga buat yoga ni sebenarnya walaupun sudah berbaring di atas yoga mat. aku lebih prefer menari, bergerak ke sana sini daripada duduk sahaja dan gerakkan badan secara perlahan-lahan. 

White Seed Face Mask ini mengandungi White Lupine Seed and White Daisy. ia membantu memutihkan kulit di samping membuatkan kulit wajah kelihatan lebih bersinar dan sihat. apa yang best dengan White Seed Face Mask ini sebab dia membantu bukan sahaja dari luar tetapi dari dalam kulit kita juga. ha, ini memang aku suka. sebab bukan apa yang orang nampak sahaja penting, dalaman pun kalau tak sihat, lama-lama bila dah tua, akan effect tau. 

aku suka packaging dia. well, maybe sebab aku memang penggemar warna putih. cuma face mask dia a bit besar untuk aku. dengan tak pakai cermin mata, aku tak nampak dekat mana patutnya kedudukan face mask tersebut di muka aku. aku rasa sebab lagi satu aku masa tu tengah pakai tudung. so, agak mengganggu sikit. tapi bila pakai, memang rasa sejuk. tips yang kakak-kakak ni kongsi, lepas dah pakai face mask, jangan lupa urut muka kita dengan moisture face mask yang still ada dan apply sekali di leher. leher pun penting juga.






usai sahaja manjakan muka dengan face mask tadi, kami menuju ke dewan makan pula untuk menikmati hidangan sihat yang dibawa khas oleh The Naked Lunchbox. sebelum ke sana, kami ada diberi pilihan untuk pilih makanan mana yang kita lebih suka untuk cuba. so, aku decide untuk pilih Let's Salsa (Oven roasted chicken breast, tomato, mango and pepper hot salsa + mashed potatoes + roasted broccoli) dan juga Dtox (Green apple, lemon, cucumber, romaine, celery).



tahu tak apa yang aku suka dengan makanan sihat dari The Naked Lunchbox ni. sebab ada quote di atas lid bekas tersebut. hahaha. rasa macam lagi bersemangat untuk kekal healthy. yes, memang betul makanan sihat tak semuanya manis. but it's good actually. tak adalah sampai tak ada rasa langsung. 

habis semuanya, aku pun pulang ke rumah dengan selamat dan mencuba pula produk terbaru dari The Face Shop. well, dari apa yang aku dengar, mereka sudah menukar packaging untuk produk White Seed. so, di samping untuk tunjuk wajah terbaru produk mereka, ada juga satu produk baru yang telah dilancarkan. 

White Seed Brightening Serum



Brand: The Face Shop
Produk: White Seed Brightening Serum
Kuantiti: 50ml
Harga: RM111.90
aku suka packaging White Seed Brightening Serum ni! dah boleh buat hantaran kahwin kot. dah la warna putih. lahai, jatuh cinta sangat. and bila serum dalam botol macam ni lebih memudahkan kita sebab kita boleh apply banyak mana yang kita nak. tak adalah keluar banyak sekaligus kan. 


White Seed Brightening Serum sangat sesuai untuk orang yang nak sekata kan semula kulit wajah. aku tak mahu lah sampai putih melepak kulit. tapi aku sedih sebab kulit aku mudah sangat terbakar dek sinaran matahari yang terik. pantang terdedah, mula gelap. habis tu, sampai sudah tak dapat balik kulit yang sama macam dulu. kandungan yang terdapat dalam White Seed Brightening Serum ni pun sama macam face mask tadi iaitu White Lupine Seed dan juga ekstrak bunga daisy putih. 

kalau nak tahu lebih lanjut, boleh lah layari laman web berikut:

Website: The Face Shop
Facebook Page: The Face Shop
post signature

Share:

0 comments

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.