telah menjadi impian semua orang untuk memasuki Raudhah di Masjid Nabawi kan. aku pun tak kurang juga mengambil kesempatan untuk ke sana. tapi apa yang terjadi pada aku dan keluarga semasa berada di situ?
Raudhah di Madinah Al-Munawwarah
Kembara Cinta Madinah
8:00 a.m
office
..
assalamualaikum and hello lads!
okay,
aku sambung semula perjalanan cerita aku di bumi Madinah. untuk buat
lebih senang, aku akan bercerita mengenai kronologi yang berlaku
sepanjang 4 hari di sana. memandangkan hari pertama dah dihabiskan
dengan beribadah di Masjid Nabawi, kami decide untuk pergi Raudhah pada
keesokan harinya.
pergi
Raudhah ni memang agak mencabar. bagi para muslimah, ada masa tertentu
sahaja yang kita boleh masuk. lelaki bertuah sebab boleh pergi sepanjang
masa yang mereka mahu. agak cemburu tapi tak mengapa. asalkan kita
dapat juga pergi. masa yang diberi untuk kaum muslimah Malaysia dan
Indonesia pun tak banyak. kami pergi masa tu dah dekat pukul 10 pagi.
cepat-cepat kena beratur dan duduk.
tahu
tak? kalau macam mana kita diberi peluang istimewa macam tu, mesti ada
juga wanita dari negara-negara lain yang berbadan lebih besar dan kasar
akan potong laluan kita. so, memang bersabar je la banyak-banyak. dekat
sini memang sungguh kita diuji. dah kata sabar, sabar tak boleh masuk
pun dia duduk merayu lepas tu tolak-tolak kita yang tengah duduk. dalam
hati memang dah rasa geram. masa ni kesabaran aku memang teruji.
lagipun, maybe ada yang tahu aku bukan jenis manusia penyabar.
biasanya
diorang kalau nampak si ibu yang membawa anak-anak kecil, dia akan bagi
lepas masuk dulu. takut berlanggar kan. kesian budak-budak. tapi memang
crowded sangat. bila dah masuk tu lagilah. ya ALLAH. kalau kita
terlepas dari keluarga kita, redha je la aku cakap. nanti tunggulah
dekat pintu keluar. masa ni cubalah sedaya upaya untuk beribadah.
seronok sangat tapi bila dah orang tolak-tolak tu rasa nak menangis pun
ada. kesian dekat cousins aku. terhimpit dengan badan-badan diorang.
alahai. aku sedih sangat sebab tak sempat nak berdoa lama-lama. tak
apalah. nak buat macam mana.

masa
dah dekat Malaysia, baru aku terbaca tips apa perlu dibuat bila berada di Raudhah tu.
tak apalah. dah berlalu pun. nanti kalau ada rezeki, moga-moga dapatlah
tunaikan secara sempurna. satu je aku nak ingatkan. TOLONG jangan berdegil. just follow the flow.
masa tu ada yang berdegil, dah nampak orang duduk menolak-nolak, dia
duduk juga. ha, kan dah kena pijak. kita nak tolong pun tak dapat. sebab
badan kita ni kecil aje. nanti kita pun kena.
dah
keluar tu, masa nak ambil selipar dekat luar. ha, sudah. laluan tu
ditutup. sebab para pekerja sedang membersihkan karpet. aduhai. aku tak
tahu lah nak buat apa. mak su siap minta izin nak masuk lagi untuk ambil
selipar dekat dalam. tapi dia tak kasi. dia kata semua plastik berisi
selipar dah diletak tempat lain.
bayangkan betapa besarnya Masjid Nabawi tu. agak-agak korang nak give up tak? siap fikir nak beli kasut apa. tapi kami gagahkan diri juga mencari selipar-selipar kami. kalau korang kena sama macam aku, satu je aku boleh cakap. masa mencari tu, sambil-sambil doa lah sekali. yakin betul ALLAH akan tolong. in shaa ALLAH, memang korang akan dapat jumpa balik. and alhamdulillah, masa berjalan ke sana ke sini, tiba-tiba tergerak hati nak pusing belakang. masa tu tengok 'eh, macam kenal je plastik tu.' masa tanya mak su, ha, memang sahlah kami punya.
hebat kan kuasa ALLAH. kalau kita berdoa dan yakin pada ALLAH, memang kita akan ditolong. ini juga salah satu kebesaran yang jelas aku nampak depan mata sendiri. andai kata korang terkena sama dengan aku, jangan serik untuk ke Raudhah lagi. cuba pula pada hari seterusnya.
okay, bersambung ke entri seterusnya.
adios~

ya Allah seronok nya dapat kesana. doa kan lela dapat ke sana jugak suatu hari nanti
ReplyDeleterindunye... Mak kite pun tak jumpe kasut dia..mujur sepanjang laluan tu ade orang jual kasut.. hehehe
ReplyDeletealhamdulillah..tips2 yg d kongsikan amat membantu bagi kami yg baru nak pertama kali ke sana..tq tipsnya
ReplyDelete