Cinta Matchmaker Bab 25

Daripada memaklumkan kehadiran waris baru kepada peguam arwah ayahnya, Alfie memutuskan untuk melakukannya dengan cara yang berlainan. Sebaik sahaja Safrina sudah berada dalam kesihatan yang baik untuk melancong, mereka merancang perjalanan ke istana Alfie untuk menjelaskan kepada seluruh keluarganya.


Cinta Matchmaker 


Makan malam dihiasi dengan kegembiraan sehinggalah Alfie berdehem membuatkan semua orang mendiamkan diri seketika dan dia mula mencapai tangan isterinya. "Rasanya dah ramai antara kalian boleh teka kenapa kami minta semua makan malam di sini," bicara Alfie.

"Eh, mama memang suka betul bila ada orang suruh main teka-teka ni," ibunya membalas dari hujung meja. 

Semua ketawa dan menunggu kata-kata Alfie yang seterusnya. 

"In shaa Allah, lewat Januari nanti, Safrina akan melahirkan zuriat kami berdua."

"Aku dah agak dah." Alfira melompat dari tempat duduknya untuk memeluk Safrina dan abangnya.

Ucapan tahniah dan nasihat mula mengiringi dari mereka semua yang berada di situ. Alfie mengerling sesekali pada Junaidi yang berada berdekatan dengan ibunya, bibir itu tidak sedikitpun mengukir senyuman. Alfie menyalahkan bapanya kerana telah menyebabkan hubungannya menjadi renggang. Kalaulah bapanya tidak menamakan sebagai waris kedua di dalam wasiat tersebut, pasti dia dan sepupunya menjadi lebih rapat. Sayang, itu bukanlah apa yang terjadi. merapat dan berbisik sesuatu di telinga anaknya dan Alfie berpaling semula ke arah isterinya.

Wajah Safrina kelihatan bercaya, seri seorang ibu katanya.

Setiap hari dia akan terjaga dari tidur dengan perasaan teruja terhadap bakal anak mereka. Temu janji bersama dengan doktor minggu lepas, buat pertama kali mereka dapat mendengar bunyi degupan jantung buah hati mereka. Air mata bergenang di tubir mata isterinya dan dia bagaikan kehilangan nafas seketika. Perasaan ingin melindungi mereka berdua semakin hari semakin kuat.

Lirikan mata kembali jatuh pada wajah si isteri yang sedang erat dipeluk oleh ahli keluarganya. Mengenalpasti cintanya pada anak mereka berlanggaran dengan satu lagi realiti.

Cinta pada Safrina.

Kerana takut bermain dengan perasaan dan emosi yang berbolak balik, Alfie mengunci rapat hatinya sekuat mungkin. Dia mempunyai banyak masa untuk mentafsirkan perasaan Safrina sebelum dia berterus terang terhadap isterinya. Itu bukanlah rutin baginya untuk bermain dengan kisah cinta ini sehinggalah dia tahu dia akan menang dalam situasi sebegini.

Tuan Maliki meminta diri untuk beredar dari situ bersama Alfie untuk seketika sebelum meninggalkan parti tersebut malam itu juga. "Nampaknya kau dah berjaya tunaikan semua permintaan ayah kau."

Bila difikirkan kembali, Alfie terasa bagaikan dia sudah membuat satu kesilapan kecil. Walaupun dia tidaklah membuat perkara yang bukan-bukan demi mencapai matlamat utamanya, tetapi mengenangkan dia tidak pernah sekalipun menceritakan kepada Afrina tentang keinginan dia untuk mendapat zuriat sangat mengganggu sanubari.

"Nampaknya macam tulah," balas Alfie.

Tuan Maliki menghulurkan tangan kepada Alfie. "In shaa ALLAH kita akan berjumpa lagi selepas kelahiran anak kau dan sign papers. tahniah sekali lagi."

"Thanks."

Di saat Alfie memerhatikan Tuan Maliki meninggalkan rumahnya, dia terasa bagaikan ada mata yang sedang lirik memandangnya. Apabila kepala ditoleh, bayangan figura Afrina kelihatan. "Peguam ayah awak...kan?"

Alfie mengangguk perlahan. "Diorang dari dulu memang rapat."

Afrina bergerak ke sisi suaminya dan merangkul pinggang Alfie sebelum bersandar manja di bahu lelaki itu. "Rasanya dia tak perlu lagi syak dengan niat awak sekarang."

Pandangan Afrina berlari ke arah pintu.

"Rasanya sampai anak kita lahir, barulah hilang syak dia tu."

Kepala Afrina terasa semakin berat dan dia sudah mula menguap besar di sebalik tapak tangan yang melindungi.

"Penat sangat dah ni." Alfie memaklumkan. "Jomlah kita masuk tidur."

"Tapi kan ada lagi ramai orang kita kena jumpa."

"People who will just have to do without us."

Tatkala Safrina tidak lagi membantah, Alfie sudah cukup tahu keinginan isterinya untuk melelapkan mata pada waktu itu juga.

+++++

Alfie dan Safrina melancong ke New York untuk beberapa hari semasa dalam perjalanan pulang ke tanah air. Sementara Alfie pergi berjumpa dengan peguamnya, Safrina pula bermandi peluh di tengah bandar mencari barang keperluan untuk anak mereka.

Walaupun dia sudah sedaya upaya fokus dengan kemahuannya untuk membeli pakaian ibu mengandung, bahagian barangan bayi juga yang menarik perhatiannya. Mungkin juga kerana semua orang sudah tahu akan kehadiran zuriatnya ini, jadi Safrina benar-benar ingin membeli juga walaupun hanya sekadar sepasang baju.

