Kecantikan Bukan Ukuran dalam Mencari Cinta

assalamualaikum and hello lads! ada satu ketika masa aku pernah buat satu entry mengenai cinta. aku terdapat satu komen yang mengatakan dia sangat susah mencari cinta. kenapa pula susah? aku pun tak tahu nak balas apa sebenarnya sebab aku pun masih single. but here's the thing and here goes my story. 

Kecantikan Bukan Ukuran dalam Mencari Cinta



suatu ketika dahulu. aku akui aku memang tak lawa. sebab apa. ada jerawat batu sana sini hinggap di wajah. then aku berkulit hitam manis. aku pendiam. and so on.. so, aku rasa traits macam ni memang susah untuk tarik perhatian lelaki. in the end, aku menyalahkan diri sendiri sebab tak mampu nak jadi lawa macam kawan-kawan aku yang lain. 

"aku teringin nak jadi cantik sebab aku nak juga couple macam orang lain. tapi rasanya susah kot nak dapat sebab tengoklah aku ni, rupa tak ada langsung."

NO! actually kita tak patut fikir macam tu. kalau diikutkan memang aku nak cakap dekat dia macam tu tapi apa yang tertaip dengan tangan aku cuma 'betul, i feel you. mestilah kita risau. susah betul nak get into a relationship bila dah semua lelaki pandang pada rupa sahaja.' haha okay. tak patut aku jawab macam tu dekat dia. 

masa aku single dan tak lawa dulu, aku selalu rasa aku tak cukup cantik untuk jadi igauan para lelaki di luar sana. iyelah, buat apa diorang nak pandang aku bila diorang boleh mengorat perempuan lebih cantik dari aku kan? akhirnya aku balik rumah menangis dan move on jadi manusia paling pendiam dalam kelas. haha. 

benda ni jadi lebih depressed bila kita ada ramai kawan yang lawa-lawa. kadang-kadang duduk dalam bilik air, duk tenung muka. kenapalah jerawat muncul. kenapa hidung besar sangat. kenapa rambut tak sihat beralun macam dalam iklan syampu tu. so many WHYs! bahagia betul bila hidup sendirian ni bila kita tak perlu fikir macam tu kan. rambut serabai masa duduk dalam rumah pun buat don't know don't care sahaja. tapi when it comes to selecting a partner, more specifically 'soulmate', kecantikan menjadi isu utama.

apatah lagi bila kita jarang disuakan dengan kisah cinta antara lelaki handsome dan plain jane (an unattractive girl or woman.) tengoklah drama pun. tak habis-habis lelaki dengan perempuannya nak yang lawa molek sahaja. yang berkulit putih je. kalau hitam manis tak boleh dapat cinta ke? (haha marah ni marah).  

aku rasa dari dulu sehingga sekarang, dalam hati mesti akan terdetik 'oh, padanlah dia suka perempuan tu. aku ni tak cukup lawa di mata dia.' tapi bila keluar dengan kawan-kawan, apa yang keluar di mulut pula 'ala, lelaki memang sama je. tipikal. nak perempuan lawa je baru boleh jadi girlfriend. dia ingat dia tu handsome sangat ke' haha. 

tapi cuba buat sesaat, masa kita tengah down dengan diri sendiri, tengok balik sekeliling kita. ada sahaja sebenarnya contoh kisah cinta macam aku sebutkan tadi. pasangan yang si lelakinya persis Remy Ishak tetapi isterinya sederhana sahaja. tak kurang juga pasangan yang lebih kurang je wajahnya. orang kata kalau dah sama ni, jodoh panjang. ye tak? habis tu kesianlah dekat orang yang tak sama bentuk wajahnya. ini pun macam dah kira satu mindset dekat orang kita kan. sampai bila sukakan someone je, duk telek muka kita dengan dia, ada tak persamaan dekat mana-mana. Pasangan yang terus jatuh cinta pandang pertama dan juga pasangan yang sudah lama menunggu cinta. bila perhati semula, iye, memang betul, kecantikan ni tak boleh dipakaiguna langsung dalam mencari cinta sejati. rasa macam bila benda tu nak jadi, maka jadilah ia. 


lagi satu, kita tak boleh nak salahkan perempuan yang spend sangat banyak dalam membeli mekap and everything. kadang-kadang dia beli mahal macam tu bukan sebab nak melawa sakan. tapi maybe just maybe deep inside her heart, dia punya self esteem juga sangat rendah. bibir gelap, so kena cari lipstick cerah kasi muka lebih segar bermaya. pergi rebonding sebab nak rambut lurus menawan. pakai jari pun boleh. kami tak harap pujian nak selalu cakap kau cantik itu dan ini. tapi bila sindiran outweigh the compliments, this is what happened.

