SHAH ALAM – Orang ramai dijemput mengambil peluang mendapatkan
rawatan Terapi Ozon pada kadar rendah dengan mendaftar keahlian MekaRay
Ventures Sdn Bhd.

Tawaran istimewa kolaborasi Eyka O3 dan MekaRay Ventures
Pengasas juga Pengarah Urusan Eyka O3 Purification Sdn Bhd, Datin Nur
Zulaikha Ellieyana Abdul Rahim berkata, menerusi usahasama Eyka O3 dan MekaRay
Ventures, orang ramai boleh menikmati rawatan Terapi Ozon pada harga RM1,000
untuk tiga kali rawatan berbanding RM500 sekali rawatan, sebelum ini.
Menurutnya, setiap
keahlian MekaRay Ventures serendah RM210 melayakkan individu mendapat rawatan
Terapi Ozon bernilai RM1,000.
“Dengan menjadi
ahli MekaRay, pelanggan akan mendapat tiga kali rawatan berbanding RM1,500
tanpa keahlian MekaRay. Jimat RM500. Rawatan ini sangat sesuai bukan sahaja untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan seperti kolestrol dalam darah,
kencing manis dan sebagainya, tetapi untuk mereka yang sihat yang menjadikan
Terapi Ozon sebagai rawatan alternatif serta mereka yang tidak mengamalkan
ubat-ubat perubatan.
“Ia adalah
proses mengalirkan darah indiviudu ke unit penapis di mana bakteris, sel-sel
kanser, toksin, kolesterol dan banyak lagi akan ditapis keluar lalu dimasukkan
oksigen dan ozon menerusi proses pengozonan dan pengoksigenan. Proses ini
selamat dan tidak menyakitkan,” katanya.
MekaRay Ventures ialah syarikat produk pemakanan sunnah Meka
Viniga dan Triple M.

Gabungan ini katanya dibuat atas kehendak pelanggan yang sering
bertanyakan pemakanan apa yang bersesuaian untuk mereka teruskan setelah
menjalani rawatan pencucian darah.
PELBAGAI MANFAAT KESIHATAN
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi MekaRay, Rosmaliza Miswan
berkata, melakukan rawatan Terapi Ozon disusuli dengan memakan produk sunnah
sememangnya satu gabungan yang jitu dalam memastikan kesihatan berpanjangan.
“Selepas menjalani Terapi Ozon, darah kita
sudah bersih. Adalah elok diteruskan dengan memakan makanan yang baik untuk
tubuh seperti talbinah, madu, buah delima, habbatussauda, lemon, barli, gam
arab dan malt untuk pelbagai manfaat kesihatan,” katanya.
Bercakap mengenai gabungan ramuan produk Tripple M dan Meka
Vigina, Pengarah Urusannya, Norazuan Osman berkata, ia adalah hasil kajian yang
dibuat secara terperinci oleh sekumpulan pakar diketuai Dr Wan Nasyrudin Wan
Abdullah dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
“Dr Wan Nasyrudin merupakan salah seorang penulis buku
bertajuk Indahnya Pemakanan dan Perubatan Islam. Beliau menggunakan formula
dengan menggabungkan beberapa makanan untuk manfaat tertentu. Misalnya Tripple
M iaitu gabungan talbinah barli, yogurt, madu, gam arab, susu tepung,
malt dan oat.Asal Triple-M ialah talbinah iaitu makanan yang dibuat daripada
barli, madu dan susu. Kemudian diolah sesuai dengan keperluan semasa.
“Setiap satu daripada gabungan makanan ini
adalah baik untuk meningkatkan kadar imun tubuh, menyejukkan badan, lawas
kencing, stamina tubuh, lancar peredaran darah, menghalang pertumbuhan sel
kanser usus, mengatasi osteoporosis dan mencegah penyakit jantung,”
katanya.
Eyka O3 dan MekaRay Ventures SESUAI UNTUK SEMUA
Menurut, Dr Wan Nasyrudin, bukan suatu yang mudah untuk
mencampur bahan-bahan menjadi satu pemakanan yang bermanfaat.
“Apabila disebut sebagai makanan sunnah
sebenarnya tidak boleh dicampur dalam makanan-makanan tertentu. Material A dan
B tidak boleh bercampur. Kadang-kadang orang bertanya mengapa tidak masukkan
bahan A dan bahan B supaya lebih power. Ia bukan isu nak campuran itu, tetapi
isunya setiap makanan ada tarikan dan berlawanan antara satu sama lain.
“Ada bahan yang tidak menjadi pemangkin atau
booster apabila bercampur dengan makanan yang lain. Semuanya diseimbangkan
dalam meka Viniga di mana semaua peringkat umur hatta bayi pun boleh makan
termasuk warga tua.
Beliau dan saintis di UKM menjalankan kajian berdasarkan
al-Qusan secara santifik di dalam makmal dengan memberi jaminan produk ini,
memuaskan.
Dalam pada itu, seramai 30 anak yatim diraikan pada majlis
berbuka puasa sempena pelancaran kolaborasi tersebut di Laman Seri Business
Park, Seksyen 13, di sini, baru-baru ini.




untuk makluman lanjut, boleh layari:
Facebook Page: Eyka Ozone Purication
Facebook Page: Mekaray Ventures

wahhh best niiii
ReplyDeleteMenarik tawaran ni... mmg bagus!!
ReplyDeleteBaru tahu mengenai produk2 ni :)
ReplyDeletePemakanan sunnah ni memang interesting utk kita explore kan,..
ReplyDelete