Tidak tahu akan jantina bayi mereka menjadikan sesetengah perkara menjadi rumit, tetapi matanya laju juga memandang pakaian bayi berwarna putih dan kuning lembut tersebut. Dia turut terjumpa sepasang selimut yang disulam cantik yang boleh digunakan untuk membawa bayi mereka pulang dari hospital kelak. Dengan beberapa bekas beg di tangan, Safrina bertungkus lumus mencari stoking dan mainan pula bilamana dia terasa seseorang menepuk bahunya dari belakang.

Terganggu dengan muzik yang kuat, dia berpaling untuk melihat sesiapa sahaja yang mahukan perhatiannya.

Phyton sedang berdiri tegak di hadapannya. "Kenapa aku tak rasa terkejut pun tengok kau ada dekat sini?" Tinggi nada suara yang terkeluar di antara dua ulas bibir berwarna merah terang itu.

Safrina benar-benar tidak ambil kisah apa yang wanita itu ingin fikirkan, dan dia sudah semestinya tidak mahu berbual dengannya. Sebanyak-banyak negara yang ada di dunia ini, di New York jugalah dia boleh terserempak akhirnya. Safrina tahu Troian memang lahir di sini, tetapi adakah ini semua satu suratan takdir?

"Troian"

Troian mencuit gajah mainan yang dipegang oleh Safrina. "Oh, comelnya. So bila anak korang ni nak lahir?"

"It's really none of your business." Safrina meletakkan kembali mainan tersebut dan pantas beredar dari situ.

"Biar aku teka." Troian menghalang laluannya, membuatkan Safrina tersekat di antara rak buku yang penuh dengan cara penjagaan bayi dan juga ular yang berbisa ini. "Sebelum birthday Alfie?"

Eh, pandai pula dia meneka. "Kenapa kau dengki sangat ni, Troian  ? Meroyan ke sebab Alfie tak nak kahwin dengan kau?"

Troian ketawa kuat. "Oh, please. That manipulating guy. Lagi senang kau nak nampak belang Alfie bila kau jauh dari dia. Sayangnya kau tak pernah perasan pun sebelum ni kan," Suara  Troian menjadi perlahan sambil matanya mengerling pada perut Safrina.

Safrina meletakkan tangannya di perut seolah-olah melindungi anaknya dari renungan tajam wanita itu.

"Alfie lah lelaki yang paling caring dalam dunia ni aku pernah jumpa."

"Pfft.. Alfie lah lelaki yang paling pentingkan diri sendiri. Aku tertanya-tanya juga, dia sendiri cakap dekat kau dia nak baby ni, atau korang tiba-tiba 'accidently' dapat baby ni?" Troian menggunakan jarinya sebagai pembuka kata.

Perbualan mereka menjadi semakin pelik dan hangat. "Aku tak ada masa lah untuk kau, Troian  . If you'll excuse me."

Safrina cuba melarikan diri tetapi  pantas mencapai lengannya.

"Wow, kau memang tak tahu langsung, kan?"

Safrina menarik kuat lengannya, tetapi cengkaman wanita itu lebih kuat darinya. 

"Kau tahu kan Alfie sebenarnya nak zuriat so dia boleh ada waris kepada harta dia?"

Apa?

Senyuman Troian semakin lebar dan tangan kembali diletakkan di sisi. "Tsk tsk tsk..kesiannya kau. Macam mana jantan tu buat pun aku tak tahulah. Dia sembunyikan pil kau ke? Atau dia sengaja bocorkan kondom?"

Rahang Safrina mula terasa sakit. Dia menahan kuat amarah yang sedang bergelodak dalam jiwanya. Apakah yang Troian sedang merepek ini?

Dan barulah kata-kata Encik Idris kembali berkumandang di telinganya. Nampaknya kau dah berjaya tunaikan semua permintaan ayah kau.

Tidak mahu berbalah lebih lanjut, Safrina pantas melarikan diri dari kedai tersebut.

Kehangatan cuaca di New York bagaikan menyucuk-nyucuk kepalanya ketika dia sudah semakin jauh dari .

Alfie sebenarnya nak zuriat so dia boleh ada waris kepada harta dia. Ayat itu bergema di dalam mindanya. Benarkah? Andai itu semua betul, patutlah Alfie terima dengan rela hati akan satu benda yang Safrina tahu lelaki itu tidak mahu dari perkahwinan yang cuma sementara ini. Padanlah suaminya tenang sahaja ketika dia mengumumkan kandungannya. Hatta mengeluh kesal pun tidak. Benarkah lelaki itu benar-benar terkejut?

Tidak, sekarang ini dia tidak lagi mempercayai apa yang dia rasai sebelum ini.

Ya, Alfie pernah berjanji untuk menjadi ayah yang baik, setia bersama bayi mereka hingga ke akhirnya. Tetapi kini, adakah janji hanya tinggal janji?

Menolak untuk membiarkan emosi menguasai fikiran, Safrina memanggil teksi dan mula menuju ke condominium yang dimiliki oleh Alfie di tepi pantai.

 
 
post signature

Tags:

Share:

2 comments

  1. wow adik manish.. pandai mengarang rupaanya dia.. love stooory gitu =)

    ReplyDelete
  2. bila nak terbit novel ni kak amy?

    ReplyDelete

hello dear :) x salah pun baca sambil komen kan.