you know the beautiful part about human is - bila kita semua ada taste berbeza. bila baca dari situ pun kita tahu, bukan handsome/cantik sahaja yang kita pandang. sebab ada orang nampak lelaki berjambang/scruffy tu sangat serabut. tapi kalau tanya aku, aku cukup suka tengok lelaki macam ni. nampak lebih matured. tak kurang juga lelaki yang terasa perut buncitnya tidak menyenangkan mata perempuan tapi ada kawan aku yang rasa lelaki macam tu seksi. see.. aku tak rasa cantik tu yang orang pandang bila menyentuh soal cinta sejati ni. tengoklah macam aku dahulu, muka penuh jerawat batu sampai diejek-ejek oleh lelaki pun, ada juga yang suka. bila bersua muka, jerawat aku je dia asyik sebut-sebut. but still he managed to like me sampailah kami masuk alam universiti. so, conclusion di sini, jangan terlalu membenci apa yang ada naturally pada kita contoh seperti freckles. kita rasa buruk. ada lelaki (the right guy) akan rasa freckles buat muka kita sangat comel.


so nasihat aku untuk adik-adik/gadis-gadis/teruna-teruna di luar sana yang rasa dia tak cukup cantik untuk mencari cinta seseorang. be proud of yourself. yes, nak perbaiki diri jadi lebih confident tak ada masalah. macam aku pernah cerita dahulu, daripada kasut flat nak tukar ke boots pun boleh. benda yang paling pentung, confident dengan diri sendiri. cakap memang senang kan. haha. aku pun cakap dari pengalaman diri sendiri. i know what it feels like to hate your face, the way you talk or walk and almost everything about you. tapi macam mana kita nak harapkan orang untuk suka kita kalau kita sendiri tak sayang diri? i believe all of us can do it! in shaa ALLAH kita mampu sayang diri sendiri. treat ourselves the right way. muka berjerawat? jaga pemakanan (aku tak makan seafood for almost 2 years). cari produk sesuai. 

and paling penting sekali, jagalah akhlak kita. luaran sahaja cantik tak berguna andai kata dalaman sangat buruk untuk dijeling sekalipun. kecantikan mungkin tiket untuk suatu perhubungan tetapi personaliti yang mengikat hubungan itu dan mungkin juga bersambung hingga ke gerbang perkahwinan. 


that's all from me. don't forget to smile. and achieve all your dreams first before you realize it is too late. 

adios~

post signature

11 comments :

  1. pasal cinta tu betul kot.
    pasal tak konfiden dengan diri sendiri tu BV selalu sangat rasa. T^T
    thanks for this entry :)

    ReplyDelete
  2. baca baca baca tapi macam tak faham....mungkin bab cantik bab hensem bab rupa... tapi macam salah juga bila cakap rupa tu tak penting...

    tapi rupa belum tentu jamin kebahagian....paling paking penting cantik luar dan dalam...

    kalau ada silap dalam komen ni harap maafkan k

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tak faham eh. okay macam ni. bukan kata rupa tu tak penting. rupa tu penting tapi jangan terlalu rasa rendah diri dengan apa yang kita ada. asyik cakap x cantik x cantik. padahal kita ada keistimewaan sendiri.

      macam kita cakap freckles tu. kita rasa buruk. sebenarnya cantik je. tapi kita pandang rendah dengan diri kita sendiri. and jadikan rupa kita sbg alasan kenapa lelaki x suka kita. faham x?

      Delete
  3. Replies
    1. and sebab tu juga kita cakap jaga pemakanan. ubah style kalau rasa tak kena. selagi belum dapat confident dengan kelebihan diri sendiri dari segi rupa, selagi tu cuba untuk jadi yang terbaik. faham?

      Delete
  4. adalah kot sorang dua dalam kelompok yang tak pandang cantik sngt..
    tapi nature kita nak yang comel laa apa la so xleh lari dari aspek tu..

    ReplyDelete
  5. Jika CINTA berpaksi kepada kecantikkan maka apabila masing2 sudah tua, pasti CINTA itu akan hilang...

    Jika CINTA berpaksi kepada harta, maka harta akan habis..maka berakhirnya CINTA itu..

    Jika CINTA berpaksi kepadaNya.. Insyallah CINTA itu akan kekal hingga ke syurga ALLAH..

    Jangan lupa singgah blog AM >>> AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  6. tp nk bentuk confident diri tu mmg payah lbh2 lg yg masih zero dlm percintaan... ceh wah

    ReplyDelete
  7. cantik dimata manusia tiada makna...cantik dimata ALLAH bahagia selamanya...In Sya Allah...Allah menciptakan manusia dengan sempurna,mengkritik kekurangan manusia sama seperti mengkritik ciptaanNya...

    ReplyDelete
  8. kikikiki.terasa. selalu cakp, dia takpe la cantik, konfem ramai yg nak, saya ni tak lawa tak de sape nak pon. hehehe

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes