Mandi di Air Terjun Sungai Chiling

assalamualaikum and hello lads! apa yang korang buat weekend haritu? dapat tak manfaatkan cuti sepenuhnya? masa ni jelah kita nak berjimba bersuka ria dengan family and friends kan. masa weekdays kena kerja. ada juga yang pergi ke sekolah mahupun kuliah. memang stress bagi aku bulan ni. sampai menangis. nasib baik ada kak Ummul dan best friend aku, Hana untuk menenangkan hati. jadi untuk menghilangkan segala tekanan tu, aku decide untuk ajak kawan-kawan-training dulu untuk pergi ke mana-mana air terjun ataupun sungai. aku tak kisahlah di mana asalkan dapat masuk hutan dan menikmati alam semulajadi ciptaan Tuhan.

Mandi di Air Terjun Sungai Chiling

jadi, aku, Liza, Finas dan juga Sarah memutuskan untuk pergi ke Sanktuari Ikan Sungai Chiling atau lebih dikenali dengan Air Terjun Sg. Chiling. sebenarnya tempat ini agak popular juga. scrolling down instagram pun memang aku akan nampak orang share gambar mandi manda di Air Terjun Sg. Chiling tu. best ke? berbaloi ke? so, untuk tahu sejauh mana menariknya tempat tu, kami pun pergi ke sana bersama-sama.

Perjalanan bermula dari rumah Finas di Shah Alam seawal jam 9pagi. aku galakkan korang untuk beli sarapan terlebih dahulu. mudah. dekat sana pun ada cuma macam tak variety. and simple sahaja. bukan nasi lemak or mee goreng and whatnot. senang je sampai bila guna Waze. alhamdulillah. sampai ke destinasi tepat-tepat 1 jam 15 minit sebab detour sekejap ambil Liza di Serendah. 

oh, sebelum sampai ke Air Terjun Sungai Chiling, ada satu spot ni ramai suka ambil gambar. sebab memang serious lawa. berlatarbelakangkan gunung ganang dan air laut. memang cantik. rugi kalau tak ambil. sayang sebab kami terlepas tempat tu. tak dapat nak bergambar. sobs. sempat berhenti di depan sahaja. itupun cuma ada sungai yang mengalir. 



bila sampai di sana lebih kurang pukul 10:15 pagi, cepat-cepat park kereta yang paling dekat dengan pintu gerbang Air Terjun Sungai Chiling. nasib baik masa tu tak seramai macam kawan aku cakap. dulu dia pergi lewat dalam pukul 1 petang memang sampai ke hujung baru jumpa parking. 

masuk sahaja dalam kawasan tu, belum jumpa lagi Sungai Chiling dia. kena berjalan kaki lebih kurang 10 minit barulah nampak kaunter pendaftaran. nampak gerai jual makanan ringan, surau dan juga tandas. nak masuk tak mahal pun, cuma RM1 seorang. and kena daftar nama dan ic in case berlaku apa-apa kan. senang. kalau nak camping pun boleh. member aku haritu kebetulan camping di tempat sama. katanya dalam RM10 seorang. tapi make sure nak camping tu dah siap sedia bawa barang-barang keperluan yang sepatutnya okay!






di kawasan bawah sekali tu sesuai untuk family. kalau nak naik atas boleh, tapi hati kena kental. and fizikal kena mantap. sebab nak bawa anak-anak sekali kan. kalau single macam kami tak ada masalah. masa ni lah nak mendaki sampai ke atas sampai jumpa air terjun kan. ini pun satu lagi, kalau nak menyaksikan air terjun dengan mata sendiri, perjalanan untuk ke atas mengambil masa selama 1 jam. tapi nak mendaki tu tak adalah extreme mana pun. aku pakai sandal je datang sana. haha. and innalillahiwainnailairajiun. dah selamat pun dibuang sandal tu sebab dah terkoyak habis. bagi aku, better pakai sandal bertali belakang or kasut sukan sahaja. cuma a bit difficult bila pakai kasut sukan sebab point utama kita nak mandi kan.

 

 
 

bukan sahaja kena daki, crossing air sungai yang deras pun ada tau. tak silap aku haritu, ada 5/6 kali crossing untuk menuju ke puncak. masa di bawah senang sahaja sebab air tak dalam. bila dah makin naik ke atas, barulah terasa. tapi in shaa ALLAH masih selamat. cadangan aku, masa sandang beg tu, make sure barang-barang bernilai dah masuk dalam plastik ke apa. takut masa crossing terjatuh, habislah segala barang basah dalam beg. aku kagum dengan seorang bapa ni bawa baby dia (yang diletakkan dalam baby carrier) sambil mendaki ke air terjun. fuh, moga tak ada apa-apalah berlaku. seronok baby tu.





