Aku Bukan Orang Melayu

assalamualaikum and hello lads! apa kenalah dengan aku punya tajuk entry harini. aku bukan orang Melayu? like for real? ha, meh sini aku cerita kenapa aku cakap macam tu.

Aku Bukan Orang Melayu



masih segar dalam ingatan aku satu peristiwa yang berlaku suatu ketika dahulu di Madinah. masa tu aku baru habis makan tengah hari di dining hall hotel tempat kami menginap. then, aku berebut (hahah kejam) dengan group umrah dari India yang juga baru habis makan. dapatlah masuk. masa tengah tunggu lift nak sampai bilik aku, ada seorang makcik India dari group tadi pandang aku lama and bertanya. well, most of the words aku memang tak faham sangat sebab dia cakap dalam bahasa Telugu ke Punjabi aku pun tak pasti. tapi part aku paling faham dia tanya. 

"Tum..Pakistan?"

terangkat kening sebelah. aik, muka aku ni ada rupa Hindustan ke sampai dia tanya macam tu. aku jawablah balik. "No..I'm from Malaysia." dan aku keluar dengan muka dengan penuh tanda tanya. okay, maybe sebab dari apa mak aku bagitahu. keluarga nenek moyang aku ada dari India, Arab, Siam and China. maybe that's why aku ni nampak macam muka gadis Pakistan. 

kisah seterusnya pula berlaku di Aeon Shah Alam Mall. masa tu aku tengah shopping dengan umi and adik kedua aku, Ain. tapi umi dengan adik aku masuk ke Daiso sekejap mencari barang. aku malas nak ikut, so aku duduk sorang-sorang di bangku. tiba-tiba datang sorang salesman ni menyapa aku. 

"Hi. Can you speak Malay?"

huh. aku ni ada rupa apa sampai dia tanya soalan macam tu? aku tak surelah nak jawab apa masa tu. padahal boleh je simply jawab. "boleh." rasa macam nak usik dia pun ada. rasa macam nak sarcasm pun ada. 

kalian yang selama ni kenal aku dari blog, nampak muka aku ni tak macam Melayu ke? haha. seriously i want an honest answer. okay tu je. sekian dari aku :)

adios~


post signature

Share:

5 comments

  1. assalamualaikum...lama tak singgah sini
    kali terakhir masa preparation nak p umrah dulu
    so how's everything? selamat hari raya ye

    part soklan di atas, depend pada pandangan orang kot
    akak pandang ko cam melayu aje
    tapi tak tahu, tengok gambar aje
    kalau in real life, mungkin nampak cam arab? =)

    ReplyDelete
  2. X pun.. u look totally malay.. dalam gambar lah..
    kalau depan2 xtau la akak.. x pernah jumpa kan..
    kikikiki..

    ReplyDelete
  3. hahahaha muka melayu je. Sama macam muka kawan kampus pulak tu.

    ReplyDelete
  4. hahaha. sabo je la kak amy oiii

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.