 


usai 1 jam berlalu, akhirnya sampai juga ke air terjun. subhanallah. rasa macam kepenatan dan kelelahan selama 1 jam tu sangat berbaloi bila dapat tengok keindahan air terjun Sungai Chiling ni dengan mata sendiri. dekat atas ni agak ramai juga melepak sambil mandi manda. tak kurang juga ada yang buat flip move (ye kot namanya) sambil terjun dari atas. pergh. aku tak mampu lah nak buat macam tu. kang ada masuk hospital pula. 






kami mandi sekejap sahaja di atas sebab ramai orang. kami decide untuk mandi di bawah sahaja sebab tak ramai orang and lebih tenang untuk mandi since kami ni perempuan sahaja kan. and aku suggest benda sama untuk korang juga kalau tak suka mandi dekat tempat ramai orang. alhamdulillah, masa kami turun nak mandi di sungai (crossing keempat), langsung tak ada orang. yang ada cuma ikan. yes, kalau rasa macam geli/tak biasa mandi dengan ikan kelah yang ada dekat situ, tak payah la datang rasanya sebab sepanjang sungai dan air terjun tadi, semua tempat ada ikan. air dia jangan cakaplah. memang sejuk sangat! 








and menurut apa yang kawan aku Finas cakap since dia belajar microbiology, kalau pergi ke sungai, kalau ada dragonfly (pepatung) dekat situ, maksudnya air tu memang bersih. yes, sepanjang kita berjalan nak naik ke atas, ada sahaja pepatung dan rama-rama terbang freely. besar sangat rama-rama dia! tapi tak sempat nak ambil gambar sebab sibuk mendaki dengan hanya memakai sandal licin. kang tak memasal handphone ke mana, badan ke mana.

 
dah menjelang ke petang, barulah nampak ramai orang masuk ke Air Terjun Sungai Chiling ni. nasib baik pergi awal. dapat berseronok lebih lama sambil makan di situ. make sure jaga kebersihan ye. siapa lagi nak jaga Malaysia melainkan kita sendiri. 

oh lagi satu. aku sarankan bawa baju tukar terus daripada simpan dalam kereta. sebab nak masuk ke dalam pun dah jauh untuk salin pakaian. and tandas cuma ada 3 sahaja. 1 untuk khas tukar baju. 2 lagi tandas. memang limited. and apa yang aku perasan, telekung ada je kalau nak solat dekat situ terus. 

selesai sahaja tukar, maka habislah hari kami di situ. alhamdulillah, memang seronok pergi ke situ. hilang segala tekanan buat sementara waktu. foreigner pun ramai ke sana bawa family mandi manda. siapa yang sukakan nature memang patut datang sini. 

Info untuk siapa yang nak datang ke Air Terjun Sungai Chiling:


- bawa beg yang sudah berisi pakaian terus sebab agak jauh untuk ambil baju di kereta dan patah balik pula untuk salin pakaian. 

- tikar tak perlu bawa kalau nak mendaki sampai ke atas sebab lama-lama nanti sendiri yang penat. alang-alang dah basah nanti, rasanya tak perlu. sebab ada je last-last dia tinggalkan tikar tepi jalan. melainkan nak mandi di sungai bawah sahaja.

- makanan jangan lupa bawa sendiri. gerai di situ cuma ada satu sahaja and jual ringan sahaja. 

- tiket untuk masuk adalah RM1. camping pula RM10 seorang.

- better datang awal pagi untuk elak mandi dengan ramai orang. and tempat ini hanya dibuka waktu weekend sahaja. 8pagi sehingga 6petang.

- better pakai kasut bertali belakang. senang. masuk air pun tak ada masalah. and tak angkut sekali butiran pasir sungai macam pakai kasut sukan.

- jangan tangkap ikan ye. tak dibenarkan. hahaha. nama pun sanktuari ikan Sungai Chiling.

okay, aku rasa tu sahaja kot. have fun di sana! :)

- kalau perlukan guide untuk camping/hiking, boleh email aku ameliajafri@yahoo.com. aku ada seorang kawan lelaki yang dah biasa dengan hiking/camping ni. boleh dikira tiap-tiap minggu dia menghilang pergi mengembara di mana-mana tempat yang dia follow bersama group lain.


post signature

6 comments :

  1. amy, ikan tu yang jenis makan2 sel kulit mati eaa? nampak macam dia suka berkumpul kat kaki korang :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. takdelah. penakut je semua ikan tu. datang dekat sebab bagi dia makan. hahaha.

      Delete
  2. wahhh bestnya bestnyaaa! jom kak amy next time kita dating sini. #berangan hahahaha. btw jangan stress stress ye sygku. kalau ada pape nak cerita, meh datang kat aiii ;)

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas indo yang betul2 berguna utk kita orang yang baru first time nak join .

    ReplyDelete

hello dear ! thanks for dropping by. i'll make sure to reply asap !

My Instagram

Copyright © The Minimalist Traveler. Made with by OddThemes